Thursday, 5 December 2013

Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan



Tajuk :Sains Sukan Memertabatkan Sukan Negara.


PENGENALAN

          Tidak kira sama ada masyarakat primitive mahu pun masyarakat moden sukan dan pendidikan jasmani tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Sejak bertahun-tahun lagi sukan telah menjadi dan diterima sebagai bahagian yang penting dalam budaya bermasyarakat sesebuah negara termasuk negara kita.

          Sukan merupakan satu saluran penting dalam menyalurkan hamper seluruh aspek kehidupan manusia, keadaan ini telah menarik minat para penyelidik dan pakar sukan untuk mewujudkan satu bidang baru dalam dunia sukan.

          Sukan ialah suatu kegiatan yang mambawa ketenteraman jiwa dan kepuasan hati.Kegiatan sukan mewujudkan kemesraan kepada diori seseorang yang menceburinya,sama ada sebagai peserta mahupun sebagai pemerhati sahaja. Malalui sukan kita dapat menguji dan mengetahui bakat semula jadi seseorang di dalam sesuatu bidang. Para ahli akademik tidak berupaya untuk menggunakan istilah-istilah yang bombastic untuk konsep sukan tetapi pembentukan konsep menerusi operasi mental membolehkan seseorang ahli sians menentukan definisi secara ringkas dan ianya adalah perlu. Konsep sukan wujud melalui kebolehan manusia dalam sesuatu masyarakat untuk mencipta dan menggunakan serta mengolahkan beberapa symbol yang berkesan. Sukan itu sendiri adalah suatu lambang sosial.

          Sukan adalah satu istilah yang mempunyai maknayang berlainan. Ia boleh bermaksud perlawanan atau latihan olahraga ataupun organisasi dan kedudukan kewangan sesebuah pasukan. John W. Loy, Jr. menyatakan bahawa sukan mesti ditimbangkan dari aspek-aspek yang berlainan untuk memahami sifat-sifatnya. Beliau membincangkan sukan sebagai satu kejadian permainan, sebagai satu permainan yang berinstitusi, merupakan satu institusi dan juga sebagai satu situasi social.

Oleh itu perkembangan pesat alam bidang sukan yang menampilkan atlit-atlit yang lebih pantas, kuat dan berprestasi tinggi adalah hasil daripada kajian sains. Hanya dengan memahami prinsip-prinsip sains seseorang ahli sukan itu dalat menghayati sesuatu acara sukan dan seterusnya bertindak untuk meningkatkan potensi diri.


DEFINISI SAINS SUKAN

          Vasudevant T. Arasso (1991), perkataan sport atau sukan berasal daripada perkataan “desparto” iaitu bahasa latin yang bermaksud  ‘untuk memikul sesuatu’. Namun pada zaman sekarang terdapat perbezaan erti kepada sport atau sukan. Menurut Coaclay, terdapat tiga aspek yang harus diberi perhatian dalam mendefinisikan perkataan sukan iaitu, jenis aktiviti yang terlibat, bentuk dan situasi dimana sesuatu aktiviti dijalankan dan juga penyertaan dalam sesuatu aktiviti.

          Kamus Dewan (2002), mendenfinisikan sukan sebagai segala kegiatan yang memerlukan ketangkasan dan kemahiran serta tenaga (seperti berenang, permainan bola sepak, tennis, lumba lari dan lain-lain) yang dilakukan sebagai acara hiburan, acara pertandingan, kegiatan untuk menyihatkan badan dan lain-lain.

          Kamus Dewan (200), mendefinisikan sains sebagai ilmu pengetahuan yang teratur ( sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya selain itu ia juga merupakan ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan semata-mata( fizik, kimia,biologi dan lain-lain.

          Sukan dianggap sebagai saluran penting dalam menyatukan hamper seluruh aspek kehidupan manusia, ini telah menarik minat para penyelidik dan pakar sukan untuk mewujudkan satu bidang baru yang dinamakan sains sukan demi untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi mutu sukan terutamanya mutu sukan negara di mata dunia.

          Cheah Swee Ming (1995), mmanakala sains sukan pula merupakan aplikasi, idea serta pengetahuan sains ke atas aktiviti sukan. Ia merupakan satu aspek penting dalam Pendidikan Jasmani dan aktiviti kokurikulum.


BIDANG-BIDANG PENGETAHUAN SAINS SUKAN

          Sains sukan yang ada atau wujud pada masa kini adalah hasil daripada gabungan dalam bidang-bidang biologi, kimia, fizik dan matematik. Untuk lebih jelas bidang-bidang sains sukan ini dibahagikan mengikut sub-sub tajuk seperti berikut:

1.   Biomekanik sukan ( Gabungan fizik, mekanik, kejuruteraan dan Biologi)

          Menurut Vasudevant T. Arasoo (1989), pencapaian dalam sukan pada umumnya telah menuju ke suatu paras baru yang tinggi sejak akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh manusia mula menggunakan segala pengatahuan  mereka dari segi sains, terutamanya dalam bidang fizik, mekanik, biologi dan juga matematik dlam usaha untuk memperbaiki taraf pencapaian sukan dan juga olahraga. Satu cabang sains mengenai pergerakan telah wujud iaitu Biomekanik.

          Pergerakan adalah perubahan dalam kedudukan merujuk kepada sesuatu jasad atau titik yang tetap.  Tubuh bergerak dan mengenakan daya pada objek dengan mengecutkan otot. Apabila rangsangan sampai kepada otot melalui saraf motor, tenwgw biologi ditukar kepada tenaga pergerakan mekanik. Keamatan pergerakan bergantung kepada bilangan gentisn otot yang dirangsangkan

          Terdapat tiga hukum pergerakan dalam Biomekanik sukan iaitu,





Hukum Inersia (Hukum Newton Pertama).

Suatu jasad yang pegun atau bergerak dengan halaju tetap akan berada di dalam keadaan berkecuali apabila ditindak oleh suatu daya. Ini bermakna magnitude rintangan terhadap perubahan keadaan (inersia) adalah bergantung kepada jisim jasad dan halajunya. Ini jelas dalam acara sukan, terutamanya sewaktu mula berlari.

Hukum Pecutan (Hukum Newton Kedua)

Pecutan sesuatu jasad adalah berkadar langsung dengan daya yang menyebabkannya, dan berkadar songsang dengan jisim jasad itu. (Pecutan adalah kadar perubahan halaju). Pecutan melibatkan perubahan dua aspek yang mungkin, iaitu perubahan kelajuan dalam sesuatu jangka masa ataupun perubahan arah pergerakan.

Hukum Tindak Balas (Hukum Newton Ketiga)

            Untuk setiap tindakan akan wujud suatu tindak balas yang sama magnitudnya tetapi pada arah berlawanan. Apabila kita berdiri di atas kerusi, berat kita sebagai tindakan akan dilawan oleh daya tindak balas yang menolak kita dari kerusi (jika tidak, kita akanterus jatuh). Dalam lompatan, sebahagian tubuh akanbergerak ke depan, smbil bahgian lain bergerak ke belakang ditindak oleh daya tindak balasnya.

            Cheah Swee Ming (1995), Menerangkan bahawa biomekanik sukan adalah merupakan suatu sukan yang berkaitan dengan kajian pergerakan dan bagaimana sesuatu pergerakan manusia itu boleh diperbaiki atau dipertingkatkan malahan kalau boleh dimajukan dengan menggunakan teknik yang pelbagai bagi menghasilkan kestabilan tubuh, daya dan imbangan yang paling optimum. Terdapat banuak contoh pergerakan biomekanik sukan namun disini kami memberikan dua contoh sahaja iaitu gaya Fosbury flop dan gaya lontaran. Penjelasan bagi kedua-dua gaya Fosbury flop dan gaya lontaran ini ialah gaya Fosbury flop ini biasanya diaplikasikan dalam acara lompat tinggi menakala gaya lontaran pula sering dikaitkan dengan bola sepak yang pernah dilakukan oleh Changer Khan.

          Jelas di sini bahawa dengan kewujudan biomekanik sukan, ini telah membolehkan kita menggunakan seluruh anggota tubuh dengan lebih cekap dan sempurna. Sebenarnya tanpa kita sedari kehidupan seharian kita, kita sebenarnya telah menggunakan prinsip biomekanik, contohnya apabila kita membengkokksn lutut secara semula jadi ketika mendarat setelah melompat. Dengan prinsip biomekanik ini yang telah kita lakukan tanpa disedari sebanarnya bukan saja mengurangkan tekanan ke atas lutut untuk mengelakkan kecedaraan malah telah juga menstabilkan tubuh kita untuk memulakan satu pergerakan baru dengan lebih pntas.

2.   Fisiologi Sukan ( Gabungan Biologi dan Kimia)

          Cheah Swee Ming (1995), Mneyatakan bahawa Fisiologi sukan adalah satu bidang sains sukan yang mangkaji perubahan yang dialami oleh tubuh kita dari segi biokimia hasil daripada senaman yang kita lakukan. Umpamanya, bagaimana tubuh kita menukarkan makanan kepada tenaga untuk menampung setiap  pergerakan dan bagaimana pula otot kita menjadi lebih kenyal.

          Sementara itu, kekuatan (strength) ditakrifkan sebagai kesanggupan atau ketahanan terhadap tekanan daya atau kebolehan untuk melakukan kerja ke atas sesuatu rintangan. Apa yang paling ketara dalam perubahan otot-otot selepas menjalani latihan atau senaman ialahpertambahandi dalam ukuran kelilingnya, iaitu ia lebih membonjol dan lebih kejal.

          Dengan mengetahui tentang bidang yang terdapat dalam Fisiologi sukan, ini akan membolehkan kita memahami bagaimana tubuh kita berfungsi dari segi biologi dan kimia. Selain daripada itu kita juga akan mengetahui maklumat menganai bagaimana tubuh badan kita memproses oksigen untuk menghasilkan tenaga  adalah amat berguna kepada para atlit  khususnya mereka yang melibatkan diri dalam acara daya tahan. Contohnya  jika latihan dijalankan pada paras yang tinggi seperti dikawasan pergunungan yang udaranya nipis dan kandungan okeigennya lebih rendah, system kardiovaskular manusia ( iaitu jantung, paru-paru dan system peredaran darah)  danan secara semulajadi mengalami pengubahsuaian, dengan manjadi lebih cekap dalam memproses dan membekalkan oksigen kepada otot-otot dalam tubuh badan yang berfungsi. Bilangan sel darah merah bertambah dan paru-paru menjadi lebih cekap menyerap oksigen. Akibatnya otot-otot boleh berfungsi pada tahap normal seperti di paras laut. Menjelang pertandingan, para atlit akan turun semula keparas laut yang mempunyai kandungan oksigen di dalam udaranya lebih tinggi. Oleh kerana mereka mempunyai keupayaan memproses oksigen yang lebih tinggi, mereka akan menunjukkan prestasi yang jauh lebih baik lagi. Dengan itu sebenarnya pengetahuan sians sukan mempunyai faedah yang banyak.

          Tubuh kita boleh disesuaikan dengankepanasan dan penyesuaian yang baik boleh dicapai dalam masa 5 – 8 hari. Penyesuaian lebih sengan berlaku jika terdapat pelazimanfizikal yang baik, tetapi ia boleh disekat oleh pengambilan garamdan air yang rendah. Kedua-dua air dan garam adalah penting tetapi harus digunakan dengan betul. Misalnya, penyesuaian tidak akanbertambah baik dengan pengambilan garam yang cukup. Penyesuaian kepada kepanasanboleh dikekalkan untuk beberapa minggu dan dengan pendedahan, mungkin boleh dipanjangkan.

          Aplikasi prinsip ini penting misalnya mereka yang akan menyertai pertandingan di iklim panas dan selalunya mereka datang lebih awal untuk menyesuaikan diri. Keadaan sejuk juga mempunyai kesan terhadap perlakuan.

Dengan kewujudan bidang Fisiologi sukan dalam sains kita telah mengetahui prinsip fisiologi sukan dalam sukan jika diaplikasikan akan memberikan pulangan mengecawakan kepada para atlit yang mempraktikkan prinsip fisiologi sukan dalam latihan mereka. Contoh pencapaian dalam sukan dengan penerapan fisiologi sukan ini dapat kita lihat melalui kejayaan pasukan lumba lari wanita negara China menjalankan latihan di kawasan pergunugnan telah mencapai kejayaan yangmenggemparkan dunia olahraga dengan prestasi mereka yang menakjubkan dalam kejohanan olahraga dunia di Stutgart, Jerman yang berlangsung pada bulan ogos 1993.
         
          Pencapaian mereka adalah seperti berikut: Qu Yunxia ( 1500m – 3:40.46), dan Wang Junxia ( 3000m – 8:06.11s dan 10 000m – 29:31.78 ). Situasi yang menakjubkan bukan sekadar pemecahan rekod dunia tetapi cara rekod itu dimusnakan. Sebagai contoh prestasi Wang Junxia, 29minit 31.78 saat dalam acara 10 000 m adalah 42 saat llebih pantas daripada rekos lama ( yang kukuh selama 6 tahun ) yang dipegang oleh Ingrid Kristiansen dari Sweden. Sementara itu masa Wang dalam acara 3000m adalah 16 saat lebih pantas berbanging masa 8:22. 62 yang dicatat oleh pelari Rusia iaitu Tatyana Kazankina, suatu tempoh yang sebelum itu, dianggap nustahil untuk diatasi olah mana-mana pelari pun.

          Sementara pencapaiannya dalam acara 3000m dengan catatan masa 8:06.11 adalah 6 saat lebih pantas daripada rekod dunia yang dicatatkan sendiri 24 jam sebelum itu.Selain itu Wang juga telah memecahkan rekod dunia bagi 4 acara iaitu 1500m, 3000m (dua kali) dan 10 000m, kesannya dilakukan hanya dalam masa seminggu, iaitu pada kejohanan olahraga kebangsaan Negeri China ke-7 yang telah berlangsung pada bulan September 1993. Paling mambanggakan Wang merupakan wanita pertama memegang rekod dunia bagi acara 1500m, 3000m dan 10 000m, merupakan suatu pencapaian yang tidak perna dicapainya sebelum ini.

          Rahasia kejayaan mereka ini adalah pengaplikasian prinsip fisiologi sukan dalam latihan iaitu dengan membuat latihan pada paras tinggi. Selain dari kejayaan pelumba lari  wanita negara dunia ini, pasukan badminton negara juga ada mengaplikasikan prinsip fisiologi sukan dalam latihan mereka semasa menang dalam perebutan Piala Thomas pada tahun 1992. Pasukan piala Thomas  1992 telah mambuat latihan di Genting Highlands untuk tujuan yang sama sebelum bertanding semula di Kuala Lumpur, dan terus mencipta sejarah, walau bagaimanapun terdapat juga factor lain yang telah membantu kejayaan mereka ini tetapi kejayaan tersebut diperkukuhkan lagi dengan pengalaman atau pengapliksaian prinsip fisiologi dalam latihan aras tinggi.




3.   Psikologi Sukan ( sukan cabang sains psiologi )

          Vasudevant T. Arasoo (1989), perkataan psikologi berasal daripada perkataan Yunani, ’psyche’ yang bermakna fikiran atau jiwa dan ‘logos’ bermakna sains. Oleh itu psiologi merupakan gabungan dua perkataan psyhe dan juga logos yang membawa makna sains tentang fikiran dan jiwa.

          Pembelajaran psikologi mempunyai implikasi kepada pengajar-pengajar pelaziman sukan, terutama dalam bidang teori pembelajaran, pembelajaran motor, perkembangan peribadi dan pandangan kita
terhadap diri kita sendiri. Terdapat beberapa factor-faktor penting yang boleh menpengaruhi pembelajaran, antaranya ialah motivasi, kematangan, perbezaan individu, ganjaran dan juga kecerdasan.

Motivasi
         
Motivasi merupakan factor asas untuk pembelajaran yang berkesan. Istilahmotif merujukkepada suatu keadaan yang terdapat di dalam diri seseorang individu ysng mendorong mengarahkan aktiviti-aktivitinya menuju ke suatu matlamat.

Kematangan

          Kematangan adalah berkaitan dengan menentukan sama ada seseorang individu itu telah mencapai sesuatu peringkat di dalam perkembangannya yang membolehkan dia melakukan sesuatu kegiatan. Alhi-alhi psikologi mengesyorkan bahawa pembelajaran harus mengikut peringkat kematangan.

Perbezaan Induvidu

            Di mana-mana situasi bilik darjah, guru harus ingat tentang perbezaan individu yang terdapat di kalangan murid-murid. Umpamnnya, di dalam kelas pendidikan jasmani, guru berhadapan dengan sekumpulan murid lelaki atau perempuan yang berbeza dalam kualiti fizikal; setengah-setengahnya pula mempunyai kebolehan otot yang lebih. Terdapat juga perbezaan social dan ekonomi di mana ada murid-murid yang dating dari keluarga yang tidak stabil. Begitu jyga dengan perbezaan peribadi sesame mereka; ada yang ramah, ada pula yang malu dan sebagainya.

Ganjaran

          Ganjaran melibatkan keadaan di mana perhubungan atau perkaitan tindak balas membawa kepuasan kepada pelajar dan sesuatu tindakan dilakukan. Kajian mencadangkan bahawa ganjaran serta-merta adalah lebih berkesan daripada ganjaran yang  bersambungan pada situasi tindak balas yang sama.

Kecerdasan

            Selain daripada perbezaan fizikal, social, ekonomi dan peribadi, terdapat juga perbezaan kecerdasan. Guru harus memahami prinsip-prinsip kecerdasan dan beberapa cara mengukur peringkat kecerdasan murid-murid untuk mengharapkan kesan pembelajaran yang baik.

          Sebagai kesimpilan darip[ada penerangan di atas kami memeti pendapat Cheah SWee Ming (1995), yang menjelaskan bahawa bidang psiologi sukan ini adalah merupakan bidang yang mengkaji tentang faktor psikologi dan mental yang dialami oleh seseorang atlit dalam aktiviti sukan. Ini termasuklah bagaimana kita memupuk keyakinan diri dan juga bagaimana kita memupuk agar motivasi wujud dalam diri kita. Selain itu dalam bidang psikologi sukan ini juga mengkaji bagaimana seseorang atlit itu menggunakan kaedah bayangan untuk mempercepatkan pembelajarannya dalam sesuatu bidang atau kemahiran.

          Psikologi sukan juga adalah merupakan kajian yang merangkumi kajian mengenai proses mental. Umpamanya kita boleh mengambil contoh mengenai catatan masa yang telah dilakukan oleh Roger Bansister iaitu beliau telah mencatat masa 3 minit 59.4 saat bagi jarak larian 10 batu. Sebelum Bannister mencatatkan masa dalam lariannya tiada sessiapa pun percaya bahawa terdapat manusia yang boleh berlari sejauh 10 batu di bawah catatan masa 4.0 minit ke bawah.

          Dengan itu peristiwa ini telah memberikan tafsiran psikologi sukan bahawa Bannister telah ,erobahkan suatu ‘tembok mental’. Jelas disini bahawa pemikiran positif amat penting dalam apa jua bidang. Jika kita adalah merupakan seorang pelajar kita mestilah mempunyai keuakinan bahawa kita boleh berjaya dalam peperiksaan yang bakal kita duduki

          Dengan memikirkan kita akan berjaya, kemungkinan untuk kita berjaya akan meningkat berbanding dengan apabila kita tidak meletakkan senarang sasaran terhadap sesuatu peperikssaan, kemungkinan untuk berjaya adalah terlalu rendah. Sesuatu target harus  kita letakkan dalam apa jua perkara yang ingin kita lakukan mahupun sesuatu yang kita rancang agar segalanya dapat dicapai dengan sukses. Walau bagaimanapun kita mestilah berusaha kerana dengan berfikir sahaja tanpa berusaha tidak akan mendatangkan senarang hasil kepada diri kita.

4.   Sosiologi Sukan ( suatu cabang sains kemasyarakatan )

          Vasudevant T Arasoo (1991), memberikan definisi tentang perkataan sosiologi sebagai pengjaian saintifik tentang struktur sosial dan proses sosialisasi. Struktur social adalah merujuk kepada organisasi manusia, bukan kepada kurniaannya kepada individu tetapi kepada perhubungan social di mana mereka tinggal. Struktur social tersusun dalam saiz dari perhubungan umpamanya antara pemain dan jurulatih, kepada kumpulan kecil seperti pasukan bola keranjang atau pasukan bola sepak sehinggalah kepada institusi-institusi sukan seperti sekolah atau universiti.

          Sosiologi sukan menjnjukkan penggunaan konsep sosiologi, terutamanya dalam struktur, social dan proses sosialisasi, kepada keadaan asal institusi sukan. Dengan kata lain perspektif sosiologi digunakan untuk menganalisis sukan senagai unsure di dalam tahap social masyarakat. Selain itu sosiologi sukan adalah merupakan salah satu bidang baru yang timbul dalam satu disiplin induk iaitu sosiologi

          Cheah Swee Ming (1995) menyatakan bahawa sosiologi sukan adalah bidang yang mengkaji pengaruh keadaan social ke atas prestasi sukan seseorang atlit. Penjelasan bagi kenyataan ini dapat kita lihat seperti contoh dibawah iaitu mengenai lemendngan atau kejayaan pasukan badminton negara Malaysia dalam merangkul semua piala Thomas pada tahun 1992. Sokongan kuat setiap rakyat Malaysia kepada pasukan  piala Thomas memberi pasukan badminton kita keyakinan untuk mencatat kemenangan yang paling manis dan dibanggakan malah kemenangan tersebut dianggap amat bersejarah kerana pasukan badminton negara dapat merebut kembali piala yang disanjugn tinggi apabila mengalahkan pasukan Indonsia 3 – 2 dalam perlawanan akhir. Tapi perlu diingat bahawa pada masa negara Malaysia memenangi Pialah Thomas semangat berpasukan mereka adalah sangat kuat. Melalui situasi ini maka tidak hairanlah jika pasukan kita lebih berjaya dalam acara berpasukan berbanding acara perseorangan, kerana pemain Indonesia dalam acara perseorangan ini adalah lebih menonjol berbanding negara kita.

          Selain itu bidang sosiologi sukan ini juga cuba memberi penjelasan kepada fenomena ganjil dalam dunia sukan seperti persoalan mengapa atlit kulit hitam Amerika Syarikat tidak pernah cemerlang dalam sukan renang tetapi lebih berjaya dalam acara olahraga dan bola keranjang. Persoalan ini dapat dileraikan dengan melihat kepada taraf hidup kebanyakan orang kulit hitam di Amerika Syarikat adalah misikn, oleh itu mereka tidak mempu menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mempunyai kolam renang. Mereka juga tidak mampu menjadi ahli kelab-kelab renang dan seterusnya tidak mendapat latihan dan jurulatih yang baik.

          Berbanding dengan sukan olehraga dan bola keranjang, merupakan sukan yang tidak memerlukan kos yang tinggi dan bolehlah dianggap murah berbanding sukan-sukan lain. Gelanggang dan balapan boleh didapati di mana-mana sja ini memudahkan mereka untuk menjalani  dan mendapatkan latihan.

          Contoh pencapaian atlit negara Malaydia yang dapat dibanggakan adalah seperti Nurul Huda Abdullah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang sukan renang. Nurul Huda telah memenangi 8 pingat emas dalam sukan renang pada sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur. Nurul Hud tidak mungkin berjaya tanpa sokongan kewangan dan keluarganya serta pengorbangn ibunya yang mengiringinya kemana-mana sahaja dan melindunginya dari masalah-masalah tertentu supaya Nurul Huda boleh menumpukan perhatian ke atas latihannya.

          Sokongan, semangat dan kemampuan dari segi wang ringgit banyak mambantu dalam sosiologi sukan, jika keadaan sebaliknya berlaku maka lihat saja kepada keputusan pertandingan akhir Piala Thomas 1994 yang diadakan di Isrora Senayan, Jakarta keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong pihak  lawan sedikit sebanyak telah menggangu prestasi sukan kita. Adalah mustahil bagi pemain-pemain negara kita menumpukan perhatian sepenuhnya apabila keselamatan mereka terancam.

5.   Perubatan Sukan ( Gabungan sains perubatan, Biologi, kimia dan Fizik )

          Cheah Swee Ming (1995), Perubatan sukan mendapat bantuan seseorang atlit pulih daripada kecederaan yang dialami. Walau bagaimanapun peranan utama bidang ini ialah untuk membekalkan juirulatih dan atlit dangan pengetahuan yang boleh membantu mereka mengelakkan kecederaan. Kini pengetahuan perubatan sukan juga disalahgunakan untuk mempertingkatkan prestasi dalam sukan, umpamanya penggunaan bahan hormone tiruan yang digelar streoid anabolic. Dadah atau bahan kimia yang biasa digunakan dalam perubatan sebagai ubat untuk memulihkan mereka yang uzur kerana kebuluran dan sebagainya, kini telah disalahgunakan oleh atlit yang sihat untuk menambahkan lagi saiz otot tubuh nereka, terutamanya dalam acara lari pecut, angkat berat, tinju, gusti, bina badan dan sebagainya.

          Kesan penggunaan Steroid adalah amat buruk, seseorang itu boleh menjadi tidak siuman. Salah satu peranan penting perubatan sukan ialah menjalankan ujian tergempar untuk memastikan bahawa atlit-atlit tidak menyalahgunakan steroid. Penggunaan steroid ini menjejaskan mutu sesuatu sukan kita tidak ingin melihat prestasi sukan yang bagus yang disebabkan oleh penggunaan steroid dan bukan berasaskan usaha dan titik peluh. Dengan adanya bidang perubatan dalam sains sukan maka dapatlah pihak-pihak tertentu memastikan bahawa para atlit tidak menipu kerana kejayaan seseorang atlit itu masih boleh ditentukan dengan membuat ujukaji terhadap air kencing atlit tersebut sama ada bebas dari penggunaan sebarang dadah atau sebaliknya. 

          Penggunaan bidang perubatan dalam sukan juga amat penting. Doktor perubatan sukan juga perberanan memastikan seseorang atlit yang tercedera itu telah btul-betul pulih dan senbuh sebelum membenarkan beliau melanjutkan latihan dan manyertai pertandingan. Sering kali, seseorang jurulatih menggunakan atlit berkenaan dalam sesuatu perlawanan penting dan ini mungkin merumitkan lagiakecederaan atlit berkenaan. Doktor perubatan akan memastikan bahawa kesilapan seperti ini tidak akan berlaku.

6.   Pembelajaran dan Pengajaran Sukan ( Gabungan ilmu pendidikan dan  
       sains sukan )

          Kaedah pembelajaran dan pengajaaran sukan juga amat penting. Dengan cara terbaru ini atlit mempelajari berbagai bentuk teknik dengan lebih pantas dan berkesan.Jurulatih sekarang kesemuanya mempunyai kelayakan dalam bidang sains sukan dan tahu bagaimana mengasuh atlit kea rah kecemerlangan. Mereka bukan saja mengajar berdasarkan pengalaman mereka sebagai altit tetapi juga menggunakan prinsip sains sukan. Kita tidak dapat nafikan bahawa dengan menggunakan perkhidmatan bekas juara dunia badminton  Fang Kai-Xiang, Han Jian, Chen Chang-Jie dan Yanyang srbagai jurulatih, pasukan badminton Malaysia telah mencapai prestasi yang amat memberangsangkan.

Apakah sumbangan Sains kepada bidang sukan

          Para saints sukan menggunakan kajian dan eksperimen untuk mencari pengetahuan yang amat berguna bagi atlit dan jurulatih atau guru sukan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa prestasi sukan para atlit sekarang dalam semua bidang sukan jauh lebih baik berbanding dengan pencapaian mereka pada zaman silM. Terdapat Beberapa sebab kepada peningkatan ini.

          Melalui penyelidikan yang dijalankan, para saintis telah mengenal pasti beberapa factor penting yang meningkatkan prestasi sukan seperti baka ataupun keturunan seseorang atlit, cara latihan moden yang lebih sistematik dan berasaskan prinsip sains sukan, kewujudan profesionalisme dalam sukan ( kebolehan mencari nafkah hidup melalui penyertaan sukan), pemakanan yang dirancang dan dikawal rapi, alatan dan pakaian sukan yang lebih canggih dan keadaan serta hawa ditempat bersukan.

          Bidang sains telah menyumbangkan satu idea penciptaan kasut pecut dalam sukan. Dengan terciptanya kasut pecut ( beratnya 115g sahaja ) yang telah direka khas oleh sebuah syarikat peralatan sukan, Carl Lewis, pelari pecut terkemuka dari Amerika Syarikat telah mencipta rekod dunia dalam acara 100 meter lelaki dengan catatan masa 9.86 saat di kejohanan olahraga Dunia Tokyo, Jepun pada tahun 1992. Semasa dia memenangi acara yang sama di sukan olimpik Seoul tahun 1988, berat kasutnya adalah 170g. Proses meringankan lagi kasut pecut ini, telah mengambil langkah menggantikan spike atau pepaku besi yang biasa dengan spike plastik.

          Selain penciptaan kasut pecut penciptaan permukaan balapan yang lebih canggih juga talah membantu bidang sukan. Contohnya permukaan balapan ( jenis Leotan Alpha Emboss di Tokyo dicipta khas untuk membolehkan para atlit mencapai masa yang lebih pantas. Balapan ini mempunyai satu lapisan Urethane yang lebih keras. Apabila dipijak, daya daripada kasut pelari dikembalikan secara tegak untuk membantu pelari itu bergerak ke hasapan dengan lebih kuat dan laju. Dalam balapan biasa yang lembut banyak daya hilang kerana diserap oleh balapan. Walau bagaimanapun, ini tidak memihak kepada mana-mana pelari kerana kesemua pelari memperolehi fedah daripada kemajuan ini. 

          Teknik pergerakan yang lebih berkesan juga penting. Contohnya dalam acara lompat tinggi, gaya Fosbury flop terbukti lebih berkesan dan kini telah menjadi gaya lompayan pilihan bagi hampir kesemua peserta acara lompat tinggi. Semua ini adalah hasil penemuan dalam bidang sains sukan.

          Sumbangan sains kepada sukan yang seterusnya adalah dari segi permainan bola sepak melalui acara lontaran bola. Teknik istimewa ini yang digunakan adalah gaya lontaran yang boleh melontar bola sepak sejauh 60 meter. Lontaran ini adalah aplikasi daripada pengetahuan biomekanik iaitu melalui sains pergerakan manusia. Lontaran dalam bola sepak oleh Changez Khan seorang pemain bola sepak dari Uganda, adalah sah disisi undang-undang FIFA. Dia menggunakan prinsip sains bagi menghasilkan daya putaran, yang lebih kuat untuk melontar bola sejauh 60 meter. Sesungguhnya terdapat banyak bidang sains yang telah digunakan untuk meningkatkan prestasi sukan.
























Rujukan:
Cheah Swee Ming, (1995). Sains Dalam Sukan. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Vasudevant T. Arasoo, (1991). Sosiologi Sukan, Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Vasudevant T. Arasoo, (1989), Asas Pendidikan Jasmani. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.
Bhd


                              

No comments:

Post a Comment