PENGGUNAAN MASTER JAHITAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SUBJEK EKONOMI RUMAH TANGGA
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Perkembangan
pendidikan negara sentiasa mengalami
perubahan bagi mengisi kemajuan dan menyediakan pelajar-pelajar menghadapi arus
globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan dan kemahiran pada abad ke 21.
Selaras dengan cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
memperkembangkan potensi individu, maka guru-guru juga perlu didedahkan dengan
pengetahuan dan kemahiran yang boleh dijadikan amalan dalam membantu
menyelasaikan masalah kehidupan harian mereka (Zaleha Endot, 2007)
Berhubung
dengan kerjaya pula, penawaran kerjaya di pasaran kerjaya di Malaysia masih lagi tidak seimbang
dengan jumlah pelajar yang mengikuti kursus-kursus diploma ataupun ijazah
pertama sama ada di universiti awam.
Bagi kursus-kursus pendidikan yang berbentuk kemahiran, teknikal dan sains ( sains tulen, sains gunaan dan teknologi
maklumat), mahupun kursus-kursus berbentuk professional seperti undang-undang
dan perakaunan, terdapat kerjaya-kerjaya khusus yang menjurus kepada kemahiran
yang dimiliki oleh graduan daripada bidang itu. Mereka berpeluang untuk
berkhidmat dengan kerajaan mahupun pihak swasta ataupun menubuhkan syarikat
sendiri (Hairunnaja Najmuddin,2006).
1.2
Latar
Belakang Kajian
Dalam
Sukatan Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4, yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2002) pengajaran dan pembelajaran
adalah dirancang untuk membantu guru-guru meningkatkan prestasi pelajar. Subjek
Ekonomi Rumah Tangga menyajikan tiga
topik utama termasuklah topik pakaian. Dalam topik ini, pelajar diwajibkan
menyelesaikan projek pakaian bagi memenuhi syarat pemarkahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu,
kemahiran asas jahitan amat penting bagi melahirkan produk yang bermutu. Bagi
tujuan meningkatkan tahap kemahiran asas dalam jahitan ini, pelbagai usaha oleh
para guru Kemahiran Hidup terutama Ekonomi Rumah Tangga dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Menurut
Zaleha Endot (2007) bahawa selaras dengan cita-cita murni dan semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan perkembangan potensi individu, maka guru-guru juga perlu
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh dijadikan amalan dalam
membantu menyelesaikan masalah kehidupan harian mereka.
Mohamad
Za’in Dahman & Donati Kimtho (2004) telah membuat kajian tentang kemahiran
mengembangkan idea di kalangan pelajar tahun 5. Teknik yang dikaji ini dapat membantu responden meningkatkan
kemahiran dan mengembangkan idea mereka supaya menjadi kreatif dan menjimatkan
masa ketika membuat projek daripada bahan terbuang khususnya untuk subjek
Kemahiran Hidup tahun 5.
1.3
Pernyataan
Masalah
Projek amali ERT sering dikaitkan dengan kegagalan untuk
menyiapkan kerana beberapa perkara rutin yang sering dialami. Biasanya projek terutamanya
projek jahitan tidak dapat disiapkan atau tidak memenuhi piawaian dari Jabatan
Pendidikan. Antara sebab yang sering dikaitkan dengan kegagalan ini ialah :
- Kurang motivasi daripada pelajar sendiri.
- Tidak tahu langsung asas jahitan.
- Tidak berminat dengan projek kerana kurang asas dalam jahitan
- Tidak mempunyai modal.
- Tidak berkemahiran dalam vokasional.
- Ekonomi Rumah Tangga dianggap subjek yang tidak penting.
Menurut Yahya Emat (1993) pendidikan dan
vokasional di Malaysia
haruslah menangani masalah-masalah dan cabaran yang timbul. Sikap masyarakat
sendiri perlu diubah agar rakyat memberi pandangan yang lebih positif terhadap
pendidikan tersebut. Pendidikan teknik dan vokasional penting bagi
menangani kekurangan tenaga mahir dalam
pasaran buruh di negara ini.
Melalui pemerhatian yang telah dibuat, kebanyakan projek
pada tahun-tahun yang lepas mempunyai masalah dalam menyiapkannya sepenuhnya.
Kebanyakan projek yang telah siap tidak mengikut piawaian dari Jabatan
Pendidikan oleh itu ramai pelajar yang tidak mendapat markah yang tinggi.
Antara sebab yang mungkin menjadikan perkara ini berlaku adalah kerana kaedah
yang digunakan kurang berkesan kepada pelajar. Dalam kajian para pelajar akan
didedahkan dengan penguatan asas dalam kemahiran jahitan.
1.4
Persoalan
Kajian
Berdasarkan
latar belakang, pernyataan masalah dan objektif kajian ini, maka persoalan
kajian dapat dirumuskan seperti berikut:
i.
Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar
dalam ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan?
ii.
Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar
dalam ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?
iii.
Adakah terdapat perkaitan yang signifikan
antara kaedah Master
Jahitan dengan minat pelajar dalam
subjek Ekonomi Rumah Tangga?
1.5
Tujuan
Kajian
Umumnya,
kajian ini bertujuan untuk menguji tahap pencapaian dan meninjau persepsi
pelajar selepas aktiviti penghasilan “Master Jahitan” dalam topik “Pakaian”
bagi subjek Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4.
1.6
Objektif
Kajian
Objektif
kajian ini secara khususnya adalah untuk:
i.
Melihat peningkatan tahap pencapaian pelajar
bagi topik “Pakaian” dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 melalui
pelaksanaan “Master Jahitan”.
ii.
Meninjau Persepsi Pelajar terhadap aktiviti
penghasilan “Master Jahitan” bagi subjek Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4.
1.7
Hipotesis
Kajian
Berdasarkan
objektif dan persoalan kajian ini, beberapa tanggapan awal atau jawapan
sementara telah dibina terhadap masalah yang dikaji. Jawapan atau sasaran
sementara ini dinyatakan dalam hipotesisi
berikut:
:
Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam ujian
pra dan pasca bagi kumpulan rawatan.
: Tidak terdapat perbezaan skor min yang
signifikan dalam ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan Kawalan.
: Tidak terdapat perkaitan yang signifikan
antara kaedah Master
Jahitan
dengan minat pelajar dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.
1.8
Definisi Operasional
Definisi
operasional yang dipaparkan dalam bahagian ini ialah definisi yang digunakan
pada istilah-istilah tertentu yang merujuk khusus kepada kajian ini. Definisi
ini tidak semestinya bergantung kepada kajian lepas atau sumber-sumber yang
lain. Definisi yang diberikan dalam kajian ini diolah mengikut kesesuaian
bidang kajian ini. Definisi operasional yang terdapat dalam kajian ini adalah
seperti berikut.
1.8.1 Master
jahitan
Nama kaedah yang menjadi intrumen kepada kajian ini.
Kaedah yang memastikan kemahiran asas jahitan telah dapat dikuasai oleh
responden bagi melahirkan produk yang benar-benar berkualiti. Pelaksanaan
Master Jahitan adalah berterusan sehingga pelajar dapat menguasai kemahiran
asas menjahit sebelum memulakan Projek Jahitan Sijil Pelajaran Malaysia mereka.
1.8.2 Projek
Jahitan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )
Projek
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk calon SPM bagi
mata pelajaran ERT. Setiap pelajar perlu menyiapkan projek ini sebelum peperiksaan SPM 2009.
1.8.3 Pelajar
Tingkatan 4
Pelajar yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun
2009. Dalam kajian ini, pelajar
tingkatan 4 yang dijadikan sampel adalah terhad kepada pelajar yang mengambil
mata pelajaran ERT pada tahun 2009 sahaja.
1.8.4 Ekonomi
Rumah Tangga (ERT)
Mata
pelajaran yang ditawarkan pada peringkat sekolah menengah atas yang meliputi
tiga asas perbincangan topic iaitu Makanan dan Pemakanan, Pakaian dan Tempat
tinggal. Topik-topik yang terdapat dalam isi kandungan mata pelajaran ini
adalah bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang
terkandung dalam huraian sukatan mata pelajaran tersebut.
1.9
Signifikan
Kajian
Hasil dari kajian ini nanti boleh dijadikan bahan rujukan
di kalangan guru-guru Mata Pelajaran
amnya dan khususnya guru-guru Ekonomi Rumah Tangga sekolah menengah rendah dan
menengah atas. Penyelidikan ini juga boleh dijadikan oleh para pelajar sebagai
garis panduan bagi melaksanakan projek yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka. Kajian ini juga akan membentuk para pelajar supaya menjadi insan yang
berkeyakinan diri serta tidak kenal putus asa.
1.10
Limitasi
Kajian
Kajian ini hanya tertumpuh kepada kaedah pemasteran
kepada asas-asas jahitan bagi memudahkan pelajar melaksanakan projek membuat
pakaian bagi SPM tahun 2009 bagi sebuah
sekolah di Daerah Tuaran sahaja. Kajian ini akan memfokuskan aktiviti
memasterkan para pelajar dalam asas jahitan bagi menyiapkan kerja individu
mereka. Instrumen kajian ini adalah kaedah Master
jahitan yang didedahkan kepada pelajar.
Memandangkan pengkaji adalah guru Ekonomi Rumah Tangga dalam kelas tersebut, kelas ini amat sesuai
dijadikan sebagai populasi kajian. Pengkaji telah memilih seramai 40 pelajar sahaja
sebagai responden. Setiap pelajar telah diberikan soalan projek membuat
pakaian.
Rasional utama pemilihan kelas ini adalah untuk
memudahkan pengutipan data. Walau pun begitu, dapatan daripada kajian ini boleh
digeneralisasikan oleh semua sekolah yang hampir sama dengan keadaan sekolah
tersebut.
1.11
Kesimpulan
Dalam
bab ini, penyelidik telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan tentang
latar belakang pendidikan di Malaysia
dari segi kepentingan , hala tuju dan hasil yang hendak dicapai. Selain
daripada itu, penyelidik menjelaskan masalah kajian ini berserta dengan
objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian dan seterusnya batasan
kajian (Limitasi Kajian). Terdapat tiga hipotesis yang telah disenaraikan dalam
bab ini. Selain itu, definisi operasional bagi istilah-istilah yang digunakan
atau yang berkaitan dengan kajian.
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Dalam
bab ini, pengkaji berusaha membuat rujukan terhadap kajian-kajian yang lepas
yang mempunyai kaitan dengan kajian ini sebagai panduan bagi menjalankan
kajian. Perkara-perkara yang akan diketengahkan ialah rujukan terhadap kajian
terdahulu serta teori-teori pembelajaran
sama ada dari dalam atau dari luar negara.
2.2 Teori
Kajian
Menurut
Slavin (2006) teori pembelajaran merujuk kepada prinsip dan hukum-hukum
pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian psikologi pendidikan.
Melalui teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar atau
murid belajar. Guru tersebut pula akan menghubungkaitkan prinsip dan hukum
tersebut dengan kaedah dan teknik mengajar bagi hasrat mencapai objektif
pengajaran. Terdapat empat mazhab teori pengajaran utama iaitu behavioris,
kognitif, sosial dan humanis. Dalam kajian ini penyelidik akan memfokuskan
kepada teori pembelajaran masteri Bloom.
2.2.1 pembelajaran
Masteri
Menurut Junaidi Ribin (2006) pembelajaran masteri ini
adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan murid
menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dihasratkan sebelum ke unit
pembelajaran yang seterusnya.
Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid
dalam sesuatu perkara yang dipelajari Merupakan satu pendekatan Pengajaran dan
pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid
dalam sesuatu perkara yang Diajar
( Bloom, 1968 ).
……..ialah satu set dan amalan pengajaran secara individu
yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten….. idea dan amalan ini
menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi
masalah pembelajaran, memperuntukan masa yang mencukupi untuk murid mencapai
Masteri dengan berpandukan kriteria Masteri yang jelas ( Anderson & Block,
1975).
Menurut
Shahabuddin, Rohizani dan Mohd. Zohir (2003) masteri mambawa maksud
“menguasai”. Pembelajaran Masteri boleh dikatakan sebagai pembelajaran
penguasaan dan merupakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang
memfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari.
Melalui pembelajaran masteri murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan dalam kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan
tahap penguasaan pembelajaran.
Guskey
(1997) menyatakan bahawa pembelajaran masteri memberi satu set idea yang sangat
berguna dan teknik praktikal kepada para guru untuk membantu murid mencapai
satu tahap tinggi dalam pembelajaran dan pada masa yang sama memperolehi faedah
daripada pencapaian mereka.
Penentuan
hasil pembelajaran adalah langka merangka hasil pembelajaran secara eksplisit,
iaitu berdasarkan hasil pelakuan pelajar setelah mereka didedahkan kepada
proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil pembelajaran eksplisit ini
mengandungi unsur-unsur yang boleh diukur dalam proses penilaian (Wong Leh
Ing,2006).
Pembelajaran
masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan kepada
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran
masteri, murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar
pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan
pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum,2005).
Terdapat
beberapa langkah harus dilaksanakan dalam pembelajaran masteri (Mok Soon Sang,2003).
Pertamanya ialah guru harus membuat persediaan dari segi menentukan objektif
pembelajaran masteri, kemudian merancang isi unit pelajaran dari peringkat
maklumbalas dengan aktiviti pemilihan. Melalui aktiviti pemulihan, penilaian
terhadap murid dapat dijalankan. Jika murid telah menguasai pembelajaran
tersebut, murid akan diberi aktiviti pengayaan yang merupakan penilaian
sumatif. Seterusnya selepas menguasai pembelajaran berkenaan yang dapat dinilai
menerusi aktiviti pengayaan. Murid akan memasuki unit pembelajaran seterusnya.
Menurut Davis, D.,
& Sorrell, J. (1995) pembelajaran
masteri bukanlah satu konsep yang baru malah ia telah diamalkan di Amareka 70
tahun yang lalu. Pembelajaran ini adalah sebagai kaedah alternatif pengajaran
dan pembelajaran kepada guru dan pelajar yang sukar memahami sesuatu unit
pembelajaran sebelum meneruskan pelajaran yang seterusnya. Katanya lagi
pembelajaran masteri adalah sebagai kaedah alternatif kepada kaedah pengajaran
tradisional yang kurang berjaya.
2.3 Model
Kajian
Menurut
Abdul Rahim Mahmood (1997) konsep pembelajaran Masteri diasaskan atas
kepercayaan bahawa semua murid dapat menguasai sesuatu perkara sekiranya ada
masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
Konsep ini adalah diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60-an (Guskey,1997).
Raja berikut adalah ringkasan kepada kenyataan tersebut:
|
Proses
Pembelajaran
Masperi
|
|
Pembelajaran
|
|
Pengajaran
|
|
Menguasai apa yang diajar
|
|
Struktur Pengetahuan dan Kemahiran
|
Rajah 2.1 : Proses yang terlibat dalam
Pembelajaran Masteri
Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia(2005) telah mengemukakan
satu proses pengajaran dan pembelajaran Masteri seperti berikut:
|
Unit Pembelajaran 1
Ya Tidak
Ya Taruskan
|
|
Penentuan Hasil Pembelajaran
|
|
Pengajaran & Pembelajaran
|
|
Penilaian
|
|
Tindakan
Susulan
Aktiviti
Pengayaan
|
|
Sudahkah
Pelajar
Menguasai?
|
|
Tindakan Susulan
Aktiviti Pemulihan
|
|
Unit Pembelajaran
2
|
Rajah
2.2 : Proses Pengajaran dan Pembelajaran Masteri
(Sumber
: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2005)
Model
“Internalization Of Learning”
Model
diperkenalkan oleh Foh Kim Lee dan Mazlan Hj. Mohd. Junaidi (2001) dalam kajian
mereka di Maktab Perguruan Kent,
Tuaran mengemukakan satu aplikasi prinsip pembelajaran masteri yang membawa ke
arah penghayatan terhadap sesuatu pembelajaran. Model ini adalah untuk
meyakinkan pengamal pendidikan bahawa pembelajaran masteri mempunyai potensi
yang juga lebih bermakna dan berguna daripada yang dihajati.
|
Model “Internalization Of Learnig”
|
|
Pengajaran
Unit 1
|
|
Penilaian
Formatif
|
|
Kesedaran dalaman terhadap pembelajaran
|
|
Pengajaran berbantukan guru/ rakan sebaya
|
|
Amalan berterusan
|
|
Pengajaran Unit 2
|
Rajah
2.3 : Proses pengajaran & Pembelajaran mengikut Model Internalization Of
Learning”
(Sumber : EduTech Wiki,
2008)
Rajah 2.4 : Model Architecture
2.4 Kajian
Lepas Dalam Negeri
Menurut
Cho Keng Boon (2008) kajian terhadap Kemahiran Hidup penting. Guru-guru pelatih
berpendapat bahawa pensyarah tidak memberi penekanan yang mencukupi terhadap
kaedah dan teknik pengajaran dalam pengajaran mereka. Kajian ini juga menunjukkan
bahawa pelaksanaan mata pelajaran kemahiran di Institut Perguruan Raja Melewar
dapat menarik minat guru pelatih terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Dalam
Kajian Foh & Mazlan (2001) yang mengkaji tentang keberkesanan pelaksanaan
kaedah pembelajaran masteri di sebuah Maktab Perguruan Kent, Tuaran, mendapati
pembelajaran masteri sangat berkesan dan mendapati peningkatan terhadap
pengajaran mereka. Mengkaji tentang penulisan objektif pelajaran terhadap guru
pelatih dimaktab tersebut dan setelah kajian dijalankan didapati peningkatan
64.5% guru-guru pelatih menulis objektif pembelajaran dengan betul berbending
hanya 9.5% sebelumnya. Ciri tingkahlaku pula telah mencapai 80.5% berbanding
hanya 9.5% sebelum kajian.
Zaleha
Endot (2007) dalam kajiannya tentang pendekatan demontrasi terhadap 20 orang
pelatih KPLI Institut Perguruan Raja Melewar. Tujuan kajiannya adalah untuk
meningkatkan kemahiran menjahit di kalangan pelatih tersebut. Hasil kajian
mendapati peningkatan ketepatan jenis jahitan
(100%), Memulakan dan mematikan jahitan (90%), Saiz mata jahitan (95%) dan kekemasan jahitan (95%). Kesemua
keputusan hasil kajian (Ujian Pos) telah menepati kriteria sebagai jahitan yang
sempurna.
Rahim
Jarawi & Jacob George (2004) talah menjalankan kajian tindakan terhadap 10
orang murid perempuan tahun 5 mendapati kaedah demontrasi atau tunjuk cara amat berkesan dalam penggunaan alatan tangan
dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini mendapati 90% daripada pelajar
telah mengalami peningkatan tinggi berbanding hanya 10% mengalami peningkatan
sederhana. Hasil kajian soal selidik mendapati 90% pelajar bersetuju dengan
kaedah demontrasi.
2.5 Kajian Lepas Luar Negeri
Menurut
kajian Keeves (2000) penggunaan model dalam pembelajaran menggalakkan pelajar
membuat konstruksi terhadap isi kandungan yang dipelajari. Dengan pembelajaran
yang melibatkan mata, tangan, telinga dan minda adalah lebih berkesan daripada
pembelajaran melalui pandangan sahaja. Semasa pembelajaran, pelajar mempunyai
peluang untuk setiap langkah proses konsep dan tunjuk ajar guru. Pembelajaran
melalui pengelihatan, pendengaran dan pengetahuan lebih mencetuskan idea dan
minda pelajar dan menggalakkan pelajar membuat pertimbangan.
Dalam kajian Wynne (2001) didapati
bahawa penggunaan alat Bantu mengajar model dalam pengajaran boleh meningkatkan
pemahaman pelajar dalam mempelajari genetic. Kajian ini dilakukan dalam tempoh
sembilan minggu dan seramai 19 orang pelajar menyertai kursus ini dengan
mula-mula model digunakan sebagai alat bantu mengajar untuk membantu golongan
pelajar ini dalam mengulangkaji tentang kedua-dua proses jenis pembahagian sel
dan diberi tunjuk cara dalam pengiraan Hukum Model. Selepas itu, mereka diberi
soalan dan golongan pelajar ini didapati berupaya menyelesaikan pengiraan yang
melibatkan pindah silang mengenai proses meiosis dengan betul melalui pengiraan
model, mereka didapati memahami organel kromosom dengan dan dapat meningkat setiap bahagian kromosom
dengan jelas. Selain itu, mereka juga dapat menghubungkait konsep antara Hukum
Model dengan proses meiosis.
Menurut
Williams G. dan Reeve T. (2003) penggunaan alat Bantu mengajar seperti gambarajah
bercetak, kad berwarna dan Power Point dapat
menambahkan minat dan kefahaman pelajar dalam topik tenaga dalam mata pelajaran
Fizik. Williams dan Reeve juga menyatakan bahawa penggunaan gambar akan
menyebabkan situasi pengajaran dan pembelajaran menjadi realitic.
Menurut
Trouche (2003) kombinasi antara kerja “Kertas-Pensel” dan penggunaan kalkulator
dalam menyelesaikan matematik membolehkan para pelajar terlibat secara aktif
dalam kelas. Apabila seseorang pelajar dihantar ke depan untuk menyelasaikan
masalah matematik di papan tulis, pelajar-pelajar yang lain dapat menggunakan
kalkulator untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jadi, setiap kali aktiviti
penyelesaian masalah, jawapan dapat dibincangkan antara guru, pelajar yang
menjawab di papan tulis dan semua murid yang menjawab dengan menggunakan
kalkulator. Kajian Trouche (2003) adalah mengenai penggunaan kalkulator symbol
dalam mambantu murid menyelesaikan masalah-masalah yang kompleks dalam tajuk
prakalkulus, kalkulus dan al-jabar.
2.6 Kerangka
Konseptual Kajian
|
Perancangan P & P
Topik
dan Objektif
|
|
Perlaksanaan P & P ( Pertama)
(
Model Proses Pembelajaran Masteri)
|
|
Perlaksanaan P & P ( Kedua)
(
Model Proses Pembelajaran Masteri)
|
|
Pemulihan
|
|
Pengayaan
|
|
Penilaian
(Ujian Pra, Pasca dan soal selidik)
|
|
Persepsi
|
|
Pencapaian
|
Rajah 2.4 : Kerangka Konseptual Kajian
Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum (2005)
2.7 Kesimpulan
Pada
keseluruhannya, bab ini telah membincangkan tentang sorotan kajian yang telah dilaksanakan oleh para
penyelidik terdahulu sama ada kajian dalam atau luar negeri. Bab ini juga telah
membincangkan teori-teori yang berkaitan dengan kajian ini. Selain itu,
model-model pengajaran terutama pengajaran yang berkaitan dengan kajian ini.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Perbincangan
dalam bab ini menjurus kepada kaedah kajian yang akan dilaksanakan. Topik perbincangan
berfokus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah kajian seperti
rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, dan penganalisaan data. Untuk
memperolehi hasil yang sahih dan tepat, kajian yang dijalankan di sekolah akan
menjurus kepada setiap aspek yang dibincangkan.
3.2 Rekabentuk Kajian
Dakam
kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan penyelidikan eksperimen. Kaedah
eksperimen merupakan satu rancangan penyelidikan yang dijalankan untuk
menentukan kesan sesuatu olahan (Mohd. Majid Konting,2000). Pendekatan ini
adalah menguji hipotesis berbanding keberkesanan aktiviti penghasilan “Master
Jahitan” manakala kajian berbentuk quantatif bagi mengkaji persepsi pelajar
sebelum dan selepas aktiviti penghasilan “Master Jahitan” berbanding hanya
menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa.
Sampel
akan dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
manakala ujian akan diberikan kepada kadua-dua kumpulan ini (Khalid,2003).
Dalam kaedah penyelidikan eksperimen, terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan adalah kumpulan pelajar yang
diajar menggunakan kaedah “Master Jahitan” bagi topik ‘Pakaian’ manakala
kumpulan kawalan diajar tanpa menggunakan kaedah “Master Jahitan” tetapi hanya
menjalani pengajaran dan pembelajaran biasa.
Kajian
ini juga menggunakan reka bentuk kajian kuantatif untuk mendapatkan maklumat
tentang status serta hubungan pengaplikasi bahan bantu mengajar terhadap minat dan pencapaian
pelajar. Bagi menerangkan keadaan semasa sesuatu fenomena yang sedang berlaku
mendapatkan penjelasan yang sempurna serta meneroka bidang yang belum dikaji
untuk mendapatkan maklumat yang tepat, kajian diskriptif digunakan.
3.3 Populasi
dan Persampelan
3.3.1 Populasi
Populasi
boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran
yang tertentu ke atas kumpulan individu atau objek (Mohd. Majid Konting,2000).
Menurut Khalid (2003) populasi merupakan objek cerapan yang mempunyai ciri atau
sifat yang sama serta boleh diukur. Populasi diperlukan dalam penyelidikan
kerana padanya berlaku interaksi antara dua atau lebih pembolehubah yang perlu
perhatian atau penyelesaian, yang dikenali sebagai masalah kajian. Populasi
kajian ini ialah pelajar tingkatan empat Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di SMK Sri
Nangka, Tuaran Sabah.
3.3.2 Sampel
Penggunaan
sampel akan mengurangkan kos, tenaga dan masa penyelidikan. Maklumat yang
didapati boleh diperolehi dengan segera tanpa menimbulkan tentangan daripada
pihak-pihak tertentu ( Mohd. Majid Konting, 2000). Persampelan ialah proses
mengambil sejumlah individu atau objek dari populasi. Sampel dari Tingkatan 4
ERT A1 dipilih sebagai kumpulan kawalan
manakala sampel dari Tingkatan 4 ERT A2
dipilih sebagai kumpulan rawatan. Pemilihan sampel ini adalah
berdasarkan kepada analisa keputusan
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran ERT.
Sampel kajian pengkaji telah ambil adalah dari pelajar
Tingkatan 4 ERT SMK . Pelajar seramai 40 orang yang mana kesemua pelajar ialah
pelajar perempuan. Kesemua pelajar
ini bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2009.
|
JENTINA
TINGKATAN
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
JUMLAH
|
|
4 ERT A1
|
3 Orang
|
17 Orang
|
20 Orang
|
|
4 ERT A2
|
0 Orang
|
20 Orang
|
20 Orang
|
|
4 ERT
|
0 Orang
|
40 Orang
|
40 Orang
|
Jadual
3.1 : Bilangan Persampelan
3.4 Instrumen
Kajian
Kajian
ini mengemukakan instrumen yang digunakan adalah berbentuk kaedah kuantitatif.
Melalui kaedah ini ujian pra dan ujian pos dijalankan bagi melihat pencapaian
akademik pelajar-pelajar yang diambil sebagai responden. Begitu juga dengan
borang kaji selidik adalah menggunakan kaedah kuantitatif.
i.
Ujian Pra – Pasca
Ujian
diambil sebanyak dua kali iaitu ujian pra dan ujian pasca, sebanyak dua set
ujian telah dibina bagi melihat pencapaian kemahiran pelajar. Ujian Pra dijalankan sebelum penggunaan
“Master Jahitan” dilaksanakan manakala
Ujian Pasca dijalankan selepas dua minggu penggunaan Master Jahitan terhadap
kumpulan rawatan. Penyelidik akan mengadakan ujian pra ke atas sampel untuk
mengenal pasti tahap kemahiran menjahit
kelim belah kangkung dan jahit lisu pemadan cembung.
Sebanyak
empat jenis kriteria telah ditetapkan oleh pengkaji untuk menentukan tahap
kemahiran menjahit di kalangan pelajar iaitu jenis-jenis jahitan, memula dan
mematikan jahitan, saiz mata jahitan dan kekemasan jahitan ( Lampiran A dan B
). Manakala ujian pos dijalankan selepas dua minggu pendekatan kaedah “Master Jahitan” digunakan
ke atas pelajar. Kriteria yang diuji sama dengan kriteria ujian pra.
ii.
Borang Kaji Selidik
Kajian
ini menggunakan Soal Selidik sebagaimana sering digunakan dalam penyelidikan
pendidikan. Instrumen ini digunakan adalah untuk mendapatkan maklumat yang
berkenaan dengan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.
Segala arahan dan soalan yang diberi dalam soal selidik adalah piawaian yang
serupa kepada responden yang dikaji. Penggunaan skala likert adalah bentuk yang
paling sesuai untuk kajian ini. Pangkaji menggunakan skala ini bagi mendapatkan
maklumat yang dikehendaki. Borang soal selidik diedarkan kepada semua pelajar
setelah sesi pengajaran dan pembelajaran ini berakhir. Set borang kaji selidik
ini digubal bagi melihat kesediaan dan penerimaan serta persepsi pelajar
tarhadap bahan bantu “Master Jahitan” dalam pengajaran Ekonomi Rumah Tangga
Tingkatan 4. Soalan-soalan yang diberikan mempunyai strategi yang tertentu
serta tersusun untuk ditadbir kepada responden.
Borang Kaji Selidik jenis skala likert ini mengandungi dua bahagia iaitu
Bahagian A dan B. ( Lampiran C )
Bahagian
A : Latar Balakang Pelajar
Bahagian
ini mengandungi maklumat tentang diri pelajar yang mana terdapat item-item
seperti jantina, umur dan agama.
Bahagian
B : Persepsi pelajar terhadap penggunaan
“Master Jahitan” dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik “Pakaian” bagi
subjek Ekonomi Rumah Tangga tingkatan 4.
Bahagian
ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap kesesuaian penggunaan
“Master Jahitan” dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Ekonomi Rumah Tangga.
Selain itu, bahagian ini juga bertujuan untuk mengesan pencapaian akademik
pelajar sama ada meningkat atau sebaliknya setelah sesi pengajaran dan
pembelajaran berakhir.
3.5 Prosedur
Kajian
Sebagai
panduan kepada pengkaji, prosedur kajian telah disediakan untuk mengelakkan
keciciran dalam kajian ini. Prosedur kajian ini disediakan adalah untuk
memastikan segala pelaksanaan kajian dapat dijalankan dengan sistematik dan
lancar. Prosidur kajian ini juga bertujuan untuk mengalakkan segala kesilapan
berlaku sepanjang kajian dijalankan. Bagi melaksanakan kajian ini penyelidik
telah menentukan tatacara kerja yang akan dilakukan seperti berikut:
|
Minggu
|
Tindakan
|
|
Pertama
(26
Julai 2008)
|
Menentukan
tajuk yang ingin dikaji dan jenis produk yang sesuai untuk tajuk yang
dipilih. Penyelidik mengumpul maklumat dari perpustakaan Universiti Malaysia
Sabah, Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran,
Perpustakaan Negari Sabah, Cawangan Tuaran, Cawangan Kota Kinabalu dan
bahan-bahan dari Internet.
|
|
Keempat
(
18 Ogos 2008)
|
Penyelidik
menyediakan kertas cadangan penyelidikan.
|
|
Keenam
(
06 September 2008)
|
Penyelidik
menulis bab 1, bab 2, bab 3 dan bab 4 beserta borang soal selidik dan ujian
pra dan pos.
|
|
|
Penyelidik
menghantar bab 1, bab 2, bab 3, dan 4 beserta borang soal selidik dan ujian
pra dan pos.
|
|
Semester
Kedua
Pertama
(
05 jan 2009 )
|
Penyelidik
memohon kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan kajian ini
berserta surat
dari pihak sekolah pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia
Sabah.
|
|
Kedua
(
13 Jan 2009 )
|
Penyelidik
meminta kesahan borang dan soalan ujian daripada Ketua Panitia / Ketua Bidang
Teknik dan Vokasional.
|
|
Ketiga
(
19 Jan 2009 )
|
Penyelidik
melakukan kajian yang sebenar di SMK Sri Nangka, Tuaran, Sabah.
|
|
Keenam
(
09 Feb 2009 )
|
Penyelidik
membuat penganalisisan data dengan menggunakan perisian komputer iaitu Statistical for Sosial Scirnces.
|
|
Kesembilan
(
02 Mac 2009 )
|
Menulis
laporan akhir dan proses penjilidan.
|
Jadual 3.2 : Prosedur Kajian
3.6 Analisa
Data
Dalam
kajian ini, penyelidik menggunakan bantuan perisian komputer yang iaitu Statistik Package for Sosial Sciences 16.0
for Windows bagi mengutip data yang telah diperolehi iaitu hasil dari ujian
pra dan ujian pos serta borang kaji selidik. Terdapat dua pembolehubah iaitu
pembolehubah bersandar yang diwakili oleh pencapaian akademik pelajar melalui
ujian pra dan ujian pos manakala pembolehubah tidak bersandar ialah pengunaan
“Master Jahitan” melalui borang kaji selidik. Statistik yang digunakan untuk
analisis data adalah seperti berikut:
|
Hipotesis
|
Pernyataan Hipotesis
|
Ujian
|
|
|
Tidak
terdapat perbezaan dalam ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan
|
Ujian
t
|
|
|
Tidak
terdapat perbezaan dalam ujian pos bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
|
Ujian
t
|
|
|
Tidak
terdapat perbezaan dalam ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan
|
Ujian
t
|
Jadual 3.3: Analisa data untuk menguji
hipotesis
3.8 Kesimpulan
Secara
amnya, bab ini telah membincangkan tentang kaedah yang digunakan dalam kajian
ini. Menerusi bab ini, penyelidik cuba menggambarkan perjalanan
kajian ini dengan jelas. Tajuk-tajuk yang telah disenaraikan dalam bab ini
ialah seperti rekabenduk kajian, populasi dan persampelan, instrumen, kaedah
pengumpulan data dan analisa data. Metodologi ini memberi panduan kepada
penyelidik untuk menjalankan kajian seperti mana yang telah dirancang untuk
mancapai kajian yang dihasratkan.
BAB 4
PROTOTAIP
4.0 Pengenalan
Pada
bahagian ini penyelidik membincangkan tentang pembangunan dan isi kandungan
produk yang dihasilkan oleh penyelidik. Setiap penghasilan bahan akan
dinyatakan. Diharapkan aktiviti penghasilan dan penggunaan bahan bantu tersebut
akan dapat diperluaskan terutama dalam mata pelajaran yang menjalankan aktiviti
praktikal terutama bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4.
4.1 Bahan
/ Alatan
Antara
bahan-bahan yang digunakan untuk membina sampel jahitan:
i.
|
|
ii.
Benang
iii.
Jarum tangan
iv.
Pembaris
v.
Alat penetas jahitan
vi.
Kapur penanda
vii.
Pita pengukur
viii.
Gunting
4.2 Cara
Membuat
4.2.1 Proses Menyediakan Lisu Pemadan cekung
|
Langkah
1:
Tandakan
kedudukan lisu pemadan.
|
|
|
Langkah
2 :
·
Temukan sebelah luar fabrik dan
sematkan di garis pemadan.
·
Pastikan kedua-dua garis pemadan
bertemu.
·
Semat dengan teliti dan jelujur.
|
|
|
Langkah
3 :
·
Jahit mesin lisu pemadan dan bahagian
yang lebar ke bahagian tirus.
·
Jahit dua hingga tiga mata jahitan
yang akhir di atas lipatan fabrik untuk mengelakkan gelembung pada hujung
lisu.
·
Kemaskan hujung benang dengan menyusupkannya
di antara mata jahitan.
|
|
|
Langkah
4 :
·
Tekan lisu pemadan di pinggang
menghala ke G.T.H.
|
|
4.2.2
Proses
Menjahit Kelim Belah Kangkung
|
Langkah
1 :
·
Temukan sebelah luar fabrik
·
Padankan garis pemadan
·
Semat dan jahit jelujur
·
Jahit mesin tepat pada garis pemadan
|
|
|
Langkah
2 :
·
Cabut jelujur.
·
Tekan kelim supaya terbuka dan
ratakan dengan seterika.
|
|
4.3 Aktiviti
Pengajaran Dan Pembelajaran
Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam
menjalankan kaedah Master Jahitan ini
dianggarkan selama dua minggu iaitu sebanyak dua pertemuan.
4.3.1 Minggu
Pertama (Pertemuan Pertama)
Pertemuan
pertama guru hanya memperkenalkan tajuk dan membuat tunjuk cara (Demontrasi)
kepada pelajar dan seterusnya memastikan pelajar menguasai keseluruhan tajuk.
Proses
pengajaran dan pembelajaran pada pertemuan pertama :
|
Pelajar
yang faham
|
|
Guru membahagikan
pelajar kepada dua
|
|
Soaljawab
pelajar/guru
|
|
Penerangan
& Demontrasi
|
|
Isi
Pelajaran : Asas Jahitan
|
|
Membuat aktiviti
menjahit model contoh-contoh jahitan asas
|
|
Pelajar
kurang faham
Guru mengulangi pelajaran Asas Jahitan
|
Rajah
4.1 : Proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada pertemuan yang pertama.
i.
Guru memperkenalkan tajuk serta topic
yang hendak dipelajari kepada pelajar. Isi pelajaran ialah Asas-asas jahitan
yang mengandungi pelbagai jenis taknik jahitan.
ii.
Guru mempamerkan bahan bantu (
Contoh-contoh pelbagai jenis jahitan) kepada pelajar.
iii.
Pelajar melihat contoh jahitan serta cuba
untuk memahami proses pembuatannya.
iv.
Guru membuat demontrasi cara-cara/
langkah-langkah melakukan jahitan tersebut.
v.
Pelajar bersoaljawab dengan guru
tentang jahitan tersebut dan cuba
untuk memahami teknik pembuatan jahitan tersebut.
vi.
Guru membahagikan kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan yang telah faham boleh memulakan jahitan mereka dan kumpulan
yang belum memahami guru cuba
menjelaskan semula isi pelajaran tersebut kepada mereka.
4.3.2 Minggu
Kedua (Pertemuan Kedua)
Pada
proses pengajaran dan pembelajaran minggu kedua ini guru memperkukuhkan
kemahiran pelajar melakukan jahitan. Hasil kerja pelajar pada minggu pertama
akan dinilai dengan pemerhatian guru sendiri. Pelajar yang belum menguasai
kemahiran tersebut akan dikehandaki melakukan semula dengan tunjuk ajar dari
guru. Setelah membuat penilaian semula dan pelajar tersebut dapat melakukan
dengan sempurna akan terus kepada penghasilan projek yang sebenar.
|
Membuat penilaian terhadap hasil
kerja pelajar minggu lalu
|
|
Hasil kerja baik
|
|
Guru membahagikan
hasil pelajar kepada dua
|
|
Menilai semula
|
|
Membantu
pelajar yang belum menguasai
|
|
Memulakan projek
pakaian untuk SPM 2009
|
|
Hasil kerja kurang baik
( Guru membantu semula)
|
Rajah
4.2 : Proses pengajaran dan Pembelajaran pada pertemuan yang kedua.
4.4 Kebaikan
Produk
Produk
yang dimaksudkan ialah satu set kaedah pembelajaran berserta dengan penggunaan
contoh produk. Kaedah “Master Jahitan” memerlukan contoh yang mawujud sebagai
panduan kepada pelajar. Bahan bantu ini akan menjadi panduan secara langsung
kepada pelajar selain daripada penerangan secara demontrasi dari guru. Kebaikan
penggunaan bahan ini ialah:
i.
Penggunaan Yang Maksimum
Bahan
ini adalah mudah alih kerana penggunaan benang pada fabrik boleh ditanggalkan
pada bila-bila masa. Bahan ini boleh digunakan berulang kali dengan
mengeluarkan benang pada fabrik. Fabrik yang telah dibersihkan benang tadi
boleh digunakan untuk percubaan yang seterusnya.
ii.
Kos
Rendah
Bahan-bahan
yang diperlukan adalah murah dan mudah didapati. Bahan-bahan tersebut boleh didapati
kerana kebanyakan bahan-bahan tersebut adalah bahan kitar semula. Ia juga
merupakan bahan-bahan asas dalam rumah tangga.
iii.
Tahan Lama
Bahan-bahan
yang digunakan adalah tahan lama dan tidak mudah rosak. Ia boleh disimpan
sebagai rujukkan untuk masa yang panjang.
4.5 Kesimpulan
Pada
kesimpulannya, bab ini telah membincangkan proses pembinaan bahan bantu
mengajar. Perkara yang penting dalam perbincangan ini ialah bagaimana proses
pengajaran dan pembelajaran tersebut dijalankan selain dari langkah-langkah
membina bahan contoh jahitan.
BAB 5
DAPATAN KAJIAN
5.1 Pengenalan
Bab
ini, penyelidik akan membentangkan dengan lebih terperinci tentang dapatan data
yang diperolehi hasil daripada Ujian Pra, Ujian Pasca dan Borang Kaji selidik
yang dikutip daripada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Data yang dikutip
akan dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Packages For the Social Science (SPSS) 15.0 for windows.
Seterusnya bab ini akan menguji hipotesis 1, hipotesis 2 dan hipotesis 3.
5.2
Maklumat
Responden.
Responden
kajian terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan 4 iaitu seramai 3 orang
lelaki ( 15% ) dan 17 orang pelajar perempuan
( 85% ). Pelajar yang diambil
merupakan 4 ERT A2 di sekolah berkenaan.
Jadual 5.1: Peratus Pecahan Jentina
bagi kumpulan Rawatan.
|
Responden
|
Frequency
|
Percent
|
Valid Percent
|
Cumulative Percent
|
|
|
Valid
|
Lelaki
|
3
|
15,0
|
15,0
|
15,0
|
|
|
Perempuan
|
17
|
85,0
|
85,0
|
100,0
|
|
|
Total
|
20
|
100,0
|
100,0
|
|
5.3
Analisis Data Ujian Pra dan Pasca
Berdasarkan
kepada jumlah markah ujian pra dan ujian pasca yang diperoleh oleh pelajar
dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, didapat beberapa peningkatan
jumlah markah markah yang diperolehi oleh kumpulan rawatan berbanding dengan
kumpulan kawalan setelah penggunaan kaedah Master Jahitan. Beza antara ujian
pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dapat
ditunjukkan dalam jadual 5.2 dan 5.3 di bawah. Manakala perbandingan min markah
pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca di antara kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan dapat diringkaskan dalam Jadual 5.4.
Jadual 5.2: Markah Ujian pra dan ujian
pasca kumpulan kawalan
|
ID
|
PRA
|
PASCA
|
BEZA
|
|
Kawalan1
|
37
|
41
|
4
|
|
Kawalan 2
|
43
|
46
|
3
|
|
Kawalan 3
|
44
|
48
|
4
|
|
Kawalan 4
|
46
|
49
|
3
|
|
Kawalan 5
|
27
|
32
|
5
|
|
Kawalan 6
|
57
|
59
|
2
|
|
Kawalan 7
|
50
|
53
|
3
|
|
Kawalan 8
|
40
|
46
|
6
|
|
Kawalan 9
|
38
|
42
|
4
|
|
Kawalan10
|
40
|
45
|
5
|
|
Kawalan 11
|
52
|
55
|
3
|
|
Kawalan 12
|
32
|
39
|
7
|
|
Kawalan 13
|
63
|
68
|
5
|
|
Kawalan 14
|
64
|
66
|
2
|
|
Kawalan 15
|
47
|
52
|
5
|
|
Kawalan 16
|
56
|
59
|
3
|
|
Kawalan 17
|
47
|
49
|
2
|
|
Kawalan 18
|
41
|
46
|
5
|
|
Kawalan 19
|
52
|
54
|
2
|
|
Kawalan 20
|
35
|
40
|
5
|
|
20
|
20
|
20
|
|
|
Purata Keseluruhan
|
45,55
|
49,45
|
6.15
|
Jadual 5.3: Markah Ujian Pra dan Ujian
Pasca Bagi Kumpulan Rawatan
|
ID
|
PRA
|
PASCA
|
BEZA
|
|
Rawatan 1
|
40
|
70
|
30
|
|
Rawatan 2
|
38
|
65
|
27
|
|
Rawatan 3
|
42
|
67
|
25
|
|
Rawatan 4
|
35
|
56
|
21
|
|
Rawatan 5
|
40
|
70
|
30
|
|
Rawatan 6
|
41
|
73
|
32
|
|
Rawatan 7
|
29
|
59
|
30
|
|
Rawatan 8
|
45
|
78
|
33
|
|
Rawatan 9
|
35
|
65
|
30
|
|
Rawatan 10
|
38
|
68
|
30
|
|
Rawatan 11
|
42
|
82
|
40
|
|
Rawatan 12
|
41
|
80
|
39
|
|
Rawatan 13
|
40
|
79
|
39
|
|
Rawatan 14
|
42
|
80
|
38
|
|
Rawatan 15
|
25
|
63
|
38
|
|
Rawatan 16
|
51
|
92
|
41
|
|
Rawatan 17
|
40
|
79
|
39
|
|
Rawatan 18
|
63
|
95
|
32
|
|
Rawatan 19
|
60
|
98
|
38
|
|
Rawatan 20
|
55
|
96
|
41
|
|
20
|
20
|
20
|
|
|
Purata Keseluruhan
|
42,10
|
75,75
|
33.65
|
Jadual 5.4: Perbandingan skor Min markah pelajar dalam Ujian
Pra dan Ujian Pasca di antara Kumpulan Kawalan dan Lumpulan Rawatan.
Kawalan
Kawalan
|
|
KUMPULAN
|
N
|
Mean
|
Std. Deviation
|
Std. Error Mean
|
|
PRA
|
Rawatan
|
20
|
42,10
|
9,262
|
2,071
|
|
20
|
45,55
|
9,875
|
2,208
|
||
|
PASCA
|
Rawatan
|
20
|
75,75
|
12,388
|
2,770
|
|
20
|
49,45
|
9,058
|
2,025
|
Berdasarkan
min markah pada jadual 5.4 didapati
bahawa markah bagi ujian pra min bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
masing-masing 42.10 dan 45.55 yang mana beza kedua-dua kumpulan adalah 3.45.
Manakala bagi ujian pasca, min kumpulan rawatan mencatatkan markah sebanyak
75.75 dan kumpulan kawalan mencatatkan min markah sebanyak 49.45 dengan
perbezaan yang jelas sebanyak 26.30.
5.4
Analisis Data Hipotesis
5.4.1 Hipotesis
nul 1:
Tidak terdapat perbezaan skor min yang
signifikan dalam ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan.
Jadual 5.5:
Keputusan Ujian-t untuk perbezaan skor min ujian pra dan ujian pasca bagi
kumpulan rawatan.
|
Kumpulan Rawatan
|
Min
|
Bilangan
Subjek
|
Sisihan
Piawai
|
Nilai
t
|
df
|
Nilai
P
|
|
|
Pair 1
|
PRA
|
42,10
|
20
|
9,262
|
-25.878
|
19
|
.00
|
|
|
PASCA
|
75,75
|
20
|
12,388
|
|||
Aras Signifikan P<0.05
Jadual di atas menunjukkan keputusan ujian-t berpasangan di mana min bagi
ujian pra ialah 42.10 dan min bagi ujian pasca ialah 75.75. Beza min antara
kedua-dua ujian ini ialah 33.65. Dapatan menunjukkan (t=-25.878,
df=19,P<0.05). Berdasarkan analisis yang telah dibuat, nilai ujian-t dalam
jadual 5.5 adalah signifikan kerana di bawah aras keertian 0.05. Ini
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor min antara ujian pra dan
ujian pasca bagi kumpulan rawatan. Oleh yang demikian, hipotesis nul yang
pertama ditolak. Nilai positif pada
ujian-t menunjukkan pencapaian responden kumpulan rawatan yang menunjukkan skor
75.75 adalah lebih tinggi berbanding dengan skor min ujian pra iaitu 42.10.
Peningkatan yang ini adalah disebabkan oleh pelajar semakin mahir dalan
kemaihran menjahit setelah perlaksanaan kaedah Master Jahitan yang telah
dibangunkan oleh penyelidik. Maka, dapat disimpulkan bahawa wujud perbezaan
yang signifikan skor min antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan
selepas perlaksanaa kaedah Master Jahitan.
5.4.2 Hipotesis nul
2:
Tidak terdapat perbezaan Skor Min yang
signifikan dalam ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan Kawalan.
Bagi melihat perbezaan yang signifikan
antara pencapaian pelajar kumpulan rawatan yang telah menjalani pengajaran dan
pembelajaran dengan kaedah Master Jahitan dengan pelajar kumpulan kawalan yang
tidak menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Master Jahitan,
penyelidik telah menggunakan Statistik Ujian-t iaitu dengan melihat perbezaan
skor antara ujian pra dengan ujian pasca untuk membandingkan pencapaian pelajar
dalam topic Kerja Kursus Jahitan antara pelajar yang telah menjalani kaedah
Master Jahitan dengan pelajar yang tidak menjalani kaedah Master Jahitan iaitu
antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.
Berdasarkan keputusan analisis yang diperoleh
mewujudkan terdapat perbezaan tahap pengusaan pelajar rawatan selepas
didedahkan dengan kaedah Master Jahitan. Keputusan analisis perbezaan ini
mencatatkan (sig=0.000, p<0.05). Oleh itu, hipotesis nul 2 yang menyatakan Tidak
terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam ujian pos bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan Kawalan adalah ditolak. Keputusan analisis perbezaan
ini boleh ditunjukkan pada Jadual 5.6 di bawah.
Jadual 5.6: Ujian t Sampel Bebas bagi kumpulan kawalan dan
rawatan Ujian Pra dan Ujian Pasca.
|
|
|
Levene's
Test for Equality of Variances
|
t-test
for Equality of Means
|
|||||||
| F |
Sig.
|
t
|
df
|
Sig.
(2-tailed)
|
Mean
Difference
|
Std.
Error Difference
|
95%
Confidence Interval of the Difference
|
|||
| Lower |
Upper
|
|||||||||
|
PRA
|
Equal
variances assumed
|
,592
|
,446
|
-1,140
|
38
|
,262
|
-3,450
|
3,027
|
-9,579
|
2,679
|
| Equal variances not assumed |
|
|
-1,140
|
37,845
|
,262
|
-3,450
|
3,027
|
-9,579
|
2,679
|
|
|
PASCA
|
Equal
variances assumed
|
2,583
|
,116
|
7,664
|
38
|
,000
|
26,300
|
3,432
|
19,353
|
33,247
|
| Equal variances not assumed |
|
|
7,664
|
34,800
|
,000
|
26,300
|
3,432
|
19,332
|
33,268
|
|
*
Signifikan pada p<0.05
5.5
Analisis
Borang Soal Selidik
Bagi
mengenal pasti tahap pencapaian dan min responden semasa menggunakan kaedah
Master Jahitan, responden telah diminta membuat penilaian dengan menggunakan
boring kaji selidik terhadap sikap mereka dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah
Tangga (ERT) khususnya dalam topik Jahitan.
Dalam
borang kaji selidik ini, terdapat dua bahagian iaitu bahagian A ialah maklumat
tentang responden manakala bahagian B adalah bertujaun untuk mengenalpasti
minat dan keberkesanan kaedah yang digunakan dalan kajian ini. Oleh itu,
pengkaji telah menggunakan skala likert bagi mengukur keberkesanan kaedah
Master Jahitan serta minat pelajar terhadap kaedah ini.
Jadual
5.7: Petunjuk aras bagi penilaian sikap dan minat pelajar terhadap kaedah
Master Jahitan dengan menggunakan skala likert.
|
Perkara
|
Singkatan
|
Skor
|
|
Sangat
Tidak Setuju
|
STS
|
1
|
|
Tidak
Setuju
|
TS
|
2
|
|
Tidak
Pasti
|
TP
|
3
|
|
Setuju
|
S
|
4
|
|
Sangat
Setuju
|
SS
|
5
|
Jadual 5.8 : Min dan
Sisihan Piawai mengikut skala bagi setiap soalan dalam borang kaji selidik.
Descriptive
Statistics
|
|
N
|
Minimum
|
Maximum
|
Mean
|
Std. Deviation
|
|
S1
|
20
|
2
|
5
|
3,90
|
1,165
|
|
S2
|
20
|
2
|
5
|
4,05
|
,999
|
|
S3
|
20
|
3
|
5
|
4,65
|
,745
|
|
S4
|
20
|
4
|
5
|
4,55
|
,510
|
|
S5
|
20
|
4
|
5
|
4,45
|
,510
|
|
S6
|
20
|
4
|
5
|
4,40
|
,503
|
|
S7
|
20
|
4
|
5
|
4,45
|
,510
|
|
S8
|
20
|
3
|
5
|
4,15
|
,875
|
|
S9
|
20
|
4
|
5
|
4,55
|
,510
|
|
S10
|
20
|
4
|
5
|
4,55
|
,510
|
|
S11
|
20
|
4
|
5
|
4,55
|
,510
|
|
S12
|
20
|
4
|
5
|
4,75
|
,444
|
|
S13
|
20
|
3
|
5
|
4,70
|
,571
|
|
S14
|
20
|
4
|
5
|
4,85
|
,366
|
|
S15
|
20
|
4
|
5
|
4,75
|
,444
|
|
Valid N
(listwise)
|
20
|
|
|
|
|
Jadual 5.9: Skala
Pengujian Min Jawapan Responden
|
Tahap
|
Rendah
|
Sederhana
|
Tinggi
|
|
Skor
|
1.00-2.33
|
2.34-3.66
|
3.67-5.00
|
Sumber
: Azizi Yahaya dan Hii Ching Ling (2005)
Jadual 5.10:
Peratus dan min mengikut skala bagi
setiap soalan dalam Borang Kaji Selidik.
|
Bil
|
Kandungan
|
% Kekerapan
|
Min
|
Tahap
|
||||
|
SS
|
S
|
TP
|
TS
|
STS
|
||||
|
1
|
Adakah anda setuju
bahawa pngajaran dan pembelajaran dengan Kaedah “Master Jahitan” membantu
anda menjahit pakaian dengan kemas?
|
40
|
30
|
10
|
20
|
0
|
3.90
|
Tinggi
|
|
2
|
“Master Jahitan”
sangat sesuai digunakan untuk melatih anda memahirkan diri dalam asas
jahitan.
|
40
|
35
|
15
|
10
|
0
|
4.05
|
Tinggi
|
|
3
|
Adakah bersetuju
bahawa dengan latihan melalui “Master Jahitan, anda mengetahui banyak asas
jaihtan?
|
80
|
5
|
15
|
0
|
0
|
4.65
|
Tinggi
|
|
4
|
Adakah anda bersetuju
bahawa penggunaan “Master Jahitan” dapat meningkatkan kafahaman dan
pengetahuan dalam topik Pakaian Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4?
|
55
|
45
|
0
|
0
|
0
|
4.55
|
Tinggi
|
|
5
|
Pengajaran dan
pembelajaran menggunakan “Master Jahitan” memudahkan anda melakukan ujian
praktikal/amali.
|
45
|
55
|
0
|
0
|
0
|
4.45
|
Tinggi
|
|
6
|
Adakah anda bersetuju
“Master Jahitan” dapat membantu anda belajar dengan lebih berkesan.?
|
40
|
60
|
0
|
0
|
0
|
4.40
|
Tinggi
|
|
7
|
“Master Jahitan”
sangat sesuai digunakan dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.
|
45
|
55
|
0
|
0
|
0
|
4.45
|
Tinggi
|
|
8
|
Adakah anda bersetuju
penggunaan “Master Jahitan” juga sesuai diaplikasikan dalam subjek lain?
|
45
|
25
|
30
|
0
|
0
|
4.15
|
Tinggi
|
|
9
|
Penggunaan “Master
Jahitan” dapat meningkatkan minat anda dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.
|
55
|
45
|
0
|
0
|
0
|
4.55
|
Tinggi
|
|
10
|
Adakah anda bersetuju
aktiviti kaedah “Master Jahitan” di dalam kelas adalah aktiviti
menyeronokkan?
|
55
|
45
|
0
|
0
|
0
|
4.55
|
Tinggi
|
|
11
|
Anda amat berpuas
hati dengan kaedah “Master Jahitan”.
|
55
|
45
|
0
|
0
|
0
|
4.55
|
Tinggi
|
|
12
|
Aktiviti pengajaran
dan pembelajaran “Master Jahitan” membuatkan saya bertambah yakin dengan
projek SPM 2009 bagi mata pelajaran ERT.
|
75
|
25
|
0
|
0
|
0
|
4.75
|
Tinggi
|
|
13
|
Saya faham akan
penghasilan kaedah “Master Jahitan”
|
75
|
20
|
5
|
0
|
0
|
4.70
|
Tinggi
|
|
14
|
Saya tahu membuat
latihan sendiri dengan menggunakan kaedah “Master jahitan”
|
85
|
15
|
0
|
0
|
0
|
4.85
|
Tinggi
|
|
15
|
Adakah anda bersetuju
contoh bahan hasil “Master Jahitan”
merupakan bahan rujukan yang sesuai bagi projek pakaian untuk SPM 2009?
|
75
|
25
|
0
|
0
|
0
|
4.75
|
Tinggi
|
Berdasarkan
pada jadual 5.10 di atas, ternyata persepsi responden terhadap kaedah Master
Jahitan adalah sangat baik. Dengan
menggunakan skala pengujian min seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5.4
mendapati bahawa min yang terendah ialah 3.90 dan min tertinggi ialah 4.80.
Oleh itu, kedudukan min terendah adalah berada di tahap tinggi. Dengan dapatan
yang telah diperoleh dari soalan kaji selidik ini mendapati keberkesanan dan
perkaitan signifikan terhadap peningkatan markah ujian pasca adalah kerana
keberkesanan kaedah Master Jahitan tang telah dijalankan dalam pengajaran dan
pembelajaran penyelidik.
5.5.1 Hipotesis
nul 3 :
Tidak
terdapat perkaitan yang signifikan antara kaedah Master Jahitan dengan minat
pelajar dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.
Untuk
melihat perkaitan antara perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan Kaedah
Master Jahitan bagi kumpulan rawatan
analisa Korelasi Pesrson telah dijalankan. Terdapat dua item yang telah dikaji
antaranya ialah item soalan 4 soal selidik iaitu mengenai peningkatan kefahaman
dan pengetahuan pelajar setelah menggunakan kaedah Master Jahitan. Dengan
kefahaman dan pengetahuan yang mereka ada, telah mendorong mereka menjadi minat
belajar topic Pakaian dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.
Selepas
pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Master Jahitan terdapat perkaitan yang positif dan
signifikan antara minat pelajar dengan perlaksanaan Kaedah Master Jahitan
sebagai media pengajaran dan pembelajaran dalam topic Pakaian bagi mata
pelajaran Ekonomi Rumah Tangga. Keputusan analisis perkaitan telah mencatatkan
(r=0.394,p<0.05). Maka dengan keputusan ini, hipotesis nul 3 yang menyatakan tidak terdapat perkaitan yang signifikan
antara kaedah Master Jahitan dengan minat pelajar dalam subjek Ekonomi Rumah
Tangga ditolak. Keputusan analisis
Korelasi Pearson ini dapat dirujuk pada jadual 5.11 di bawah.
Jadual
5.11: Jadual Korelasi Pearson antara minat pelajar terhadap penggunaan Kaedah
Master Jahitan dalam Topik Pakaian bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.
N
N
|
|
Soalan : 4
Adakah anda
bersetuju bahawa penggunaan “Master Jahitan” dapat meningkatkan kafahaman dan
pengetahuan dalam topik Pakaian Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4?
|
Soalan 9:
Penggunaan
“Master Jahitan” dapat meningkatkan minat anda dalam subjek Ekonomi Rumah
Tangga.
|
|
|
Soalan 4:
Adakah anda
bersetuju bahawa penggunaan “Master Jahitan” dapat meningkatkan kafahaman dan
pengetahuan dalam topik Pakaian Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4?
|
Pearson
Correlation
Sig.
(2-tailed)
|
1
.
|
,394(**)
,086
|
|
20
|
20
|
||
|
Soalan : 9
Penggunaan “Master
Jahitan” dapat meningkatkan minat anda dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.
|
Pearson
Correlation
Sig.
(2-tailed)
|
,394(**)
,086
|
1
.
|
|
20
|
20
|
||
** Aras
Signifikan Korelasi 0.01 (2-hala)
BAB 6
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
6.1 Pengenalan
Bab
ini akan membincangkan tentang rumusan untuk keseluruhan dapatan kajian yang
telah dijalankan oleh penyelidik. Dalam bab ini penyelidik akan merumus tentang
pendekatan kajian yang digunakan, masalah yang dihadapi, implikasi dapatan
kajian, dan cadangan untuk kajian lanjutan bagi mempertingkatkan lagi kualiti
pengisian produk yang dibangunkan.
Penyelidik
juga akan membincangkan secara terperinci tentang keseluruhan dapatan kajian
dan seterusnya merumuskan hasil dapatan kajian ini. Dalam bab ini juga,
penyelidik akan membentangkan cadangan
untuk kajian lanjutan.
6.2 Rumusan
Hasil
analisis dapatan kajian yang telah dibuat dalam bab 5, Skor pencapaian antara
ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan telah mencatatkan pencapaian
yang positif setelah menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Master
Jahitan yang mana skor min bagi ujian pra ialah 42.10 dan skor min bagi ujian
pasca ialah 75.75. Peninggkatan yang ketara ini telah menghasilkan satu
keputusan iaitu (t=-25.878,
df=19,P<0.05) setelah ujian-t sample berpasangan dijalankan ke atas
kedua-dua keputusan ujian pra dan ujian pasca. Nilai signifikan dalam ujian ini
ialah di bawah keertian 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan antara skor min ujian pra dan skor min ujian pasca bagi kumpulan
rawatan. Maka dengan itu, hipotesis yang pertama yang menyatakan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dan skor min ujian pasca
bagi kumpulan rawatan adalah ditolak. . Perbezaan antara skor min
ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan yang tinggi menunjukkan pencapaian
kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah Master Jahitan lebih baik berbanding
dengan pengajaran dan pembelajaran tradisonal.
Secara tidak langsung ia menunjukkan keberkesanan penggunaan Master
Jahitan ini perlu dilaksanakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran Ekonomi Rumah Tangga.
Skor
min pencapaian bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan telah
mencapai peningkatan dalam ujian pra dan ujian pasca selepas sesi pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Walaupun skor min dalam ujian pasca kedua-dua
kumpulan telah menunjukkan peningkatan, namun peningkatan yang amat ketara
telah berlaku pada kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Hasil
analisis Ujian-t sampel tak bersandar yang digunakan juga menunjukkan perbezaan
skor min ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan ialah 75.75
dan nilai signifikan ialah 0.00. Nilai ini adalah signifikan pada aras
signifikan P < 0.05. Oleh yang demikian, hipotesis nul pertama yang
menyatakan Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ujian pos bagi
kumpulan rawatan dan kumpulan Kawalan
adalah ditolak. Skor min ujian pasca
kumpulan rawatan yang lebih tinggi berbanding dengan pencapaian kumpulan
kawalan menunjukkan pencapaian kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah Master
Jahitan lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang hanya menggunakan
kaedah “calk and talk”. Secara tidak langsung ini menunjukkan keberkesanan
penggunaan kaedah Master Jahitan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Keberkesanan
penggunaan kaedah Master Jahitan ini juga mendapat sokongan hasil daripada
maklumbalas soal selidik yang telah
dijalankan. Maklum balas yang diberikan oleh responden menunjukkan skor min
bagi minat ialah 3.90 dalam skala terendah dan 4.80 berada dalam skala
tertinggi dan dengan menggunakan Skala Pengujian Min Jawapan Responden
yang dikemukakan oleh Azizi Yahaya dan Hii Ching Ling (2005) julat 3.66 ≤ min < 5.00 iaitu pada
tahap tinggi. Ini menunjukkan responden mempunyai minat yang tinggi terhadap
subjek Ekonomi Rumah Tangga selepas menggunakan kaedah Master Jahitan dan
seterusnya menyokong penggunaan kaedah Master Jahitan sebagai kaedah
pengajaran. Berdasarkan daripada hasil analisis dengan menggunakan korelasi
pearson, nilai korelasi yang diperolehi ialah 0.390. Nilai korelasi yang
diperoleh menunjukkan tahap hubungan
yang tinggi antara minat dan prestasi pelajar selepas menggunakan kaedah Master
Jahitan. Maka, hipotesis nul yang ketiga ditolak.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati penggunaan kaedah Master
Jahitan ini berkesan dalam meningkatkan prestasi dan minat pelajar.
6.3 Perbincangan
Dalam
merancang proses pengajaran dan pembelajaran, perkara yang perlu diambil kira
ialah keberkesanan dalam menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran
mereka agar mereka dapat menaakul seberapa kemahiran yang mereka boleh.
Pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan efektif berakar umbi
daripada kepakaran dan kekreatifan seorang guru. Strategi seorang guru
merupakan faktor yang utama bagi mewujudkan pembelajaran yang menarik lebih-lebih
lagi dengan menggunakan kepelbagaian alat bantu mengajar. Selain itu kaedah
pengajaran yang strategik dapat
menambahkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah Master Jahitan merupakan satu kaedah
yang berasaskan konsep pembelajaran masteri telah dibangunkan bagi menambah
minat dan perhatian pelajar untuk memahirkan diri dalam asas jahitan pakaian.
Dengan penguasaan kemahiran dalam asas jahitan seorang pelajar akan terus
mendalami ilmu jahitan sehingga diharapkan dapat melahirkan seorang yang
professional dalam bidang ini pada suatu hari kelak.
Dalam
bahagian perbincangan ini, penyelidik membincangkan mengenai beberapa persoalan
dan sorotan kajian yang terkandung dalam bab 2 yang dikaitkan dengan dapatan
dan keputusan daripada analisis kajian yang dijalankan. Berikut adalah beberapa
persoalan kajian yang dikemukakan oleh penyelidik dalam bab satu.
i.
Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar
dalam ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan?
ii.
Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar
dalam ujian pos bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?
iii.
Adakah terdapat perkaitan yang signifikan
antara kaedah Master
Jahitan dengan minat pelajar dalam
subjek Ekonomi Rumah Tangga?
Persoalan
pertama yang dikemukakan oleh penyelidik telah terjawab setelah proses analisis
penyelidikan dilakukan dan mencapai objektif yang ditetapkan seperti yang
dijangkakan oleh penyelidik bahawa kaedah Master Jahitan dapat meningkatkan
pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topic pakaian dengan melihat kepada
pencapaian mereka pada ujian pasca yang telah dibuat. Hal ini telah dianalisis
dan dibincangkan dalam bab 5 iaitu hasil daripada keboleh percayaan instrument penyelidikan iaitu melalui ujian
pra dan ujian pasca dengan menggunakan
analisis data SPSS. Dengan menggunakan ujian-t terhadap pencapaian kedua-dua
ujian pra dan ujian pasca, dengan masing-masing mendapat 42.10 dan 75.75 maka
didapati bahawa tardapat perbezaan pencapaian yang signifikan dalam kumpulan
rawatan.
Persoalan
yang kedua yang dikemukakan oleh penyelidik
telah terjawab dengan menggunakan
analisis
ujian-t sampel bebas terhadap skor min antara ujian pra dan ujian pasca
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Keputusan analisis perbezaan ini
mencatatkan (sig=0.000, p<0.05). Melalui analisis ini, dapatlah disimpulkan
bahawa terdapat peningkatan yang positif
terhadap ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan yang telah melalui
kaedah Master Jahitan berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak melalui
proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Master Jahitan. Dengan
keputusan itu juga, persoalan yang kedua terjawab bahawa penggunaan kaedah
Master Jahitan mempunyai hubungan yang signifikan dengan peningkatan prestasi
pelajar yang telah menjalaninya sekaligus menolak
hipotesis nul 2.
Persoalan
yang terakhir yang telah dikemukakan oleh penyelidik juga telah terjawab dengan
menggunakan jadual Korelasi Pearson
terhadap dua item yang terdapat dalam instrument penyelidikan yang ketiga iaitu
boring kaji selidik. Dengan menggunakan penganalisis data SPSS, penyelidik
telah menggunakan jadual Korelasi Pearson bagi mengesan maklumat yang
diperlukan. Tangga. Keputusan analisis perkaitan telah mencatatkan
(r=0.394,p<0.05). Keputusan daripada proses analisis tersebut telah menjawab
persoalan dengan hasil bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
pencapaian pengetahuan dan kefahaman pelajar dengan kaedah Master Jahitan dan
seterusnya telah menarik minat pelajar untuk mempelajari topic Pakaian dalam
mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.
6.4
Cadangan
Kajian
Dalam
bab ini, penyelidik cuba
mengemukakan beberapa cadangan yang boleh difikirkan amat penting untuk
mendapatkan kajian lanjutan. Penyelidik menyarankan penyelidik-penyelidik
seterusnya yang ingin membuat kajian yang berkaitan dengan “Master Jahitan” ini
perlu menjalankan kajian dengan lebih efisien untuk memperbaiki beberapa
kelemahan yang wujud semasa menjalankan kajian ini.
Penyelidik
juga turut menyatakan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan antaranya ialah
tentang kemahiran-kemahiran lanjutan tentang jahitan serta kajian tentang
perkembangan fesyen pakaian agar minat para pejalar sekolah terhadap topic
pakaian ini akan terus ke arah perkembangan yang lebih positif dan manjalankan
kajian di beberapa sekolah atau institusi yang berkaitan dengannya untuk
melihat keboleh percayaan dan
keberkesanan Master Jahitan sebagai alat Bantu mengajar.
Secara
keseluruhannya, jahitan sememangnya semakin mendapat para pendidik dan juga
para pelajar seiring dengan permintaan yang memberansangkan dari industri yang
berkaitan dengan produk pakaian. Alat Bantu yang berasaskan Master Jahitan ini
dapat membantu guru menerangkan konsep Jahitan semasa pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih jelas berbanding dengan kaedah tradisional. Dalam kaedah
Master Jahitan ini, guru dapat membimbing pelajar secara mental dan emosi. Maka
keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kepintaran
seorang guru dalam merancang kaedah dan aktiviti pengajaran dan Master Jahitan
ini ternyata berkesan dan meningkatkan prestasi pelajar dalam topic Pakaian.
Kaedah Master Jahitan diharapkan dapat melahirkan individu yang berketrampilan
dalam bidang voksional ini bagi memenuhi pasaran buruh yang semakin kritikal
dengan Negara terpaksa mengambil buruh-buruh dari luar Negara.
6.5
Kesimpulan
Dalam
bahagian ini penyelidik merumus dan membincangkan secara terperinci berkaitan
dengan pendekatan kajian yang dijalankan, rumusan dapatan kajian, perbincangan
tentang persoalan kajian dan seterusnya cadangan untuk kajian lanjutan.
Penyelidik
telah menjawab ketiga-tiga persoalan kajian melalui hasil kajian yang telah
dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For the Social Science
(SPSS) 15.0 for windows. Ketiga-tiga hipotesis nul kajian ditolak dan ini bermakna
perbezaan yang signifikan antara perbezaan prestasi ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan,
perbezaan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan seterusnya wujud
perkaitan yang signifikan antara minat dan kefahaman serta pengetahuan pelajar
dengan kaedah Master Jahitan yang telah dijalankan. Namun begitu, penyelidik
mengalami beberapa masalah semasa menjalankan kajian terutamanya dalam
penyediaan kandungan serta teknik
pengajaran dan pembelajaran Master Jahitan. Penyelidik telah mengambil
langkah-langkah yang efektif untuk menghadapi masalah-masalah tersebut namun
perlu diperbaiki dalam kajian-kajian yang seterusnya.
Penyelidik
berharap, kajian ini mempunyai implikasi
terhadap kehidupan masyarakat yang kini semakin maju serta dengan kehidupan
yang semakin mencabar dengan kepelbagaian cabaran dan persaingan hidup.
Penyelidik yakin dengan beberapa asas kemahiran dalam jahitan seorang individu
akan mempunyai keyakinan diri untuk maju dalam bidang jahitan atau bidang yang
lebih maju seperti bidang pembuatan pakaian dan fesyen.
Kajian
ini juga mempunyai implikasi kepada para pendidik yang terlibat langsung dalam
mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga dan Kemahiran Hidup. Kajian ini boleh juga
menjadi rujukkan kepada para pelajar di institute pengajian tinggi, institute
kemahiran dan pelajar sekolah menengah.
RUJUKAN
Abdul
Rahim Mahmood.1997. Mastery Learning: Aplikasi Pendekatan Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Dewan
Bahasa. Jilid 41,Bil 9, September. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Azizi
Yahaya & Hii Ching Ling.2005. Persepsi Pelajar Tingkatan 4 Terhadap
Keberkesanan Kelas Tambahan Di Sekolah.
Dilawati pada 20 Februari 2009 dari http//www.efrints.utm.my/2402/1/Aziziyahaya Persepsi Pelajar
Terhadap keberkesanan.pdf.
Cho
Keng Boon.2008. Pelaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup Di Jabatan
Kajian Sosial Institut Perguruan Raja
Melewar, Negeri Sembilan: Jurnal Melewar: Institut Perguruan Raja Melewar,
Seremban, Negeri Sembilan.
Davis,
D., & Sorrell, J. (1995, December). Mastery learning in public schools.
Paper prepared for PSY 702: Conditions of
Learning. Valdosta, GA:
Valdosta State University.
Available online: http://chiron.valdosta.edu/whuitt/files/mastlear.html]
Guskey.
T.R.1997.Implementing Mastery Learning 2nd ed. Wadsworth
Publishing
Company: Singapore.
Hairunnaja
Najmuddin. 2006. Membimbing Remaja Memilih Pendidikan Dan
Kerjaya. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Junaidi Bin Ribin .2006. Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Masteri
Berbanding Kaedah
Pengajaran Tradisional Dalam Mempertingkatkan Prestasi Pelajar Tahun 4 Dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan: Universiti Malaysia
Sabah: Kota Kinabalu, Sabah.
Mohamad Za’in Bin Dahman .2004. Meningkatkan
Kemahiran
Mengembangkan Idea. Jurnal Kajian Tindakan KSPK Tahun 2004.
Mohd. Majid
Konting .2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mok
Soon Sang.2003. Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim
Perkhidmatan Guru:Kompentasi Fungsi/Khusus :
Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Kumpulan
Budiman: Subang Jaya, Selangor.
Muniroh Bt Mahmud .2004. Meningkatkan
Kemahiran Pelajar Menggunakan
Alatan Tangan Bagi
Pelajar Tingkatan Satu. . Jurnal Kajian
Tindakan Pelajar KSPK Tahun 2004.
Pusat
Perkembangan Kurikulum.2005. Huraian Sukatan Pelajaran Biologi
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rahim
Jarawi & Jacob George .2004. Meningkatkan Kemahiran Memaku
Dalam Kerja Kayu Di Kalangan Pelajar
Perempuan Tahun . Jurnal KSPK:Maktab Perguruan Perlis: Perlis.
Shahabuddin,
Rohizani & Mohd. Zahir Ahmad.2003.Pedagogi: Strategi dan
Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Terbitan Pertama.Malaysia: PTS Publications
& Distributor Sdn. Bhd.
Wong
Leh Ing.2006.Bahan Pengajaran Pembelajaran Bermodul:
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Penyelesaian Persamaan Linear Satu Anu Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua. Projek Sarjana Muda UMS.
Yahya
Emat.1993.Pendidikan Teknik & Vokasional Di Malaysia. IBS Buku
Sdn.
Bhd.: Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Zaleha Bt Endot
.2007. Keberkesanan Menggunakan Pendekatan Demontrasi
Dalam Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar KPLI
PSV (SR). Negeri Sembilan: Institut Perguruan Raja Melewar.
apa itu master jahitan, terima kasih.
ReplyDelete