1.0
PENGENALAN
Pembinaan
bahan bantu mengajar ( BBM ) merupakan perkara yang paling penting dalam dunia
pendidikan oleh itu ramai para pendidik yang menggunakan pelbagai BBM terutama bahan yang berasaskan komputer. Terdapat pelbagai bahan yang dicipta samada
oleh pihak Kementerian Pelajaran, pihak swasta atau pun para pendidik sendiri. Ini menjadikan lambakan BBM samada di pasaran
atau di sekolah kerana pihak kementerian membekalkannya atau BBM tersebut
dibina oleh para guru sendiri. Namun, terdapat beberapa BBM yang tidak dapat
memenuhi kehendak Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) atau pun tidak
bersesuaian dengan kemampuan pelajar. Dalam kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan
bahan BBM yang sedia ada dalam simpanan kami. Tujuannya ialah untuk menilai
sejauh mana kekuatan dan kelemahan bahan tersebut. BBM yang berasaskan aplikasi komputer
berbentuk CD dengan menggunakan Power
Point ini kami telah gunakan dalam
Kelas Tahun 5 Jujur di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran bagi menyampaikan isi pelajaran kami. Bahan ini
sebenarnya telah dibina atas pengalaman kami sebagai pendidik dan tanpa merujuk
kepada mana-mana model reka bentuk pengajaran yang
sedia ada.
1.1 Penilaian
Bahan Bantu Mengajar ( CD dalam Aplikasi Power Point )
Dalam pembinaan BBM penilaian amat
penting bagi menentukan bahan yang dihasilkan itu berkualiti. Bagi memastikan
bahan yang dibina tersebut berkualiti, bahan tersebut hendaklah menjalani beberapa
penilaian.
Menurut pendapat Yusup Hashim ( 1998 )
terdapat 28 kriteria penilaian bagi pembinaan bahan BBM:
1. Sesuai dengan objektif : Adakah bahan itu sesuai
dan boleh membantu
mencapai
objektif-objektif pengajaran/ pembelajaran.
2.
Sesuai
dengan peristiwa pengajaran : Antara sembilan pengajaran
ialah
mendapat
perhatian, menyampaikan objektif pengajaran, mengingatkan semula pelajaran
lepas, menyampaikan pelajaran/ maklumat, memberi contoh yang sesuai, memberi
latihan dan mendapatkan maklum balas, menyediakan maklum balas informatif,
memberi ujian untuk mengukur prestasi, dan menyediakan aktiviti pengayaan.
3.
Boleh
menjelaskan konsep / prosedur : Jika bahan tersenut
mempunyai atribut
visual
kaku, gerak, audio, maklum balas, dan sebagainya, adalah atribut-atribut media
ini dapat membantu menjelaskan konsep
atau prosedur yang terdapat dalam unit pengajaran itu? Pemilihan sesuatu
atribut media haruslah efektif dari segi kos.
4.
Menggalakkan
interaksi pelajar : Adakah bahan itu menyediakan latihan atau
ujian
untuk menggalakkan pelajar memberi maklum balas secara aktif?
5.
Menggalakkan
pembinaan pengetahuan ( kognitif ) : Adakah bahan tersebut
menyediakan
peluang bagi pelajar membina pengetahuan dengan bantuan guru atau sesama
pelajar ( pembelajaran usaha sama )? Pendekatan contructivism ini
akan menjadikan pembelajaran lebih efektif ( hanya untuk multimedia ).
6.
Menggalakkan
perbincangan / aktiviti susulan : adakah bahan ini
menyediakan
ruang untuk perbincangan atau menyediakan aktiviti susulan yang boleh
mengembangkan lagi kognitif pelajar?
7.
Ketepatan
Maklumat : Adakah
maklumat yang disediakan itu tepat dan releven
dengan
objektif pengajaran? Maklumat yang tepat boleh meningkatkan motivasi pelajar. (
Keller, 1983 )
8.
Boleh
difahami : Adakah bahan itu dapat digahami oleh
kumpulan sasar?
9.
Mudah
dikendalikan : Adakah bahan itu mudah dikendalikan dengan
bantuan
paling
minimum dari guru atau manual?
10.
Dapat
menarik minat pelajar : Penggunaan warna,grafik dan animasi
dapat
menarik
minat pelajar. Bahan yang menrik dapat menarik minat pelajar ( Keller, 1983 )
11.
Pilihan
disediakan mengikut kebolehan pelajar : Adakah bahan itu
mempunyai
menu atau pilihan untuk memenuhi keperluan pelajar mengikut kehamiran dan
kebolehan?
12.
Kesesuaian
maklum balas : Adakah maklum balas yang disediakan itu
sesuai
dengan
objektif pengajaran? Terdapat tiga jenis maklum balas yang boleh digunakan pada
ketika tertentu seperti maklum balas bermaklumat ( informatif ), maklum balas
motivasi ( bagus/tahniah ) dan maklum balas pengesahan ( betul / salah ).
Maklum balas harus diberi serta merta. ( Skinner, 1954 )
13.
Kawalan
Pelajar : Adakah mudah bagi pelajar bergerak dari satu teks, nod,
unit
ke
satu teks, nod, unit pelajaran yang lain? Adakah pelajar dapat mengawal masa
paparan skrin? Adakah pelajar boleh berhenti pada bila-bila masa dan dapat
meneruskan semula pelajaran?
14.
Arahan
yang jelas,teratur dan konsisten : Adakah arahan yang
disediakan itu
jelas,
ringkas,teratur dan konsisten? Ciri-ciri ini akan membantu pelajar terutama
yang menggunakan pengajaran berbantukan komputer.
15.
Ujian
bagi setiap kerangka selari dengan objektif : Jika
bahan modul, adakah disediakan ujian atau latihan setelah selesai sesuatu
kerangka? Ujian yang disediakan hendaklan selari dengan objektif pengajaran (
untuk CAI / CBL ).
16.
Aktiviti
pemulihan dan bantuan disediakan : Adakah bahan itu mempunyai
latihan pemulihan atau bantuan jika pelajar tidak berjaya menguasai sesuatu
kemahiran atau menjawab sesuatu soalan? ( untuk CAL / CBL )
17.
Bukti
keberkesanan : Adakah bahan itu telah diuji kaji tentang
keberkesanan, kesahan dan kebolehpercayaan? ( penilaian sumatif untuk
pengiktirafan )
18.
Kreativiti
/ inovatif : Adakah bahan itu mempunyai daya kreativiti /
inovatif?
19.
Bebas
dan Diskriminasi : Adakah audio,visual dan teks itu tidak berat
sebelah iaitu mementingkan satu pihak sahaja samada dari segi bangsa, etnik
atau jantina?
20.
Prinsip
kesederhanaan dan kebolehbacaan ( grafik ) : Berapa banyakkah maklumat
yang harus dipaparkan dalam satu skrin? Adakah huruf dan saiz yang digunakan ,
jarak dan ruang antaranya meningkatkan kebolehbacaan di skrin komputer?
21.
Kesesuaian
warna dan kontras : Adakah warna itu jelas, selesa dipandang dan
mempunyai kontras yang baik antara latarbelakang dengan imej? Bagi perisian
komputer, dicadangkan supaya tidak menggunakan lebih dari empat warna dalam
satu skrin. Adakah warna yang dipilih dapat menjelaskan konsep darah dan hijau
untuk isyarat “boleh jalan”.
22.
Kesesuaian
audio ( penceritaan ) dan visual : Adakah audio itu jelas
untuk kumpulan sasar? Adakah audio itu sesuai dengan visual dari segi
sinkronisasi dan masa iaitu tidak terlalu cepat atau terlalu lambat?
23.
Pencahayaan
dan Pendedahan ( jika ada ) : Jika menggunakan fotografi,
adakah bahan itu jelas untuk dimultimediakan.
24.
Kesesuaian
syots : Jika menggunakan fotografi, adakah bahan ini mempunyai
pelbagai syot seperti jarak dekat, jarak sederhana, atau jarak jauh iaitu
syot-syot yang sesuai dengan objektif pengajaran.
25.
Peraturan
sepertiga : Jika menggunakan video dan slaid, visual
yang sesuai harus menggunakan peraturan sepertiga. Imej yang diambil mesti 1/3
dari kiri atau kanan visual.
26.
Penyimpan
rekod / prestasi pelajar : Adakah program itu berupaya memproses
dan menyimpan rekod atau prestasi pelajar?
27.
Pembungukusan
/ simpanan : Adakah bahan itu tahan lama, bungkusan kemas
dan mudah untuk disimpan dan dikesan semula?
28.
Panduan
Guru / Dekomentasi : Adakah bahan itu mempunyai panduan pengguna
yang boleh menerangkan cara-cara menggunakan bahan pengajaran atau persembahan.
Panduan ini harus mempunyai perkara-perkara seperti unit pengajaran, kumpulan
sasar, umur, pengetahuan sedia ada, matlamat dan objektif pengajaran, ujian
kriteria atau latihan, lain-lain media pengajaran yang digunakan dan rujukan
bacaan atau media lain.
( Yusup Hashim, 1998 )
1.2
Model-model Reka Bentuk
Pengajaran
Sebenarnya
terdapat banyak model reka bentuk pengajaran. Andrews dan Goodson ( 1980 ) talah mengkaji 40 model reka
bentuk pengajaran ( Yusup Hashim, 1998 ). Menurut Yusup lagi Andrews dan
Goodson telah memutuskan enam elemen asas dalam model reka bentuk pengajaran
iaitu :
i ) Menentukan
keperluan pelajar
ii ) Menentukan
matlamat dan objektif
iii ) Membina
prosedur penilaian
iv ) Mereka
bentuk dan membina strategi penyampaian
v ) Mencuba
sistem pengajaran
vi ) Menilain
keseluruhan sistem
Menurut
Yusup Hashim ( 1998 ) lagi model-model yang digunakan yang hampir mempunyai
kesemua elemen tersebut ialah Model Briggs ( 1977 ), model Gagne’ , Briggs dan
Wager ( 1988, 1992 ), model ASSURE ( 1982, 1985,
1989, 1993, 1996 ), model Romizowski ( 1981, 1984, 1988 ), model Dick &
Carey ( 1978, 1985, 1990 ) dan model Dick & Reiser ( 1989 ).
Manakala
Gustofson ( 1991 ) telah membahagikan model-model ini kepada tiga tumpuan iaitu
model yang berorentasikan bilik darjah,
model yang berorentasikan produk dan
model yang berorebtasikan sistem (
Yusup Hashim, 1998 ).
Model
ASSURE
Model
reka bentuk pengajaran yang berorentasikan bilik
darjah ialah model ASSURE ( 1996 ), model Kemp (1985 ) dan model Dick dan
Reiser ( 1989 ). Sebagai contoh ialah Model
ASSURE yang dipelopori oleh Heinich, Molenda, dan Russell ( 1993 ) iaitu terdapat enam langkah :
1. A –
Analyse Learners ( Analisis pelajar )
2. S –
State Objectives ( Nyatakan Objektif )
3. S –
Select media and materials ( Pilih media dan bahan )
4. U –
Utilise media and materials ( Gunakan media dan bahan )
5. R –
Require learner participation ( libatkan pelajar dalam pembelajaran )
6. E –
Evaluation / Review ( penilaian / Semak semula bahan )
Model
reka bentuk ASSURE ini akan melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan,
guru-guru adalah digalakkan merancang pengajaran secara sistematik supaya alat
dan bahan bantuan mengajar benar-benar memberi kesan kepada proses P & P (
Yusup Hashim, 1998 ). Menurut model ini, perancangan pengajaran akan lebih
teratur dan berkesan jika diambilkira enam elemen yang tersenarai tadi.
Model Berorentasikan Produk
Model reka bentuk yang berorentasikan
produk ialah Model Van Patten ( 1989 ), model Leshin, Pollock dan Reigeluth (
1990 ), dan model Bergman dan Moore
( 1990 ). Berikut adalah contoh bagi
model produck iaitu model Leshin, Pollock dan Reigeluth ( 1990 ) yang mempunyai
tujuh langkah :
- Analisis masalah
- Analisis domain
- Analisis dan susun tugasan
- Analisis dan susun isi sokongan pelajaran
- Tentukan peristiwa dan aktiviti pelajaran
- Lakukan reka bentuk mesej interaktif
- Nilai pengajaran
Model Pengajaran Dick and Carey
Model reka bentuk jenis sistem ialah
model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey ( 1979 ) yang menyenaraikan
beberapa langkah :
- Kenal pasti matlamat pengajaran.
- Buat analisis pengajaran
- Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar
- Tulis objektif prestasi
- Bina item ujian rujukan kriteria
- Bina strategi pengajaran
- Bina dan pilih bahan pengajaran
- Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif
- Semak semula pengajaran.
( Yusup Hashim, 1998 )
Selain
daripada ketiga-tiga model tersebut, terdapat beberapa model yang boleh
dijadikan rujukan dalam pembinaan BBM. Guru perlu melihat kesemua model
pengajaran sebelum membina BBM atau perancangan pengajaran demi kepentingan
pelajar dan pengajaran agar berjalan lancar dan berkesan. Terdapat beberapa
model reka bentuk yang mempunyai perkaitan dengan alat multimedia seperti
berikut :
Model Reka Bentuk Multimedia Reeves
Model Reka Bentuk Multimedia Reeves (
1994 ) digunakan dalam pembangunan projek multimedia yang mana terdapat 4
proses yang terlibat:
- Analisis
- Reka bentuk
- Pembangunan
- Penilaian
( Rozinah Jamaludin, 2000 )
Menurut
Rozinah Jamaludin ( 2000 ) juga, terdapat 4 jenis reka bentuk dalam multimedia
iaitu reka bentuk pengajaran, reka bentuk antara muka, reka bentuk teknikal,
dan reka bentuk grafik.
Reka
bentuk pengajaran ialah satu disiplin tentang kefahaman dan pembaikan proses
pengajaran secara sistematik bagi memperolehi gol pengajaran. Reka bentuk
antara muka ialah cara di mana pengguna boleh berinteraksi dengan isi kandungan
melalui komputer. Reka bentuk teknikal adalah berkaitan dengan menstrukturkan
pengaturcaraan sistem atau data yang diperlukan dalam reka bentuk pengajaran
antara muka. Reka bentuk grafik adalah komunikasi yang berkesan melalui skrin
komputer. Kesemua reka bentuk ini bertindih-tindih dan saling mempengaruhi
antara satu sama lain.
Kata
Rozinah lagi, terdapat 10 proses mengintegrasikan prinsip-prinsip reka bentuk
pengajaran dalam perancangan aplikasi produk multimedia :
- Tuliskan gol program
- Bina skrip atau konsep berdasarkan gol
- Senaraikan kenyataan butir-butir kandungan program
- Bangunkan carta alir yang menunjukkan peta jalan
- Bangunkan papan cerita
- Rancang pengguna antara muka
- Sediakan skrip untuk penceritaan teks dan video
- Ambilkira hak cipta terpelihara
- Jangka masa projek dan anggaran belanjawan
- Penilaian, pengujian program, pengujian beta dan ulangkaji.
Model Pengajaran Generatif
Menurut
Poh Swee Hiang ( 1997 ) menyatakan bahawa pengajaran Generatif adalah
diperkenalkan oleh Osborne R. dan Freyberg, P. ( 1987 ) berguna untuk
mengembangkan tajuk yang disediakan
diketahui oleh pelajar dengan lebih lanjut lagi. Ciri-ciri utama model ini
adalah fasa cabaran semasa, pandangan saintis diperkenalkan, samada sebagai
lanjutan kepada pemahaman awal kanak-kanak atau bertentangan dengan pemahaman
awal mereka.
Menurut beliau lagi model
kontrukstivisme adalah sebahagian daripada model ini. Model ini menganjurkan
pengajaran berfokuskan kepada murid. Murid dapat mengembangkan idea asal dengan
aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini
guru bertugas sebagai fasilitator sahaja.
Model Pengajaran Berasaskan
Konstruktivisme
Model
|
Penekanan Tujuan Pembelajaran
|
Generatif
|
Membandingkan
pandangan pelajar dengan pandangan sainstis.
|
Interaktif
|
Menjawab
soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar
|
Pembelajaran
Kopratif
|
Menggunakan
kemahiran analisis dan penilaian semasa bekerjasama
|
Pemetaan
Konsep
|
Mengaitkan
pengetahuan baru dengan pengetahuan dahulu secara bermakna
|
Sains,
Teknologi dan Masyarakat
|
Mengaplikasikan
pengetahuan sains dan teknologi pada isu sosial
|
Kitaran
Pembelajaran
|
Mengadakan
kegiatan inkuiri bersesuaian dengan perkembangan kognitif
|
Penyebatian
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
|
Meningkatkan
Proses dan kemahiran berfikir melalui kandungan sains
|
Model
konstruktivisme pada keseluruhannya menganjurkan para pelajar mencari jawapan
kepada segala persoalan dengan mencarinya sendiri dengan sedikit bantuan guru.
Antara pendekatan yang digunakan ialah seperti kajian ( Research ), perbincangan, penyelidikan, dan sebagainya.
Menurut
Dr. Zurida Ismail. et al ( 2003 ) menyatakan terdapat beberapa ciri umum yang
dikenalpasti berkaitan dengan guru Sains menurut Patrik dan Yager ( 1993 )
antaranya :
- Guru Sains cemerlang biasanya telah menurut langkah-langkah dalam buku teks satu demi satu tetapi menyesuaikan pelajaran mereka melalui pembentukan program mereka sendiri. Aktiviti dan program adalah bercorak penemuan dan discovery dan hand-on.
- Penekanan adalah di atas proses-proses sains dan bukan isi kandungan. Guru-guru membentuk kit atau bahan sendiri supaya mudah dikongsi oleh guru-guru lain.
- Program Sain adalah difikirkan sentiasa berubah-ubah bagi mancapai tahap yang lebih baik daripada tahap sebelumnya. Perkara begini dibolehkan kerana guru-guru yang cemerlang sentiasa mencari idea-idea kreatif yang baru.
- Peningkatan dalam penyediaan isi kandungan sains bukan faktor signifikan dalam membezakan antara guru yang paling cemerlang dengan guru yang kurang cemerlang.
- Guru-guru cemerlang menampilkan diri dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti professionalisme seperti latihan dalam perkhidmatan serta konferensi.
Menurut
Dr. Zurida lagi, kelebihan menggunakan komputer adalah melibatkan kemahiran
fizikal, emosi, sosial dan kognitif dipupuk dan dibina apabila perisian yang
sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran.
Menurut
Ang Huat Bin ( 1999 ) menyatakan bahawa model-model pengajaran adalah lebih
menstrukturkan bahan pengajaran supaya para pelajar boleh mengikut masa dan
keupayaan masing-masing. Itulah dinamakan model pengajaran yang diasaskan oleh Benjamin
Bloom. Menurut beliau lagi, model yang kedua ialah model pengajaran koperatif
yang mengutarakan kerjasama di antara ahli-ahli dalam kumpulan di samping
meningkatkan pencapaian pelajaran.
2.0 TEORI-TEORI
2.1 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Tokoh-tokoh
pendidikan telah mengemukakan pelbagai jenis teori pembelajaran. Menurut Ee Ah
Meng ( 1994 ) menyatakan bahawa teori pembelajaran terdiri daripada tiga mazhab
iaitu mazhab behaviourisme, kognitif dan
sosial. Teori-teori ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam dunia
ilmu pendidikan atau pedagogi.
2.1.1 Teori
Pembelajaran Behaviourisme
Teori
behaviourisme juga dikenali sebagai teori tingkah laku yang mana teori ini
telah dipelopori oleh Watson dan beberapa orang tokoh terkenal seperti Pavlov,
E.L. , Thorndike dan B.F. Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis
teori pembelajaran serta implikasi kepada guru.
Menurut
Rahil Mahyuddin et al ( 2000 ) teori behaviourisme mempunyai tiga prinsip utama
yang perlu diketahui iaitu pertama ialah pelajar harus aktif dan bukan
pendengar yang fasif. Kedua ialah kekerapan ulangan dalam penguasaan kemahiran
pasti akan mengekalkan kemahiran dan ketiga ialah peneguhan yang akan membantu
pelajar memberikan respon yang diingini.
Teori behaviorisme mengatakan ada dua
cara pembelajaran boleh berlaku pembelajaran melalui pelaziman klasik dan
pembelajaran melalui pelaziman operan. Pelaziman bererti apabila rangsangan
memiliki keupayaan membangkit respons. Terdapat empat yang terbabit dalam pelaziman.
- Ransangan tak terlazim : Merupakan rangsangan yang membangkitkan respon secara automatic. Makanan merupakan rangsangan tak terlazim.
- Gerak balas tak terlazim : merupakan respon secara automatic terhadap rangsangan tak terlazim. Contohnya, makanan akan mengakibatkan air liur keluar.
- Rangsangan neutral : perkara, objek atau pengalaman yang tidak membangkitkan gerak balas tak terlazim sebelum perlaziman berlaku. Rangsangan neutral ini harus dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim supaya pelaziman berlaku.
- Pelaziman operan : tingkah laku menjadi instrument dalam menghasilkan perubahan dan kekerapan gerakbalas dibentuk dan dikekalkan oleh konskuen gerak balas itu.
(
Rahil Mahyuddin et al, 2000 )
2.1.1.1 Pelaziman Klasik
Pelaziman
ini dimulakan dan diperkenalkan oleh Ivan Petrovich Pavlov ( 1849 – 1936 ).
Pavlov telah menggunakan haiwan sebagai bahan eksperimen. Pavlov telah proses
pelaziman untuk mengukur rangsangan yang berlaku ke atas beberapa ekor anjing.
Leher anjing itu ditebuk supaya air liur keluar melalui tiub dan masuk kepada
pengukur kaca supaya air liur anjing itu boleh diukur. Semasa eksperimen,
anjing diikat di sebuah pasung. Makanan diberikan dan anjing mula mengeluarkan
air liur ( gerakbalas tak terlazim ) apabila melihatnya ( rancangan tak terlazim ).
Selepas itu loceng ( rangsangan neutral ) dibunyikan. Pada mulanya anjing tidak
memberi sebarang respon terhadap loceng itu. Setelah dipasangkan serentak atau
sejurus sebelum makanan diberi, dan keadaan ini diulang lebih 50 kali dbeberapa
minggu, makanan yang dipasangkan lagi apabila loceng dibunyikan. Didapati
anjing mula mengeluarkan air liur ( gerak balas terlazim ) terhadap bunyi
loceng ( rangsangan terlazim ).
2.1.1.2 Pelaziman
Operan
Pelaziman
ini telah diperkenalkan oleh Burhhus Frederick Skinner yang menyatakan bahawa
tingkah laku yang menghasilkan peneguhan positif akan menghasilkan pengulangan
sementara tingkahlaku yang diikuti dengan peneguhan negatif akan menghasilkan
penolakan.
2.1.1.3 Pelaziman
Emosi
Diperkenalkan
oleh John B. Watson yang berkaitan dengan anak kecil, bunyi kuat ( rangsangan
semulajadi ) , tikus putih ( rangsangan terlazim ) dan sama ada bunyi kuat atau
warna putih ( rangsangan terlazim ) hasilkan ketakutan ( gerak balas terlazim )
2.1.1.4 Teori
Hukum Thorndike
Thorndike terkenal dengan teori-teori
hukumnya yang mengarah langsung kepada situasi pembelajaran. Antara teori-teori
pembelajaran yang terkenal itu :
i) The
Law Of effect : Thorndike berpendapat
bahawa respon yang mendahului
sesuatu
yang menyeronokkan ( ingin dikekalkan ) kebiasaannya akan berulang.
ii) The
Law of Reading ( Ganjaran ) : Prinsip kesediaan, pelajar yang belum
bersedia
untuk belajar tetapi diarah untuk belajar atau pelajar yang telah bersedia tapi
tidak dibenarkan berbuat demikian.
iii) The
Law Of Exersice : pengulangan akan menjadikan pengajaran lebih berkesan
namun
hukum ini telah dibatalkan oleh beliau sendiri kerana pengulangan tidak
semestinya sesuatu pengajaran yang berkesan.
iv) The
Law Of Multiple Responses : Ketidak sediaan pelajar dalam sesuatu penyelesaian
akan menghasilkan kepelbagaian alasan dan pelajar akan mencari cara lain yang
lebih baik dan hasilnya yang memuaskan.
v) The
Law Of Attitude : Thorndike juga berpendapat bahawa selain untuk mendapatkan
maklumat belajar, pelajar juga berfungsi untuk mengenalpasti kecenderungan
bentuk reaksi dalam berdepan dengan sesuatu situasi.
2.1.2 Teori
Pembelajaran Sosial
Teori ini telah diperkenalkan oleh
Albert Bandura. Teori pembelajaran sosial menerangkan bahawa faktor-faktor
sosial, kognitif dan tingkah laku memeinkan perana penting dalam proses
pembelajaran. Dalam hal ini, Bandura mengaitkan faktor kognitif pula merujuk
kepada harapan individu untuk memperolehi kejayaan. Manakala faktor sosial dan
pemerhatian individu terhadap tingkah laku ibu bapa mereka ke arah memperolehi
kejayaan. Semasa proses pembelajaran berlaku, proses tranformasi timbal balik
antara pengalaman dengan proses belajar
dilalui.
Bandura telah meletakkan yang perlu
untuk mewujudkan proses pembelajaran melalui pemerhatian ini:
i) Pemerhatian
: Pemerhatian pelajar perlu difokuskan kepada cirri-ciri utama pengajaran.
ii) Kawalan
Ingatan : Ianya melibatkan proses mental untuk membentuk imaginasi tentang
tingkah laku model. Diperkukuhkan dengan mengadakan latihan ulangan yang kerap
bagi membantu ingatan pelajar.
iii) Penghasilan
: Latihan yang lebih giat lagi untuk menghasilkan tingkah laku yang lebih baik
kerana proses sebelumnya belum dapat meyakinkan diri untuk melakukan apa yang
telah diingat dan apa yang dapat dibuat mengikut urutan tingkah laku tersebut.
Oleh itu, latihan yang lebih perlu kerana ia boleh meningkatkan keyakinan.
iv) Motivasi
dan Pengukuhan : Membezakan perolehan maklumat dan pencapaian. Ini bererti
bahawa tidak bermakna maklumat yang diperolehi oleh pelajar itu adalah pencapaian sebenar mereka.
2.1.3 Teori
Kognitif
Menurut
Rahil Mahyuddin et al ( 2000 ) menyatakan bahawa dalam tahun 1970an beberapa
ahli psikologi mula menolak model rangsangan gerak balas yang diutarakan oleh
behaviorisme. Mereka cuba
memberi fokus apa yang berlaku dalam minda. Mereka menggunakan pendekatan
kognitif dam ini merupakan model dominan masa kini dalam pelbagai bidang
seperti psikologi perkembangan yang mengkaji perkembangan penaakulan, psikologi
fisiologi yang menerokai asas fisiologi personal.
2.1.3.1 Teori
Piaget
Diperkenalkan
oleh John Piaget yang melihat manusia
sebagai aktif dan sentiasa ingin tahu, mencari serta mengumpul maklumat untuk
menyelesaikan masalah yang berkaitan. Berdasarkan kepada huraian Piaget tentang
perkembangan kognitif dan beliau telah membahagikan asas-asas pembelajaran
kepada tiga iaitu, organisasi, adaptasi dan keseimbangan. Organisasi bermaksud
kecenderungan untuk membentuk keteraturan proses berfikir ke dalam struktur
psikologi adalah diwarisi dari lahir.
Teori ini juga telah dikenali sebagai
Teori Perkembangan Kognitif Piaget yang mana ia di bahagikan kepada beberapa
peringkat perkembangan manusia :
PERINGKAT MOTOR DERIA
( Lahir hingga 2 Tahun )
Skema adalah berdasarkan tingkah laku dan
persepsi. Skema belum lagi mewakili objek melepasi pandangan
terdekat bayi.
|
PERINGKAT PRAOLAHAN
( 2 tahun hingga 7 tahun )
Skema pada masa ini mewakili objek
melepasi pandangan terdekat kanak-kanak. Akan tetapi kanak-kanak belum boleh
menaakul secara logic seperti orang dewasa.
|
PERINGKAT OLAHAN KONKRIT
( 7 tahun sehingga 11 tahun )
Kebolehan logic seperti orang dewasa
bermual tetapi terhad kepada pentaakulan realiti konkrit sahaja.
|
PERINGKAT OLEHAN FORMAL
( 11 tahun ke atas )
Proses pentaakulan ligok diaplikasikan
kepada idea abstrak dan juga objek konkrit.
|
( Rahil Mahyuddin, 2000 )
2.1.3.2 Teori
Koffa dan Kohler
Teori ini menjadikan matlamat sebagai
rangsangan untuk menbentuk tingkah laku. Pengalaman yang telah ditempuh akan
diamati atau dipelajari sehingga membentuk pengetahuan yang mendorong kea rah
penyelesaian masalah atau tercapainya matlamat. Kensep ini dikatakan sebagai
“Celik Akal”. Manusia memerlukan pengalaman awal yang mungkin secara berulang-ulang
untuk membentuk struktur pemikiran.
Koffka dan Kohler membentuk teori
kognitif ini setelah melakukan kajian eksperimen ke atas beberapa ekor haiwan,
seperti anjing dan cimpanzi.
2.1.3.3 Teori
Brunner
Teori
ini telah diperkenalkan oleh Jerome S. Brunner yang menekankan bagaimana
interaksi manusia dengan alam sekitar dan menggambarkan pengalaman-pengalaman
secara dalaman. Menurut Brunner perkembangan kognitif juga melalui
peringkat-peringkat tertentu:
Peringkat Enaktif
( 0 – 2 tahun )
Peringkat ini, kanak-kanak akan bergerak
kea rah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu, pada peringkat ini kanak-kanak banyak
menggunakan anggota-anggotanya untuk menyelesaikan masalah.
|
Peringkat Ikonik
( 2 – 4 tahun )
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah berupaya
menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej
tertentu.
|
Peringkat Simbolik
( 5 – 7 tahun )
Pada peringkat ini, kanak-kanak
berkebolehan berfikir dengan menggunakan bahasa. Terdapat dua proses
penguasaab bahasa, iaitu superordinat dan kompleksif.
|
2.1.3.4 Teori
Ausubel
Teori
yang
diasaskan oleh David Ausubel ini menekankan pada penguasaan maklumat malaluai
bahasa yang bermakna. Menurut beliau, maklumat di dalam bentuk bahasa dapat
dikuasai melalui dua cara iaitu resepsi dan penemuan. Kedua-dua jenis
pembelajaran boleh berlaku sama ada melalui hafazan atau makna seperti yang
ditunjukkan pada Rajah di bawah:
( Ee Ah Meng, 1994 )
2.1.3.5 Teori
Pembelajaran Gagne
Menurut
Gagne ( 1970 ) pembelajaran begerak daripada yang paling mudah kepada yang
kompleks. Pembelajaran di aras yang tinggi bergandung kepada pembelajaran di
aras yang rendah. Gagne telah mengenali pasti lapan jenis pembelajaran berikut
:
- Pembelajaran Isyarat : Jenis pembelajaran yang paling mudah yang dipengaruh kebiasaan. Contoh bunyi loceng masuk atau keluar kelas.
- Pembelajaran mengganggu gerak balas : Pembelajaran gerak balas bergantung kepada prose peneguhan. Contoh pujian daripada guru supaya pelajar mempunyai tindak balas yang positif.
- Rangkaian : Tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain yang boleh melengkapi sesuatu tugasan.
- Pertalian Bahasa : Menghubung kaitkan pembelajaran dengan perkaraan yang di dengar atau dibaca.
- Pembelajaran diskriminasi : Pelajar memilih gerak balas yang sesuai bagi menghasilkan sesuatu.
- Pembelajaran Konsep : Pelajar bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau kategori.
- Pembelajaran Hukum : Pembelajaran yang kompleks kerana ia melibatkan pembejalaran konsep . rangkaian dan pertalian berbahasa.
- Penyelesaian masalah : Peringkat yang paling kompleks kerana ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hukum.
( Ee Ah Meng, 1994 )
2.2 TEORI
MOTIVASI
Terdapat
tiga teori motivasi yang dikenal pasti iaitu teori motivasi kognitif, teori
motivasi behavior dan teori motivasi Humanisme.
2.2.1 TEORI
MOTIVASI KOGNITIF
Golongan
ini percaya bahawa tingkah laku ditentukan oleh pemikiran diri tanpa mengambir
kira pengalaman lalu. Titik asas dalam pendekatan ini ialah tindak balas (
respon ) seseorang bukan punca dari peristiwa luaran atau tuntutan keadaan
fizikal seperti lapar dan sebagainya.
2.2.1.1 Teori
Keperluan Pencapaian ( Atkinson )
Keinganan
untuk mencapai matlamat yang memerlukan tahap kecekapan tertentu. Keperluan pencapaian
ini adalah gabungan daripada desakan / kepentingan dalaman dan “enjoyment” .
Individu inginkan pencapaian tinggi cenderung untuk memilih tugasan yang agak
mencabar kerana keinginan tersebut memiliki kekuatan harapan untuk berjaya
daripada kekuatan gagal ( melihat Pengalaman ).
2.2.1.2 Teori Atribut
Pelajar yang kerap
atau takut gagal kurang keyakinan untuk mencapai kajayaan. Mensifatkan kejayaan
yang dicapai hanyalah kerana soalan yang mudah atau bernasib baik. Tetapi
kegagalan disifatkan sebagi tidak berkeupayaan, usaha, tahap soalan dan nasib
faktor. Pelajar yang berkeinginan tinggi melihat usaha dan keupayaan sebagai
faktor untuk berjaya. Dan pelajar jenis ini tidak akan dilemahkan kerana gagal
nahkan giat.
2.2.1.3 Teori Entiti
Kecerdasan adalah
entity yang mempunyai cirri-ciri yang telah ditentukan. Pelajar dalam cirri ini
lebih cenderung melakukan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran. Mereka tidak kurang
senagn jika tidak melakukan kesalahan. Namun mereka mempunyai keyakinan dan
kebolehan untuk mencuba dan bijak untuk menghindari daripada membuat kesalahan.
Mereka terus berusaha untuk menunjukan kebolehan mereka walaupun menghadapi
banyak cabaran.
2.2.2 Teori
Motivasi Behavior
Pengukuhan
adalah faktor yang mempengaruhi teori ini. Tingkah laku yang mendapat
pengukuhan cenderung untuk diulangi dan boleh dibentuk. Sebagai contoh pelajar
yang telah mendapat kejayaan delam sesuatu kemahiran akan diberi ganjaran agar
dia akan terus berusaha untuk emgusai kemahiran tersebut dengan lebih mahir
lagi. Pelajar tersebut tadi akan melakukan perkara yang lebih mencabar pada
masa akan datang untuk mendapatkan banyak pujian.
2.2.2.1 Teori
Naluri
Ini
adalah antara teori terawal dalam teori motivasi. Manusia mempunyai naluri atau
kecenderungan yang semulajadi yang tidak perlu dipelajari. Naluri membantu
samada dalam bentuk pemikiran atau tindakan supaya kehidupan dapat terus
berlangsung. Bangaimana pun, Freud mengatakan bahawa naluri sukar untuk
disedari dan dikenali pasti kewujudannya. Di samping, kewujudannya hanya untuk
memenuhi keperluan biologi sahaja.
2.2.2.2 Teori “Drive”
Pengasas
teori ini ialah Clark Hull berpendapat aktiviti yang dilakukan adalah bertujuan
untuk mengurangkan ketegangan yang ditimbulkan oleh keperluan dan kehendak.
Drive dibahagikan kepada dua jenis. Iaitu “Drive” asas dan “Drive” perolehan.
“Drive”` asas adalah kekuatan dalaman yang diarahkan kepada keperluan biologi
seperti lapar, haus dan sebagainya.
2.2.3 Teori
Motivasi Humanisme
Mazhab ini menganggap Mazhab behaviorisme
dan psikoanalisis ( Freudian )tidak memadai untuk menerangkan mengapa seseorang
bertingkahlaku sedemikian. Mazhab ini percaya bahawa seseorang itu akan
berterusan didorong oleh kepercayaan sejak lahir untuk mencapai pontensi yang
sedia ada.
2.2.3.1 Teori
Keperluan Berhirarki
Teori
ini telah diperkenalkan oleh A. Maslow yang melihat seseorang perlu melengkapi
peringkat asas sebelum ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan bermula dari
peringkat keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan,
pengetahuan, keindahan dan matlamat diri. Matlamat diri bermakna keperluan
melengkapkan diri mengikut potensi, bakat dan kemampuan diri. Mereka bebas
mencari jalan sendiri mengikut apa yang mereka miliki. Mrerka tidak akan puas
selagi belum mencapai matlamat. Implikasi cenderung untuk membuat pilihan
negatif.
2.2.3.2 Teori
Fenomenologi
Teori
ini diketengahkan oleh Carl Rogers yang melihat manusia mempunyai kecenderungan
semulajadi kearah kesempurnaan menerusi pengembangan potensi-potensi yang
dimiliki. Manusia akan manjadi baik jika benar memenuhi potensi yang dimiliki
secara bantuan dan bimbingan. Masalah akan timbul jika manusia dipaksa untuk
mematuhi sistem sosial yang sedia terbentuk kerana keperluan peribadi
tersekat.Wujud dua kecenderungan iaitu kecenderungan semulajadi dan
kecenderungan sistem sosiial.
2.3 KECERDASAN
PELBAGAI ( MULTIPLE INTELLIGENCE )
Definisi
Sternberg ( 1981 ) mengenai kecerdasan ialah keupayaan menyelesaikan masalah
secara praktikal, kemampuan berbahasa dan kemampuan menyesuaikan diri dengan
pengalaman seharian serta berupaya memperlajarinya.
2.3.1 TEORI-TEORI
KECERDASAN
2.3.1.1 Teori
tiga Prinsip Kecerdasan Robert J, Sternberg.
Sternberg
mengembangkan teorinya tentang kecerdasan manusia dengan membezakan fokus
kecerdasan kepada tiga jenis iaitu kecerdasan analisa, kreativiti dam
praktikal. Kecerdasan analisa adalah kemampuan untuk membuat sentisis,
pertimbangan, perbandingan dan perbezaan. Kecerdasan kreativiti pula merujuk
kepada kebolehan menggambarkan, mereka bentuk, mencipta dan menghasilkan idea
baru. Manakala kecerdasan praktikal berkait dengan hal-hal yang bersifat
mekanikal dan procedural, seperti cara menggunakan, menerapkan dan
melaksanakan.
2.3.1.2 Lapan
Jenis Kecerdasan Haward Gardner
Menurut
Gardner kecerdasan manusia secara semulajadi terbahagi seimbang dalam lapan
kemahiran iaitu kemahiran berbahasa, matematik, dimensi, (“spatial”),
kinestatik, muzik, “intrapersonal” dan “naturalist”.
- Kemahiran berbahasa : kemampuan yang membolehkan untuk menjelaskan maksud, hasrat, dan pemikiran melalui kata-kata.
- Kemahiran Matematik : Keupayaan untuk berfikir ligik, memahami konsep penyelesaian matematik ( ahli sains )
- Kemahiran dimensi (“spatial”) : kemampuan berfikir secara tiga dimensi ( pelukis / arkitek )
- Kemahiran kinestetik : mahir dalam mempergunakan objek ( pakar bedah, ahli sukan )
- Kemahiran Muzik : kemampuan menghayati serta peka terhadap petikan, melodi, bunyi ( penggubah lagu ).
- Kemahiran “interpersonal” : kemahiran untuk memahami dan berinteraksi dengan baik (usahawan, guru, pengurus )
- Kemahiran “intrapersonal” : Kemahiran memahami dalaman diri orang ( ahli psikologi, kaunseling )
- Kemahiran “naturalist” : kebolehan untuk membuat pemerhatian terhadap sifat semulajadi (perancang struktur)
2.3.1.3 Teori
Dimensi Kecerdasan Raymond Cattell
Cattell
menghuraikan kecerdasan sebagai
makenisme kognitif yang dinamik. Pemikiran manusia berkembang seiring dengan
peningkatan umur yang disebutnya sebagai “Crystallized intelligence”. Konsepnya
memberi penekanan terhadap tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran. “Crystallized
intelligence” akan menjadi bermakna jika berlaku “fluid intelligence”, iaitu
aktiviti kognitif untuk analogi, pengelompokan, taakulan, sintesis, membuat
konsep dan menyelesaikan masalah. Walaubagaimana pun, Catell berpendapat bahawa
unsur pendidikan dan sosial hanya merupakan faktor sampingan kea rah membentuk
“crystallized intelligence” dan “fluid intelligence”
3.0 METHODOLOGI
3.1 Reka
Bentuk Kajian
Matlamat
kajian ini adalah untuk menilai sejauhmana kekuatan dan kelemahan bahan
pengajaran yang telah dibuat ( dibina ) oleh guru. Matlamat kajian adalah jelas
iaitu ingin memberi nafas baru kepada bahan Bahan Bantu mengajar (BBM) yang
telah direka. BBM yang telah reka adalah sebuah aplikasi power point bagi
jangka masa dua sesi penjagaran. Bagi memcapai matlamat kajian, pengkaji akan
menggunakan kaedah deskriptif tinjauan untuk mengumpul data yang berkaitan
dengan beberapa elemen dalam bahan seperti bahan grafik, vedio, audio, teks dan
animasi serta kesesuaian isi kandungan pelajaran. Kajian ini juga akan melihat
sejauhmana keberkesanan penggunaan komputer ke atas pelajar-pelajar pinggir
bandar yang rata-rata latarbelakang ekonomi rendah.
3.2 Populasi
dan Sampel
Populasi
kajian ini ialah para pelajar ( murid ) Tahun 5 Jujur SK. Nongkolud, Tuaran
yang mana pelajar adalah seramai 25 orang. Seramai 8 orang pelajar lelaki dan
17 orang pelajar perempuan. Rata-rata para pelajar di Kelas ini adalah
anak-anak kepada buruh kasar atau terdapat juga beberapa orang murid yang ibu
bapa mereka dari kalangan penjawat jawatan di jabatan kerajaan.
Pemilihan persampelan adalah terbatas
kepada pelajar tahun lima
Jujur sahaja dan tidak melibatkan pelajar tahun lima yang lain. Tujuannya adalah untuk
memudahkan pengkaji untuk menjalankan aktiviti pemungutan data mentah.
Pemilihan Tahun 5 Jujur adalah kerana kelas tersebut mempunyai pelajar yang
terdiri mereka yang terpilih berdasarkan perstasi akademik mereka pada
peperiksaan akhir tahun 2005. Wapau bagaiman pun, kemahiran pelajar-pelajar
tersebut adalah berbeza antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain.
Boleh dikatakan bahawa bahan ini sesuai kerana prestasi atau tahap pencapaian
para pelajar dalam mata pelajaran sains adalah berbeza.
3.3 Alat
Kajian
Bagi
tujuan
mendapatkan maklumat untuk kajian ini. Pengkaji telah membina soal selidik
dengan bantuan penysarah TT3082 Reka Bentuk Pengajaran. Soal selidik yang pengkaji telah bina berdasarkan beberapa buah
buku Teknologi Pengajaran. Alat kajian yang digunakan terbahagi kepada lima
bahagian iaitu A) latarbelakang pelajar, B) Kemahiran, Pengetahuan dan sikap
pelajar terhadap penggunaan komputer, C) Komponen Multimedia, D) Isi kandungan pelajaran dan E) latihan. Di samping
itu alat kajian yang lain ialah BBM yang telah siap dibuat dan digunakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
3.4 Teknik
Pengumpulan Data
Sebelum
mengedarkan soalan soal selidik, pengakaji terlebih dahulu telah menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Kelas Lima Jujur selama 40 minit.
Selepas sesi penjajaran dan pembelajaran ini berlaku, pengkaji telah
mengedarkan soal selidik kepada semua responden untuk mereka jawab secara serta
merta. Masa yang telah diambil ialah kira-kira 20 minit. Para
responden telah mengisi soal selidik tanpa pengaruh pangkaji ini dapat
dibuktikan tedapat yang dikosongkan oleh pelajar.
Pengumpulan data mentah ini dapat
dijalankan dengan lancar kerana pengkaji merupakan guru Kelas kepada responden.
Namun, terdapat di antara mereka yang tidak dapat mengisi kerana bebrapa sebab
seperti tidak hadir ke sekolah atau terlibat dengan sukan peringkat Daerah
Tuaran. Oleh itu, hanya seramai 20 orang responden sahaja yang dapat memberi
respon. Proses pengumpulan data ini telah dijalankan dengan mudah dan cepat.
3.5 Teknik
Analisa Data
Bagi
tujuan menterjemahkan data mentah yang diperolehi, pengkaji
menggunakan statistik deskriptif untuk mengukur paras kecenderungan responden
terhadap bahan BBM yang telah dijalankan di kelas seperti penggunaan Min skor
dan peratusan.
4.0 DAPATAN
KAJIAN
4.1 Latar
belakang Responden
4.1.1 Pengetahuan
Tentang Komputer
Kebanyakan
responden
telah mengetahui apa itu komputer dengan 70% daripada mereka tahu apa itu
komputer. Walaupun begitu hanya 20% sahaja pernah menggunakan komputer untuk
belajar. Terdapat 50% ahli keluarga
mereka memiliki komputer. Dan yang menariknya mereka tidak pasti kegunaan
komputer dengan hanya 10% sahaja tahu kegunaan komputer. Dan daripada 20 orang
responden hanya 5% sahaja yang boleh menyenaraikan 3 peralatan komputer yang
mereka tahu.
Berikut
adalah jadual menunjukkan keterangan
pengetahuan responden tentang komputer:
PENGETAHUAN
|
KEKERAPAN
(orang
)
|
Tahu apa itu komputer
|
14
|
Pernah menggunakan komputer
|
4
|
Memiliki komputer sendiri atau ahli
keluarga
|
10
|
Tahu kegunaan komputer
|
2
|
Menyenaraikan peralatan komputer
|
1
|
4.1.2 Sikap
Responden Terhadap Komputer
Seramai
85%
daripada responden suka belajar dengan komputer, 55% pula ingin memiliki
komputer jika mempunyai wang. 90% daripada responden ingin belajar komputer
jika diberikan peluang dan 75% pula suka akan aplikasi yang telah dipamerkan
oleh pengkaji dan akhir sekali 80% daripada mereka suka belajar dengan aplikasi
seperti yang telah dijalankan.
Sikap
responden terhadap pengajaran berasaskan komputer adalah positif seperti yang
ditunjukkan pada Rajah berikut:
Jadual
2 : Sikap responden terhadap penggunaan komputer dalam P & P
SIKAP
|
KEKERAPAN ( orang )
|
Suka
belajar menggunakan Komputer
|
17
|
Sanggup
membeli peralatan komputer
|
11
|
Mahu
belajar komputer
|
18
|
Suka
aplikasi yang dijalankan di kelas
|
15
|
4.1.3 Kemahiran
Responden Dalam Komputer
Para
pelajar ( responden ) yang telah dijalankan kajian ini amat kurang dalam
kemahiran dalam komputer. Ini kerana kemungkinan latarbelakang keluarga dari
golongan yang berpendapatan rendah yang rata-rata tidak memiliki komputer di
rumah. Kajian mendapati hanya 35% daripada mereka tahu menggunakan komputer
dengan jika diagihkan 35% pandai menggunakan tetikus dan menaip perkataan, 25%
tahu menggunakan papan kekunci, 20% tahu memainkan CD room dan jumlah yang
terbanyak ialah 45% yang pandai bermain Games.
Jadual
berikut menunjukkan kemahiran responden dalam menggunakan komputer:
Jadual
3 : Kemahiran Pelajar Dalam Penggunaan
Komputer
KEMAHIRAN
|
KEKERAPAN
( Orang )
|
Menaip
perkataan
|
7
|
Menggunakan
Tetikus
|
7
|
Menggunakan
“Keyboard”
|
5
|
Bermain
“Games”
|
9
|
Menggunakan
player dalam CD Room
|
4
|
4.2 Komponen
Multimedia
4.2.1 Video
Kesemua
responden telah tidak setuju dengan pernyataan dalam soal selidik kerana BBM
atau bahan yang dijalankan tidak mempunyai video. Hanya beberapa orang yang
masih mengisi ruangan video dan pengkaji andaikan responden tidak memahami
soalan.
4.2.2 Audio
Berdasarkan
borang soal selidik, seramai 50% responden menyatakan kesan audio adalah sangat
memuaskan. Manakala 45% lagi menyatakan tidak jelas, 25% pula menyatakan bahawa
rakaman suara terlalu cepat dan sukar difahami. 100% menyatakan bahawa bahan
audio tidak bising serta tidak menggangu pembelajaran.
Jadual
4 menunjukkan keterangan tentang audio oleh responden :
Bahan Audio
|
Kekerapan ( orang )
|
Sudah
memadai
|
10
|
Audio
tidak jelas
|
9
|
Rakaman
terlalu cepat dan sukar difahami
|
5
|
Bunyi
yang mengganggu
|
0
|
Tiada
audio dalam aplikasi
|
0
|
4.2.3 Grafik
Berdasarkan
kajian, responden sangat tidak puas hati dengan penggunaan grafik dalam
aplikasi ini dengan 80% tidak bersetuju bahawa bahan bahan grafik memadai dalam
aplilasi ini. Namun penggunaan warna sesuai dengan 80% bersetuju. Manakala
gabungan warna grafik tersebut sesuai dengan 85% memberi persetujuan. Begitu
juga dengan penggunaan symbol iaitu 90% menyatakan tidak keliru dengan
symbol-simbol yang digunakan. 55% pula bersetuju dengan penggunaan font dalam
teks.
Jadual
5 : Menunjukkan pandangan responden terhadap Grafik dalam BBM
Menggunaan Grafik
|
Kekerapan ( orang )
|
Grafik
telah memadai
|
4
|
Gambar
terang dan memuaskan
|
16
|
Gabungan
warna yang tidak sesuai
|
3
|
Simbol
yang jelas dan tidak mengelirukan
|
18
|
Font
yang sesuai dan menarik
|
11
|
4.2.4 Animasi
Merujuk
kepada
soal selidik, responden telah bersetuju bahawa pergerakan animasi agak menarik
dengan 90% responden menyatakan grafik menarik, 60% mahu pergerakan animasi
perlu ditambah. Berdasarkan kajian ini, terdapat 75% responden menyatakan
pergerakan tidak selaras dengan teks yang dipamerkan. Dan pegerakan animasi ini
perlu dibuat dalam latihan dengan 75% bersetuju.
Jadual
6 : Pandangan responden terhadap animasi
Animasi
|
Kekerapan ( orang )
|
Pergerakan cukup menarik
|
18
|
Perlu
ditambah
|
8
|
Selaras
dengan kehadiran teks
|
15
|
Perlu
ada dalam latihan
|
15
|
4.2.5 Teks
Dalam
ruangan
teks, responden telah memberikan respon yang amat positif dengan 100%
menyatakan teks adalah terang dan jelas. Kesesuaian teks mendapat persetujuan
sebanyak 70% manakala kesemua responden faham dan tidak keliru dengan teks
tersebut dengan memberikan 100%. Begitu juga dengan penggunaan struktur ayat
dengan kesemua responden telah bersetuju iaitu 100%.
Jadual
7 : keterangan responden mengenai teks
Pengunaan
Teks
|
Kekerapan
( orang )
|
Teks
terang dan jelas
|
20
|
Teks
sesuai dengan kandungan pelajaran
|
14
|
Teks
yang tidak mengelirukan
|
20
|
Pengunaan
istilah sains dan steruktur ayat yang sesuai
|
20
|
4.3 Isi
Kandungan
Selain
daripada komponen bahan, kajian ini juga menitik beratkan kesesuaian isi
kandungan pelajaran mengikut kurikulum sekolah. Berikut adalah dapatan yang
telah dipunggut dari soal selidik berkaitan dengan isi kandungan. Hanya separuh
daripada responden bersetuju bahawa isi kandungan mencabar minda, terdapat 75%
di kalangan responden maklumat yang terdapat di dalam bahan tidak mencukupi.
100% menyatakan kesesuaian isi kandungan dengan kurikulum yang mereka perlukan.
90% pula bersetuju agar aktiviti pembelajaran
menggunakan bahan tersebut. 75% pula mengaku bahawa belajar cara ini
adalah cara yang terbaik dan mudah untuk memehami ipelajaran dan mereka
menyatakan boleh belajar sendiri dengan menggunakan bahan ini sebanyak 55%.
Latihan yang diberikan dalam bahan tersebut juga telah mencabar minda responden
dengan 70% menyatakan peersetujuan. Maklumat yang diberikan agak terperinci
dengan 85% bersetuju. Responden telah memberikan respon dengan memberi
keyakinan terhadap bahan ini dengan memberi persetujuan bahawa tiada yang
mengelirukan dalam teks atau isi kandungan.
Jadual
8 : Mengandungi persetujuan responden terhadap isi kandungan Bahan.
Isi kandungan
|
Kekerapan ( 0rang )
|
Isi
pelajaran mencabar minda
|
10
|
Semua
maklumat boleh diperolehi
|
5
|
Sesuai
dengan tahap pembelajaran
|
20
|
Bahan
yang sangat menarik
|
18
|
Lebih
mudah faham dengan cara penggunaan BBM
ini.
|
15
|
Boleh
belajar sendiri dengan menggunakan aplikasi ini
|
11
|
Latihan
yang mencabar
|
14
|
4.4 Latihan
( Penilaian Terhadap Kefahaman Responden )
Daripada
keputusan latihan yang mengandungi 10 item soalan itu, hanya 2 orang pelajar
yang memperolehi 9 daripada 10 yang betul.
Kesemua pelajar telah mencapai 100% dalam ujian tersebut. Daripada data
ini, dapatlah dirumuskan bahawa item ujian yang dibina terlalu rendah
arasnya.
5.0 PERBINCANGAN
/ CADANGAN
Dalam
kajian ini, pengakaji telah mengadakan aktiviti pemungutan data bagi mengukur
kelemahan dan kekuatan bahan Bantu mengajar yang telah direka. Aktiviti yang
telah dirancangkan itu, telah disusuli dengan kajian dengan menggunakan alat
kajian iaitu soal selidik dan bahan CD dalam aplikasi power point . Sebelum membuat aktiviti dan membina alat kajian soal
selidik (Questionaire ), pengkaji
telah mendapatkan pandangan beberapa tokoh melalui kajian literature dan
pensyarah kursus ini. Daripada analisis data yang diperolehi dalam dapatan
kajian, ia merupakan rumusan keseluruhan ke atas kajian.
Dari analisis data yang diperolehi,
dapatlah disimpulkan bahawa bahan yang telah direka tersebut mempunyai
kelemahan dan kekuatannya dan ia perlu diperbaiki bagi mengelakkan kekeliruan
di kalangan murid. Daripada dapatan kajian dapatlah disimpulkan beberapa
perkara seperti berikut yang terdapat
dalam bahagian latarbelakang pelajar:
- Pelajar yang terlibat dalam kajian merupakan golongan pelajar yang mengalami keciriran dalam bidang ITC dan bolehlah dinyatakan bahawa mereka merupakan wakil kepada golongan pelajar Luar Bandar yang jauh dari arus pembangunan.
- Kekurangan kemudahan di sekolah luar bandar telah menyumbang kepada jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar.
- Kesukaran pelajar untuk menggunakan komputer telah menyumbang kepada rasa bosan rasa putus asa di kalangan mereka.
- Tidak dinafikan juga golongan pelajar ini akan lebih bersemangat lagi untuk belajar dan ingin memiliki sebuah komputer.
Dalam
ruangan Komponen Multimedia , kajian
ini mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam bahan yang dibina. Bahan yang
dibina ini tidak mempunyai video yang mana 100% responden telah menyatakan
perlu dimasukkan video di dalam bahan tersebut. Daripada dapatan kajian, 24%
responden bersetuju bahawa audio cukup jelas dan berkesan. Begitu juga dengan
penggunaan grafik, bahan ini perlu ditambah walaupun penggunaan bahan grafik
cukup memuaskan iaitu sebanyak 55% menyatakan grafik perlu ditambah. Seperti
grafik, animasi juga perlu diperbaiki, responden telah menyatakan melalui soal
selidik iaitu 90% responden menyatakan grafik menarik tetapi kebanyakan mereka
mahu penambahan dalam beberapa bahagian seperti bahagian latihan. Walau
bagaimana pun, ruangan teks merupakan ruangan yang memuaskan 94% responden
dengan menyatakan kepuasan mereka namun terdapat selebihnya mahukan supaya teks
tersebut ditambah.
Dalam ruangan isi kandungan kajian
ini, terdapat 50% daripada responden telah mengalami kesukaran untuk
menahaminya. Mereka juga menyatakan kesesuaian isi kandungan dengan
pembelajaran yang mereka sedang terima. 100% menyatakan bahan ini menepati isi
kandungan pelajaran. Mereka juga menyatakan kekuatan bahan ini iaitu menarik
serta mencabar yang mana kuntitinya
adalah 90% daripada responden. Selain daripada itu, maklumat data menyatakan
kesesuaian latihan dengan isi kandungan adalah selaras dan bersepadu.
Pada
rumusannya, terdapat beberapa cadangan
untuk memperbaiki bahan Bantu mengajar yang berteraskan Multimedia :
- Memastikan bahan tersebut mudah diuruskan ketika menjalankan aktiviti. Penyediaan icon-icon dalam aplikasi adalah mudah diurus dan tidak megelirukan. Mempunyai arahan yang terang, jelas dan mudah difahami.
- Pastikan pembinaan yang teratur dengan membina rangka aplikasi terlebih dahulu. Mempunyai muka utama sebagai saluran kepada bahan-bahan lain ( sebagai Menu ).
- Menggunakan pelbagai bahan media, audio, grafik, animasi, teks, dan vedio. Bagi memperjelaskan lagi pelajaran ( maklumat ) yang hendak disampaikan. Penggunaan bahan-bahan ini akan menarik minat pelajar untuk belajar.
- Pembinaan Bahan Bantu mengajar hendaklah diselaraskan dengan isi pelajaran mengikut perancangan kurikulum dari Kementerian Pelajaran.
- Perbanyakkan bahan rujukan yang mempunyai pautan daripada bahan yang diperolehi daripada internet.
BIBLIOGRAFI
Ang Huat Bin ( 1999 ). Konsep dan Kaedah Pengajaran
dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng ( 1994 ). Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbitan
Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Lee Shok Mee ( 1997 ). Psikologi Pendidikan 2: Teori dan
Aplikasi Psikologi Dalam
Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee ( 1991 ). Pedagogi
3 : Bahagian A : Pengajaran dan
Persediaan Mengajar.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
Poh Swee Hiang ( 1997 ). Pedadogi
Sains 2 : Strategi Pengajaran Pembelajaran Sains.
Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Prof. Madya Dr. Zurida Ismail et al ( 2003
). Pendidikan
Sains Prasekolah. Bentong, Pahang
Darul Makmur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Rahil Mahyuddin et al ( 2000 ). Psikologi
Pendidikan II. Petaling Jaya Selangor, Darul Ehsan:
Addison Wesley
Longman Malaysia
Sdn. Bhd.
Rozinah Jamaluddin ( 2000 ). Asas-asas
Multimedia Dalam Pendidikan. Kuala
Lumpur:
Cetusan Publications
& Distributors And.
Bhd.
Yusup Hashim ( 1998 ). Teknologi Pengajaran. Shah
Alam : Penerbitan Fajar Bakti And.
Bhd.