Tuesday, 3 December 2013

PENGGUNAAN MASTER JAHITAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK EKONOMI RUMAH TANGGA




PENGGUNAAN MASTER JAHITAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
SUBJEK EKONOMI RUMAH TANGGA 


BAB 1


PENDAHULUAN



1.1        Pengenalan

Perkembangan pendidikan negara  sentiasa mengalami perubahan bagi mengisi kemajuan dan menyediakan pelajar-pelajar menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan dan kemahiran pada abad ke 21. Selaras dengan cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan memperkembangkan potensi individu, maka guru-guru juga perlu didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh dijadikan amalan dalam membantu menyelasaikan masalah kehidupan harian mereka (Zaleha Endot, 2007)

Berhubung dengan kerjaya pula, penawaran kerjaya di pasaran kerjaya di Malaysia masih lagi tidak seimbang dengan jumlah pelajar yang mengikuti kursus-kursus diploma ataupun ijazah pertama sama ada di universiti  awam. Bagi kursus-kursus pendidikan yang berbentuk kemahiran, teknikal dan sains     ( sains tulen, sains gunaan dan teknologi maklumat), mahupun kursus-kursus berbentuk professional seperti undang-undang dan perakaunan, terdapat kerjaya-kerjaya khusus yang menjurus kepada kemahiran yang dimiliki oleh graduan daripada bidang itu. Mereka berpeluang untuk berkhidmat dengan kerajaan mahupun pihak swasta ataupun menubuhkan syarikat sendiri (Hairunnaja Najmuddin,2006).

1.2        Latar Belakang Kajian

Dalam Sukatan Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4,  yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2002) pengajaran dan pembelajaran adalah dirancang untuk membantu guru-guru meningkatkan prestasi pelajar. Subjek Ekonomi Rumah Tangga  menyajikan tiga topik utama termasuklah topik pakaian. Dalam topik ini, pelajar diwajibkan menyelesaikan projek pakaian bagi memenuhi syarat pemarkahan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Oleh itu, kemahiran asas jahitan amat penting bagi melahirkan produk yang bermutu. Bagi tujuan meningkatkan tahap kemahiran asas dalam jahitan ini, pelbagai usaha oleh para guru Kemahiran Hidup terutama Ekonomi Rumah Tangga dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Menurut Zaleha Endot (2007) bahawa selaras dengan cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan perkembangan potensi individu, maka guru-guru juga perlu didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang boleh dijadikan amalan dalam membantu menyelesaikan masalah kehidupan harian mereka.

Mohamad Za’in Dahman & Donati Kimtho (2004) telah membuat kajian tentang kemahiran mengembangkan idea di kalangan pelajar tahun 5. Teknik yang dikaji  ini dapat membantu responden meningkatkan kemahiran dan mengembangkan idea mereka supaya menjadi kreatif dan menjimatkan masa ketika membuat projek daripada bahan terbuang khususnya untuk subjek Kemahiran Hidup tahun 5.

1.3        Pernyataan Masalah

Projek amali ERT sering dikaitkan dengan kegagalan untuk menyiapkan kerana beberapa perkara rutin yang sering dialami. Biasanya projek terutamanya projek jahitan tidak dapat disiapkan atau tidak memenuhi piawaian dari Jabatan Pendidikan. Antara sebab yang sering dikaitkan dengan kegagalan ini ialah :

  1. Kurang motivasi daripada pelajar sendiri.
  2. Tidak tahu langsung asas jahitan.
  3. Tidak berminat dengan projek kerana kurang asas dalam jahitan
  4. Tidak mempunyai modal.
  5. Tidak berkemahiran dalam vokasional.
  6. Ekonomi Rumah Tangga dianggap subjek yang tidak penting.

Menurut Yahya Emat (1993) pendidikan dan vokasional di Malaysia haruslah menangani masalah-masalah dan cabaran yang timbul. Sikap masyarakat sendiri perlu diubah agar rakyat memberi pandangan yang lebih positif terhadap pendidikan tersebut. Pendidikan teknik dan vokasional penting bagi menangani  kekurangan tenaga mahir dalam pasaran buruh di negara ini.

Melalui pemerhatian yang telah dibuat, kebanyakan projek pada tahun-tahun yang lepas mempunyai masalah dalam menyiapkannya sepenuhnya. Kebanyakan projek yang telah siap tidak mengikut piawaian dari Jabatan Pendidikan oleh itu ramai pelajar yang tidak mendapat markah yang tinggi. Antara sebab yang mungkin menjadikan perkara ini berlaku adalah kerana kaedah yang digunakan kurang berkesan kepada pelajar. Dalam kajian para pelajar akan didedahkan dengan penguatan asas dalam kemahiran jahitan.

1.4        Persoalan Kajian

Berdasarkan latar belakang, pernyataan masalah dan objektif kajian ini, maka persoalan kajian dapat dirumuskan seperti berikut:

      i.        Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan?
     ii.        Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?
    iii.        Adakah terdapat perkaitan yang signifikan antara kaedah Master    
         Jahitan dengan minat pelajar dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga?

1.5        Tujuan Kajian

Umumnya, kajian ini bertujuan untuk menguji tahap pencapaian dan meninjau persepsi pelajar selepas aktiviti penghasilan “Master Jahitan” dalam topik “Pakaian” bagi subjek Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4.

1.6        Objektif Kajian

Objektif kajian ini secara khususnya adalah untuk:

      i.        Melihat peningkatan tahap pencapaian pelajar bagi topik “Pakaian” dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4 melalui pelaksanaan “Master Jahitan”.
     ii.        Meninjau Persepsi Pelajar terhadap aktiviti penghasilan “Master Jahitan” bagi subjek Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4.


1.7        Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian ini, beberapa tanggapan awal atau jawapan sementara telah dibina terhadap masalah yang dikaji. Jawapan atau sasaran sementara ini dinyatakan dalam hipotesisi  berikut:

:   Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam ujian    
          pra dan pasca bagi kumpulan rawatan.
   : Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan  Kawalan.
             : Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara kaedah Master    
Jahitan dengan minat pelajar dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.

1.8        Definisi  Operasional

Definisi operasional yang dipaparkan dalam bahagian ini ialah definisi yang digunakan pada istilah-istilah tertentu yang merujuk khusus kepada kajian ini. Definisi ini tidak semestinya bergantung kepada kajian lepas atau sumber-sumber yang lain. Definisi yang diberikan dalam kajian ini diolah mengikut kesesuaian bidang kajian ini. Definisi operasional yang terdapat dalam kajian ini adalah seperti berikut.


1.8.1   Master jahitan

Nama kaedah yang menjadi intrumen kepada kajian ini. Kaedah yang memastikan kemahiran asas jahitan telah dapat dikuasai oleh responden bagi melahirkan produk yang benar-benar berkualiti. Pelaksanaan Master Jahitan adalah berterusan sehingga pelajar dapat menguasai kemahiran asas menjahit sebelum memulakan Projek Jahitan Sijil Pelajaran Malaysia mereka.

1.8.2   Projek Jahitan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM )

Projek yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk calon SPM bagi mata pelajaran ERT. Setiap pelajar perlu menyiapkan projek  ini sebelum peperiksaan SPM 2009.

1.8.3   Pelajar Tingkatan 4

Pelajar yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 16 tahun  yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun 2009.  Dalam kajian ini, pelajar tingkatan 4 yang dijadikan sampel adalah terhad kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran ERT pada tahun 2009 sahaja.


1.8.4   Ekonomi Rumah Tangga (ERT)

Mata pelajaran yang ditawarkan pada peringkat sekolah menengah atas yang meliputi tiga asas perbincangan topic iaitu Makanan dan Pemakanan, Pakaian dan Tempat tinggal. Topik-topik yang terdapat dalam isi kandungan mata pelajaran ini adalah bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti yang terkandung dalam huraian sukatan mata pelajaran tersebut.

1.9        Signifikan Kajian

Hasil dari kajian ini nanti boleh dijadikan bahan rujukan di kalangan  guru-guru Mata Pelajaran amnya dan khususnya guru-guru Ekonomi Rumah Tangga sekolah menengah rendah dan menengah atas. Penyelidikan ini juga boleh dijadikan oleh para pelajar sebagai garis panduan bagi melaksanakan projek yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Kajian ini juga akan membentuk para pelajar supaya menjadi insan yang berkeyakinan diri serta tidak kenal putus asa.

1.10     Limitasi Kajian

Kajian ini hanya tertumpuh kepada kaedah pemasteran kepada asas-asas jahitan bagi memudahkan pelajar melaksanakan projek membuat pakaian  bagi SPM tahun 2009 bagi sebuah sekolah di Daerah Tuaran sahaja. Kajian ini akan memfokuskan aktiviti memasterkan para pelajar dalam asas jahitan bagi menyiapkan kerja individu mereka. Instrumen kajian ini adalah kaedah Master jahitan yang didedahkan kepada pelajar.

Memandangkan  pengkaji adalah guru Ekonomi Rumah Tangga  dalam kelas tersebut, kelas ini amat sesuai dijadikan sebagai populasi kajian. Pengkaji telah memilih seramai 40 pelajar sahaja sebagai responden. Setiap pelajar telah diberikan soalan projek membuat pakaian.

Rasional utama pemilihan kelas ini adalah untuk memudahkan pengutipan data. Walau pun begitu, dapatan daripada kajian ini boleh digeneralisasikan oleh semua sekolah yang hampir sama dengan keadaan sekolah tersebut.

1.11     Kesimpulan

Dalam bab ini, penyelidik telah membincangkan beberapa perkara yang berkaitan tentang latar belakang pendidikan di Malaysia dari segi kepentingan , hala tuju dan hasil yang hendak dicapai. Selain daripada itu, penyelidik menjelaskan masalah kajian ini berserta dengan objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian dan seterusnya batasan kajian (Limitasi Kajian). Terdapat tiga hipotesis yang telah disenaraikan dalam bab ini. Selain itu, definisi operasional bagi istilah-istilah yang digunakan atau yang berkaitan dengan kajian.
























BAB 2


SOROTAN KAJIAN



2.1      Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji berusaha membuat rujukan terhadap kajian-kajian yang lepas yang mempunyai kaitan dengan kajian ini sebagai panduan bagi menjalankan kajian. Perkara-perkara yang akan diketengahkan ialah rujukan terhadap kajian terdahulu serta teori-teori pembelajaran  sama ada dari dalam atau dari luar negara.

2.2      Teori Kajian

Menurut Slavin (2006) teori pembelajaran merujuk kepada prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian psikologi pendidikan. Melalui teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai cara pelajar atau murid belajar. Guru tersebut pula akan menghubungkaitkan prinsip dan hukum tersebut dengan kaedah dan teknik mengajar bagi hasrat mencapai objektif pengajaran. Terdapat empat mazhab teori pengajaran utama iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Dalam kajian ini penyelidik akan memfokuskan kepada teori pembelajaran masteri Bloom.

2.2.1  pembelajaran Masteri

Menurut Junaidi Ribin (2006) pembelajaran masteri ini adalah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang dihasratkan sebelum ke unit pembelajaran yang seterusnya.

Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari Merupakan satu pendekatan Pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid  dalam sesuatu perkara  yang Diajar ( Bloom, 1968 ).

……..ialah satu set dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten….. idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukan masa yang mencukupi untuk murid mencapai Masteri dengan berpandukan kriteria Masteri yang jelas         ( Anderson & Block, 1975).

Menurut Shahabuddin, Rohizani dan Mohd. Zohir (2003) masteri mambawa maksud “menguasai”. Pembelajaran Masteri boleh dikatakan sebagai pembelajaran penguasaan dan merupakan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran masteri murid-murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dalam kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

Guskey (1997) menyatakan bahawa pembelajaran masteri memberi satu set idea yang sangat berguna dan teknik praktikal kepada para guru untuk membantu murid mencapai satu tahap tinggi dalam pembelajaran dan pada masa yang sama memperolehi faedah daripada pencapaian mereka.

Penentuan hasil pembelajaran adalah langka merangka hasil pembelajaran secara eksplisit, iaitu berdasarkan hasil pelakuan pelajar setelah mereka didedahkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil pembelajaran eksplisit ini mengandungi unsur-unsur yang boleh diukur dalam proses penilaian (Wong Leh Ing,2006).

Pembelajaran masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran masteri, murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum,2005).

Terdapat beberapa langkah harus dilaksanakan dalam pembelajaran masteri (Mok Soon Sang,2003). Pertamanya ialah guru harus membuat persediaan dari segi menentukan objektif pembelajaran masteri, kemudian merancang isi unit pelajaran dari peringkat maklumbalas dengan aktiviti pemilihan. Melalui aktiviti pemulihan, penilaian terhadap murid dapat dijalankan. Jika murid telah menguasai pembelajaran tersebut, murid akan diberi aktiviti pengayaan yang merupakan penilaian sumatif. Seterusnya selepas menguasai pembelajaran berkenaan yang dapat dinilai menerusi aktiviti pengayaan. Murid akan memasuki unit pembelajaran seterusnya.

Menurut Davis, D., & Sorrell, J. (1995)  pembelajaran masteri bukanlah satu konsep yang baru malah ia telah diamalkan di Amareka 70 tahun yang lalu. Pembelajaran ini adalah sebagai kaedah alternatif pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan pelajar yang sukar memahami sesuatu unit pembelajaran sebelum meneruskan pelajaran yang seterusnya. Katanya lagi pembelajaran masteri adalah sebagai kaedah alternatif kepada kaedah pengajaran tradisional yang kurang berjaya.



2.3      Model Kajian

Menurut Abdul Rahim Mahmood (1997) konsep pembelajaran Masteri diasaskan atas kepercayaan bahawa semua murid dapat menguasai sesuatu perkara sekiranya ada masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Konsep ini adalah diperkenalkan oleh B.S. Bloom pada tahun 60-an (Guskey,1997). Raja berikut adalah ringkasan kepada kenyataan tersebut:
Proses
Pembelajaran
Masperi
Pembelajaran
Pengajaran
Menguasai apa yang diajar
Struktur Pengetahuan dan Kemahiran
 






Rajah 2.1 : Proses yang terlibat dalam Pembelajaran Masteri






Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia(2005) telah mengemukakan satu proses pengajaran dan pembelajaran Masteri seperti berikut:

Unit Pembelajaran 1














                                           Ya                                             Tidak







                                                Ya                   Taruskan
Penentuan Hasil Pembelajaran
Pengajaran & Pembelajaran
Penilaian
Tindakan
Susulan
Aktiviti
Pengayaan
      
Sudahkah
Pelajar
Menguasai?
Tindakan Susulan Aktiviti Pemulihan

Unit Pembelajaran 2
 

















Rajah 2.2 : Proses Pengajaran dan Pembelajaran Masteri
(Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2005)

Model “Internalization Of Learning”

Model diperkenalkan oleh Foh Kim Lee dan Mazlan Hj. Mohd. Junaidi (2001) dalam kajian mereka di Maktab Perguruan Kent, Tuaran mengemukakan satu aplikasi prinsip pembelajaran masteri yang membawa ke arah penghayatan terhadap sesuatu pembelajaran. Model ini adalah untuk meyakinkan pengamal pendidikan bahawa pembelajaran masteri mempunyai potensi yang juga lebih bermakna dan berguna daripada yang dihajati.
Model “Internalization Of Learnig”

Pengajaran
Unit 1
Penilaian
Formatif
Kesedaran dalaman terhadap pembelajaran
Pengajaran berbantukan guru/ rakan sebaya
Amalan berterusan
Pengajaran Unit  2
 











Rajah 2.3 : Proses pengajaran & Pembelajaran mengikut Model Internalization Of Learning”


(Sumber : EduTech Wiki, 2008)
Rajah 2.4 : Model Architecture

2.4      Kajian Lepas Dalam Negeri

Menurut Cho Keng Boon (2008) kajian terhadap Kemahiran Hidup penting. Guru-guru pelatih berpendapat bahawa pensyarah tidak memberi penekanan yang mencukupi terhadap kaedah dan teknik pengajaran dalam pengajaran mereka. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pelaksanaan mata pelajaran kemahiran di Institut Perguruan Raja Melewar dapat menarik minat guru pelatih terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Dalam Kajian Foh & Mazlan (2001) yang mengkaji tentang keberkesanan pelaksanaan kaedah pembelajaran masteri di sebuah Maktab Perguruan Kent, Tuaran, mendapati pembelajaran masteri sangat berkesan dan mendapati peningkatan terhadap pengajaran mereka. Mengkaji tentang penulisan objektif pelajaran terhadap guru pelatih dimaktab tersebut dan setelah kajian dijalankan didapati peningkatan 64.5% guru-guru pelatih menulis objektif pembelajaran dengan betul berbending hanya 9.5% sebelumnya. Ciri tingkahlaku pula telah mencapai 80.5% berbanding hanya 9.5% sebelum kajian.

Zaleha Endot (2007) dalam kajiannya tentang pendekatan demontrasi terhadap 20 orang pelatih KPLI Institut Perguruan Raja Melewar. Tujuan kajiannya adalah untuk meningkatkan kemahiran menjahit di kalangan pelatih tersebut. Hasil kajian mendapati peningkatan ketepatan jenis jahitan  (100%), Memulakan dan mematikan jahitan (90%),  Saiz mata jahitan (95%)  dan kekemasan jahitan (95%). Kesemua keputusan hasil kajian (Ujian Pos) telah menepati kriteria sebagai jahitan yang sempurna.

Rahim Jarawi & Jacob George (2004) talah menjalankan kajian tindakan terhadap 10 orang murid perempuan tahun 5 mendapati kaedah demontrasi atau tunjuk cara  amat berkesan dalam penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini mendapati 90% daripada pelajar telah mengalami peningkatan tinggi berbanding hanya 10% mengalami peningkatan sederhana. Hasil kajian soal selidik mendapati 90% pelajar bersetuju dengan kaedah demontrasi.

 2.5     Kajian Lepas Luar Negeri

Menurut kajian Keeves (2000) penggunaan model dalam pembelajaran menggalakkan pelajar membuat konstruksi terhadap isi kandungan yang dipelajari. Dengan pembelajaran yang melibatkan mata, tangan, telinga dan minda adalah lebih berkesan daripada pembelajaran melalui pandangan sahaja. Semasa pembelajaran, pelajar mempunyai peluang untuk setiap langkah proses konsep dan tunjuk ajar guru. Pembelajaran melalui pengelihatan, pendengaran dan pengetahuan lebih mencetuskan idea dan minda pelajar dan menggalakkan pelajar membuat pertimbangan.

          Dalam kajian Wynne (2001) didapati bahawa penggunaan alat Bantu mengajar model dalam pengajaran boleh meningkatkan pemahaman pelajar dalam mempelajari genetic. Kajian ini dilakukan dalam tempoh sembilan minggu dan seramai 19 orang pelajar menyertai kursus ini dengan mula-mula model digunakan sebagai alat bantu mengajar untuk membantu golongan pelajar ini dalam mengulangkaji tentang kedua-dua proses jenis pembahagian sel dan diberi tunjuk cara dalam pengiraan Hukum Model. Selepas itu, mereka diberi soalan dan golongan pelajar ini didapati berupaya menyelesaikan pengiraan yang melibatkan pindah silang mengenai proses meiosis dengan betul melalui pengiraan model, mereka didapati memahami organel kromosom dengan dan  dapat meningkat setiap bahagian kromosom dengan jelas. Selain itu, mereka juga dapat menghubungkait konsep antara Hukum Model dengan proses meiosis.

Menurut Williams G. dan Reeve T. (2003) penggunaan alat Bantu mengajar seperti gambarajah bercetak, kad berwarna dan Power Point dapat menambahkan minat dan kefahaman pelajar dalam topik tenaga dalam mata pelajaran Fizik. Williams dan Reeve juga menyatakan bahawa penggunaan gambar akan menyebabkan situasi pengajaran dan pembelajaran menjadi realitic.

Menurut Trouche (2003) kombinasi antara kerja “Kertas-Pensel” dan penggunaan kalkulator dalam menyelesaikan matematik membolehkan para pelajar terlibat secara aktif dalam kelas. Apabila seseorang pelajar dihantar ke depan untuk menyelasaikan masalah matematik di papan tulis, pelajar-pelajar yang lain dapat menggunakan kalkulator untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jadi, setiap kali aktiviti penyelesaian masalah, jawapan dapat dibincangkan antara guru, pelajar yang menjawab di papan tulis dan semua murid yang menjawab dengan menggunakan kalkulator. Kajian Trouche (2003) adalah mengenai penggunaan kalkulator symbol dalam mambantu murid menyelesaikan masalah-masalah yang kompleks dalam tajuk prakalkulus, kalkulus dan al-jabar.
2.6      Kerangka Konseptual Kajian
Perancangan P & P
Topik dan Objektif

Perlaksanaan P & P ( Pertama)
( Model Proses Pembelajaran Masteri)
Perlaksanaan P & P ( Kedua)
( Model Proses Pembelajaran Masteri)

Pemulihan
Pengayaan
Penilaian
(Ujian Pra, Pasca dan soal selidik)
Persepsi
Pencapaian
Rajah 2.4 : Kerangka Konseptual Kajian
Sumber :  Pusat Perkembangan Kurikulum (2005)






2.7      Kesimpulan

Pada keseluruhannya, bab ini telah membincangkan tentang sorotan  kajian yang telah dilaksanakan oleh para penyelidik terdahulu sama ada kajian dalam atau luar negeri. Bab ini juga telah membincangkan teori-teori yang berkaitan dengan kajian ini. Selain itu, model-model pengajaran terutama pengajaran yang berkaitan dengan kajian ini.




















BAB 3


METODOLOGI KAJIAN



3.1      Pengenalan

Perbincangan dalam bab ini menjurus kepada kaedah kajian yang akan dilaksanakan. Topik perbincangan berfokus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah kajian seperti rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, dan penganalisaan data. Untuk memperolehi hasil yang sahih dan tepat, kajian yang dijalankan di sekolah akan menjurus kepada setiap aspek yang dibincangkan.

3.2      Rekabentuk  Kajian

Dakam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan penyelidikan eksperimen. Kaedah eksperimen merupakan satu rancangan penyelidikan yang dijalankan untuk menentukan kesan sesuatu olahan (Mohd. Majid Konting,2000). Pendekatan ini adalah menguji hipotesis berbanding keberkesanan aktiviti penghasilan “Master Jahitan” manakala kajian berbentuk quantatif bagi mengkaji persepsi pelajar sebelum dan selepas aktiviti penghasilan “Master Jahitan” berbanding hanya menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa.

Sampel akan dibahagikan kepada dua iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan manakala ujian akan diberikan kepada kadua-dua kumpulan ini (Khalid,2003). Dalam kaedah penyelidikan eksperimen, terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan adalah kumpulan pelajar yang diajar menggunakan kaedah “Master Jahitan” bagi topik ‘Pakaian’ manakala kumpulan kawalan diajar tanpa menggunakan kaedah “Master Jahitan” tetapi hanya menjalani pengajaran dan pembelajaran biasa.

Kajian ini juga menggunakan reka bentuk kajian kuantatif untuk mendapatkan maklumat tentang status serta hubungan pengaplikasi bahan  bantu mengajar terhadap minat dan pencapaian pelajar. Bagi menerangkan keadaan semasa sesuatu fenomena yang sedang berlaku mendapatkan penjelasan yang sempurna serta meneroka bidang yang belum dikaji untuk mendapatkan maklumat yang tepat, kajian diskriptif digunakan.
3.3      Populasi dan Persampelan

3.3.1  Populasi

Populasi boleh didefinisikan sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang tertentu ke atas kumpulan individu atau objek (Mohd. Majid Konting,2000). Menurut Khalid (2003) populasi merupakan objek cerapan yang mempunyai ciri atau sifat yang sama serta boleh diukur. Populasi diperlukan dalam penyelidikan kerana padanya berlaku interaksi antara dua atau lebih pembolehubah yang perlu perhatian atau penyelesaian, yang dikenali sebagai masalah kajian. Populasi kajian ini ialah pelajar tingkatan empat Ekonomi Rumah Tangga (ERT) di SMK Sri Nangka, Tuaran Sabah.

3.3.2  Sampel

Penggunaan sampel akan mengurangkan kos, tenaga dan masa penyelidikan. Maklumat yang didapati boleh diperolehi dengan segera tanpa menimbulkan tentangan daripada pihak-pihak tertentu ( Mohd. Majid Konting, 2000). Persampelan ialah proses mengambil sejumlah individu atau objek dari populasi. Sampel dari Tingkatan 4 ERT A1  dipilih sebagai kumpulan kawalan manakala sampel dari Tingkatan 4 ERT A2  dipilih sebagai kumpulan rawatan. Pemilihan sampel ini adalah berdasarkan kepada analisa keputusan  peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mata pelajaran ERT.

Sampel kajian pengkaji telah ambil adalah dari pelajar Tingkatan 4 ERT SMK . Pelajar seramai 40 orang yang mana kesemua pelajar ialah pelajar perempuan. Kesemua pelajar ini bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2009.



JENTINA
TINGKATAN

LELAKI

PEREMPUAN

JUMLAH

4 ERT A1

3 Orang

17 Orang

20 Orang

4 ERT A2

0 Orang

20 Orang

20 Orang

4 ERT

0 Orang

40 Orang

40 Orang

Jadual 3.1 :  Bilangan Persampelan





3.4      Instrumen Kajian

Kajian ini mengemukakan instrumen yang digunakan adalah berbentuk kaedah kuantitatif. Melalui kaedah ini ujian pra dan ujian pos dijalankan bagi melihat pencapaian akademik pelajar-pelajar yang diambil sebagai responden. Begitu juga dengan borang kaji selidik adalah menggunakan kaedah kuantitatif.

      i.        Ujian Pra – Pasca

Ujian diambil sebanyak dua kali iaitu ujian pra dan ujian pasca, sebanyak dua set ujian telah dibina bagi melihat pencapaian kemahiran pelajar.  Ujian Pra dijalankan sebelum penggunaan “Master Jahitan” dilaksanakan  manakala Ujian Pasca dijalankan selepas dua minggu penggunaan Master Jahitan terhadap kumpulan rawatan. Penyelidik akan mengadakan ujian pra ke atas sampel untuk mengenal pasti  tahap kemahiran menjahit kelim belah kangkung dan jahit lisu pemadan cembung.

Sebanyak empat jenis kriteria telah ditetapkan oleh pengkaji untuk menentukan tahap kemahiran menjahit di kalangan pelajar iaitu jenis-jenis jahitan, memula dan mematikan jahitan, saiz mata jahitan dan kekemasan jahitan ( Lampiran A dan B ). Manakala ujian pos dijalankan selepas dua minggu  pendekatan kaedah “Master Jahitan” digunakan ke atas pelajar. Kriteria yang diuji sama dengan kriteria ujian pra.
         
     ii.        Borang Kaji Selidik

Kajian ini menggunakan Soal Selidik sebagaimana sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan. Instrumen ini digunakan adalah untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dengan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Segala arahan dan soalan yang diberi dalam soal selidik adalah piawaian yang serupa kepada responden yang dikaji. Penggunaan skala likert adalah bentuk yang paling sesuai untuk kajian ini. Pangkaji menggunakan skala ini bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Borang soal selidik diedarkan kepada semua pelajar setelah sesi pengajaran dan pembelajaran ini berakhir. Set borang kaji selidik ini digubal bagi melihat kesediaan dan penerimaan serta persepsi pelajar tarhadap bahan bantu “Master Jahitan” dalam pengajaran Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4. Soalan-soalan yang diberikan mempunyai strategi yang tertentu serta tersusun untuk ditadbir kepada responden.  Borang Kaji Selidik jenis skala likert ini mengandungi dua bahagia iaitu Bahagian A dan B. ( Lampiran C )



Bahagian A : Latar Balakang Pelajar

Bahagian ini mengandungi maklumat tentang diri pelajar yang mana terdapat item-item seperti jantina, umur dan agama.

Bahagian B : Persepsi pelajar terhadap penggunaan “Master Jahitan” dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik “Pakaian” bagi subjek Ekonomi Rumah Tangga tingkatan 4.

Bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas terhadap kesesuaian penggunaan “Master Jahitan” dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Ekonomi Rumah Tangga. Selain itu, bahagian ini juga bertujuan untuk mengesan pencapaian akademik pelajar sama ada meningkat atau sebaliknya setelah sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir.

3.5      Prosedur Kajian

Sebagai panduan kepada pengkaji, prosedur kajian telah disediakan untuk mengelakkan keciciran dalam kajian ini. Prosedur kajian ini disediakan adalah untuk memastikan segala pelaksanaan kajian dapat dijalankan dengan sistematik dan lancar. Prosidur kajian ini juga bertujuan untuk mengalakkan segala kesilapan berlaku sepanjang kajian dijalankan. Bagi melaksanakan kajian ini penyelidik telah menentukan tatacara kerja yang akan dilakukan seperti berikut:

Minggu
Tindakan
 Pertama
(26 Julai 2008)
Menentukan tajuk yang ingin dikaji dan jenis produk yang sesuai untuk tajuk yang dipilih. Penyelidik mengumpul maklumat dari perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kent, Tuaran, Perpustakaan Negari Sabah, Cawangan Tuaran, Cawangan Kota Kinabalu dan bahan-bahan dari Internet.
Keempat
( 18 Ogos 2008)

Penyelidik menyediakan kertas cadangan penyelidikan.
Keenam
( 06 September 2008)
Penyelidik menulis bab 1, bab 2, bab 3 dan bab 4 beserta borang soal selidik dan ujian pra dan pos.

Penyelidik menghantar bab 1, bab 2, bab 3, dan 4 beserta borang soal selidik dan ujian pra dan pos.
Semester Kedua
Pertama
( 05 jan 2009 )     
Penyelidik memohon kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan kajian ini berserta surat dari pihak sekolah pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Kedua
( 13 Jan 2009 )

Penyelidik meminta kesahan borang dan soalan ujian daripada Ketua Panitia / Ketua Bidang Teknik dan Vokasional.
Ketiga
( 19 Jan 2009 )
Penyelidik melakukan kajian yang sebenar di SMK Sri Nangka, Tuaran, Sabah.
Keenam
( 09 Feb 2009 )
Penyelidik membuat penganalisisan data dengan menggunakan perisian komputer iaitu Statistical for Sosial Scirnces.
Kesembilan
( 02 Mac 2009 )
Menulis laporan akhir dan proses penjilidan.

Jadual 3.2 : Prosedur Kajian

3.6      Analisa Data

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan bantuan perisian komputer yang iaitu Statistik Package for Sosial Sciences 16.0 for Windows bagi mengutip data yang telah diperolehi iaitu hasil dari ujian pra dan ujian pos serta borang kaji selidik. Terdapat dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar yang diwakili oleh pencapaian akademik pelajar melalui ujian pra dan ujian pos manakala pembolehubah tidak bersandar ialah pengunaan “Master Jahitan” melalui borang kaji selidik. Statistik yang digunakan untuk analisis data adalah seperti berikut:

Hipotesis
Pernyataan Hipotesis
Ujian




Tidak terdapat perbezaan dalam ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan
Ujian t


Tidak terdapat perbezaan dalam ujian pos bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
Ujian t




Tidak terdapat perbezaan dalam ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan
Ujian t

Jadual 3.3: Analisa data untuk menguji hipotesis






3.8      Kesimpulan

Secara amnya, bab ini telah membincangkan tentang kaedah yang digunakan dalam kajian ini. Menerusi bab ini, penyelidik cuba menggambarkan perjalanan kajian ini dengan jelas. Tajuk-tajuk yang telah disenaraikan dalam bab ini ialah seperti rekabenduk kajian, populasi dan persampelan, instrumen, kaedah pengumpulan data dan analisa data. Metodologi ini memberi panduan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian seperti mana yang telah dirancang untuk mancapai kajian yang dihasratkan.


















BAB 4


PROTOTAIP



4.0      Pengenalan

Pada bahagian ini penyelidik membincangkan tentang pembangunan dan isi kandungan produk yang dihasilkan oleh penyelidik. Setiap penghasilan bahan akan dinyatakan. Diharapkan aktiviti penghasilan dan penggunaan bahan bantu tersebut akan dapat diperluaskan terutama dalam mata pelajaran yang menjalankan aktiviti praktikal terutama bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4.




4.1      Bahan / Alatan

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk membina sampel jahitan:

      i.       
Fabrik
     ii.        Benang
    iii.        Jarum tangan
   iv.        Pembaris
    v.        Alat penetas jahitan
   vi.        Kapur penanda
  vii.        Pita pengukur
 viii.        Gunting

4.2      Cara Membuat
            4.2.1  Proses Menyediakan Lisu Pemadan cekung
           

Langkah 1:
Tandakan kedudukan lisu pemadan.

Langkah 2 :
·         Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garis pemadan.
·         Pastikan kedua-dua garis pemadan bertemu.
·         Semat dengan teliti dan jelujur.

Langkah 3 :
·         Jahit mesin lisu pemadan dan bahagian yang lebar ke bahagian tirus.
·         Jahit dua hingga tiga mata jahitan yang akhir di atas lipatan fabrik untuk mengelakkan gelembung pada hujung lisu.
·         Kemaskan hujung benang dengan menyusupkannya di antara mata jahitan.


Langkah 4 :
·         Tekan lisu pemadan di pinggang menghala ke G.T.H.



4.2.2   Proses Menjahit Kelim Belah Kangkung


Langkah 1 :
·         Temukan sebelah luar fabrik
·         Padankan garis pemadan
·         Semat dan jahit jelujur
·         Jahit mesin tepat pada garis pemadan

Langkah 2 :
·         Cabut jelujur.
·         Tekan kelim supaya terbuka dan ratakan dengan seterika.


4.3      Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran  dalam menjalankan  kaedah Master Jahitan ini dianggarkan selama dua minggu iaitu sebanyak dua pertemuan.

4.3.1  Minggu Pertama (Pertemuan Pertama)

Pertemuan pertama guru hanya memperkenalkan tajuk dan membuat tunjuk cara (Demontrasi) kepada pelajar dan seterusnya memastikan pelajar menguasai keseluruhan tajuk.
Proses pengajaran dan pembelajaran pada pertemuan pertama :
Pelajar yang faham
Guru membahagikan pelajar kepada dua
Soaljawab pelajar/guru
Penerangan & Demontrasi
Isi Pelajaran : Asas Jahitan
Membuat aktiviti menjahit model contoh-contoh jahitan asas
Pelajar kurang faham
 Guru mengulangi pelajaran Asas Jahitan
 











Rajah 4.1 : Proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada pertemuan yang pertama.

     i.        Guru memperkenalkan tajuk serta topic yang hendak dipelajari kepada pelajar. Isi pelajaran ialah Asas-asas jahitan yang mengandungi pelbagai jenis taknik jahitan.
   ii.        Guru mempamerkan bahan bantu ( Contoh-contoh pelbagai jenis jahitan) kepada pelajar.
  iii.        Pelajar melihat contoh jahitan serta cuba untuk memahami proses pembuatannya.
  iv.        Guru membuat demontrasi cara-cara/ langkah-langkah melakukan jahitan tersebut.
    v.        Pelajar bersoaljawab dengan guru tentang jahitan tersebut dan cuba untuk memahami teknik pembuatan jahitan tersebut.
  vi.        Guru membahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang telah faham boleh memulakan jahitan mereka dan kumpulan yang belum memahami guru cuba menjelaskan semula isi pelajaran tersebut kepada mereka.

4.3.2  Minggu Kedua (Pertemuan Kedua)

Pada proses pengajaran dan pembelajaran minggu kedua ini guru memperkukuhkan kemahiran pelajar melakukan jahitan. Hasil kerja pelajar pada minggu pertama akan dinilai dengan pemerhatian guru sendiri. Pelajar yang belum menguasai kemahiran tersebut akan dikehandaki melakukan semula dengan tunjuk ajar dari guru. Setelah membuat penilaian semula dan pelajar tersebut dapat melakukan dengan sempurna akan terus kepada penghasilan projek yang sebenar.

Membuat penilaian terhadap hasil kerja pelajar minggu lalu
Proses pengajaran dan pembelajaran minggu kedua:
Hasil kerja baik
Guru membahagikan hasil pelajar kepada dua
Menilai semula
Membantu pelajar yang belum menguasai
Memulakan projek pakaian untuk SPM 2009








Hasil kerja kurang baik

( Guru membantu semula)
 











Rajah 4.2 : Proses pengajaran dan Pembelajaran pada pertemuan yang kedua.






4.4      Kebaikan Produk

Produk yang dimaksudkan ialah satu set kaedah pembelajaran berserta dengan penggunaan contoh produk. Kaedah “Master Jahitan” memerlukan contoh yang mawujud sebagai panduan kepada pelajar. Bahan bantu ini akan menjadi panduan secara langsung kepada pelajar selain daripada penerangan secara demontrasi dari guru. Kebaikan penggunaan bahan ini ialah:

      i.        Penggunaan Yang Maksimum
Bahan ini adalah mudah alih kerana penggunaan benang pada fabrik boleh ditanggalkan pada bila-bila masa. Bahan ini boleh digunakan berulang kali dengan mengeluarkan benang pada fabrik. Fabrik yang telah dibersihkan benang tadi boleh digunakan untuk percubaan yang seterusnya.
     ii.        Kos Rendah
Bahan-bahan yang diperlukan adalah murah dan mudah didapati. Bahan-bahan tersebut boleh didapati kerana kebanyakan bahan-bahan tersebut adalah bahan kitar semula. Ia juga merupakan bahan-bahan asas dalam rumah tangga.
    iii.        Tahan Lama
Bahan-bahan yang digunakan adalah tahan lama dan tidak mudah rosak. Ia boleh disimpan sebagai rujukkan untuk masa yang panjang.

4.5      Kesimpulan

Pada kesimpulannya, bab ini telah membincangkan proses pembinaan bahan bantu mengajar. Perkara yang penting dalam perbincangan ini ialah bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dijalankan selain dari langkah-langkah membina bahan contoh jahitan.





















BAB 5


DAPATAN KAJIAN



5.1      Pengenalan

Bab ini, penyelidik akan membentangkan dengan lebih terperinci tentang dapatan data yang diperolehi hasil daripada Ujian Pra, Ujian Pasca dan Borang Kaji selidik yang dikutip daripada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Data yang dikutip akan dianalisis dengan menggunakan perisian  Statistical Packages For the Social Science (SPSS) 15.0 for windows. Seterusnya bab ini akan menguji hipotesis 1, hipotesis 2 dan hipotesis 3.

5.2        Maklumat Responden.

Responden kajian terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan 4 iaitu seramai 3 orang lelaki ( 15% ) dan 17 orang pelajar perempuan  ( 85% ).  Pelajar yang diambil merupakan 4 ERT A2 di sekolah berkenaan.

Jadual 5.1: Peratus Pecahan Jentina bagi kumpulan Rawatan.

Responden
Frequency
Percent
Valid Percent
Cumulative Percent
Valid
Lelaki
3
15,0
15,0
15,0

Perempuan
17
85,0
85,0
100,0

Total
20
100,0
100,0




5.3        Analisis Data Ujian Pra dan Pasca

Berdasarkan kepada jumlah markah ujian pra dan ujian pasca yang diperoleh oleh pelajar dalam kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan, didapat beberapa peningkatan jumlah markah markah yang diperolehi oleh kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan setelah penggunaan kaedah Master Jahitan. Beza antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dapat ditunjukkan dalam jadual 5.2 dan 5.3 di bawah. Manakala perbandingan min markah pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dapat diringkaskan dalam Jadual 5.4.

Jadual 5.2: Markah Ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan
ID
PRA
PASCA

BEZA
Kawalan1
37
41
4
Kawalan 2
43
46
3
Kawalan 3
44
48
4
Kawalan 4
46
49
3
Kawalan 5
27
32
5
Kawalan 6
57
59
2
Kawalan 7
50
53
3
Kawalan 8
40
46
6
Kawalan 9
38
42
4
Kawalan10
40
45
5
Kawalan 11
52
55
3
Kawalan 12
32
39
7
Kawalan 13
63
68
5
Kawalan 14
64
66
2
Kawalan 15
47
52
5
Kawalan 16
56
59
3
Kawalan 17
47
49
2
Kawalan 18
41
46
5
Kawalan 19
52
54
2
Kawalan 20
35
40
5
20
20
20

Purata Keseluruhan
45,55
49,45
6.15







Jadual 5.3: Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Bagi Kumpulan Rawatan
ID
PRA
PASCA

BEZA
Rawatan 1
40
70
30
Rawatan 2
38
65
27
Rawatan 3
42
67
25
Rawatan 4
35
56
21
Rawatan 5
40
70
30
Rawatan 6
41
73
32
Rawatan 7
29
59
30
Rawatan 8
45
78
33
Rawatan 9
35
65
30
Rawatan 10
38
68
30
Rawatan 11
42
82
40
Rawatan 12
41
80
39
Rawatan 13
40
79
39
Rawatan 14
42
80
38
Rawatan 15
25
63
38
Rawatan 16
51
92
41
Rawatan 17
40
79
39
Rawatan 18
63
95
32
Rawatan 19
60
98
38
Rawatan 20
55
96
41
20
20
20

Purata Keseluruhan
42,10
75,75
33.65

Jadual 5.4: Perbandingan skor Min markah pelajar dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca di antara Kumpulan Kawalan dan Lumpulan Rawatan.
                                                                             

 
Kawalan
 
Kawalan

KUMPULAN
N
Mean
Std. Deviation
Std. Error Mean
PRA

Rawatan
20
42,10
9,262
2,071
 
20
45,55
9,875
2,208
PASCA

Rawatan
20
75,75
12,388
2,770
 
20
49,45
9,058
2,025


Berdasarkan min markah pada jadual  5.4 didapati bahawa markah bagi ujian pra min bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan masing-masing 42.10 dan 45.55 yang mana beza kedua-dua kumpulan adalah 3.45. Manakala bagi ujian pasca, min kumpulan rawatan mencatatkan markah sebanyak 75.75 dan kumpulan kawalan mencatatkan min markah sebanyak 49.45 dengan perbezaan yang jelas sebanyak 26.30.

5.4        Analisis Data Hipotesis

5.4.1     Hipotesis nul 1:
Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam ujian pra dan pasca bagi kumpulan rawatan.  

Jadual 5.5: Keputusan Ujian-t untuk perbezaan skor min ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan.
Kumpulan Rawatan
Min
Bilangan Subjek
Sisihan Piawai
Nilai t




df



Nilai
P
Pair 1
PRA
42,10
20
9,262


-25.878


19
.00

PASCA
75,75
20
12,388
Aras Signifikan P<0.05



Jadual di atas menunjukkan keputusan ujian-t berpasangan di mana min bagi ujian pra ialah 42.10 dan min bagi ujian pasca ialah 75.75. Beza min antara kedua-dua ujian ini ialah 33.65. Dapatan menunjukkan (t=-25.878, df=19,P<0.05). Berdasarkan analisis yang telah dibuat, nilai ujian-t dalam jadual 5.5 adalah signifikan kerana di bawah aras keertian 0.05. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan skor min antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan. Oleh yang demikian, hipotesis nul yang pertama ditolak.  Nilai positif pada ujian-t menunjukkan pencapaian responden kumpulan rawatan yang menunjukkan skor 75.75 adalah lebih tinggi berbanding dengan skor min ujian pra iaitu 42.10. Peningkatan yang ini adalah disebabkan oleh pelajar semakin mahir dalan kemaihran menjahit setelah perlaksanaan kaedah Master Jahitan yang telah dibangunkan oleh penyelidik. Maka, dapat disimpulkan bahawa wujud perbezaan yang signifikan skor min antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan selepas perlaksanaa kaedah Master Jahitan.
  
5.4.2     Hipotesis nul 2:  
Tidak terdapat perbezaan Skor Min yang signifikan dalam ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan kumpulan  Kawalan.

Bagi melihat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar kumpulan rawatan yang telah menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Master Jahitan dengan pelajar kumpulan kawalan yang tidak menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Master Jahitan, penyelidik telah menggunakan Statistik Ujian-t iaitu dengan melihat perbezaan skor antara ujian pra dengan ujian pasca untuk membandingkan pencapaian pelajar dalam topic Kerja Kursus Jahitan antara pelajar yang telah menjalani kaedah Master Jahitan dengan pelajar yang tidak menjalani kaedah Master Jahitan iaitu antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.

 Berdasarkan keputusan analisis yang diperoleh mewujudkan terdapat perbezaan tahap pengusaan pelajar rawatan selepas didedahkan dengan kaedah Master Jahitan. Keputusan analisis perbezaan ini mencatatkan (sig=0.000, p<0.05). Oleh itu, hipotesis nul 2 yang menyatakan Tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan dalam ujian pos bagi kumpulan rawatan dan kumpulan  Kawalan adalah ditolak. Keputusan analisis perbezaan ini boleh ditunjukkan pada Jadual 5.6 di bawah.









Jadual 5.6: Ujian t Sampel Bebas bagi kumpulan kawalan dan rawatan Ujian Pra dan Ujian Pasca.
  
         
 
 


Levene's Test for Equality of Variances
t-test for Equality of Means
F
Sig.
t
df
Sig. (2-tailed)
Mean Difference
Std. Error Difference
95% Confidence Interval of the Difference
Lower
Upper
PRA
Equal variances assumed
,592
,446
-1,140
38
,262
-3,450
3,027
-9,579
2,679
Equal variances not assumed


-1,140
37,845
,262
-3,450
3,027
-9,579
2,679
PASCA
Equal variances assumed
2,583
,116
7,664
38
,000
26,300
3,432
19,353
33,247
Equal variances not assumed


7,664
34,800
,000
26,300
3,432
19,332
33,268
* Signifikan pada p<0.05

5.5        Analisis Borang Soal Selidik

Bagi mengenal pasti tahap pencapaian dan min responden semasa menggunakan kaedah Master Jahitan, responden telah diminta membuat penilaian dengan menggunakan boring kaji selidik terhadap sikap mereka dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT) khususnya dalam topik Jahitan.




Dalam borang kaji selidik ini, terdapat dua bahagian iaitu bahagian A ialah maklumat tentang responden manakala bahagian B adalah bertujaun untuk mengenalpasti minat dan keberkesanan kaedah yang digunakan dalan kajian ini. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan skala likert bagi mengukur keberkesanan kaedah Master Jahitan serta minat pelajar terhadap kaedah ini.

Jadual 5.7: Petunjuk aras bagi penilaian sikap dan minat pelajar terhadap kaedah Master Jahitan dengan menggunakan skala likert.


Perkara

Singkatan

Skor

Sangat Tidak Setuju

STS

1

Tidak Setuju

TS

2

Tidak Pasti

TP

3

Setuju
S


4
Sangat Setuju
SS

5








Jadual 5.8 :  Min dan Sisihan Piawai mengikut skala bagi setiap soalan dalam borang kaji selidik.


                                                          Descriptive Statistics


N
Minimum
Maximum
Mean
Std. Deviation
S1
20
2
5
3,90
1,165
S2
20
2
5
4,05
,999
S3
20
3
5
4,65
,745
S4
20
4
5
4,55
,510
S5
20
4
5
4,45
,510
S6
20
4
5
4,40
,503
S7
20
4
5
4,45
,510
S8
20
3
5
4,15
,875
S9
20
4
5
4,55
,510
S10
20
4
5
4,55
,510
S11
20
4
5
4,55
,510
S12
20
4
5
4,75
,444
S13
20
3
5
4,70
,571
S14
20
4
5
4,85
,366
S15
20
4
5
4,75
,444
Valid N (listwise)
20







Jadual 5.9: Skala Pengujian Min Jawapan Responden



Tahap

Rendah

Sederhana

Tinggi

Skor

1.00-2.33

2.34-3.66

3.67-5.00


                             Sumber : Azizi Yahaya dan Hii Ching Ling (2005)










Jadual 5.10: Peratus dan min  mengikut skala bagi setiap soalan dalam Borang Kaji Selidik.



Bil

Kandungan

%  Kekerapan

Min

Tahap
SS

S
TP
TS
STS
1
Adakah anda setuju bahawa pngajaran dan pembelajaran dengan Kaedah “Master Jahitan” membantu anda menjahit pakaian dengan kemas?

40

30

10

20

0

3.90

Tinggi
2

“Master Jahitan” sangat sesuai digunakan untuk melatih anda memahirkan diri dalam asas jahitan.

40

35

15

10

0


4.05

Tinggi
3
Adakah bersetuju bahawa dengan latihan melalui “Master Jahitan, anda mengetahui banyak asas jaihtan?

80

5

15

0

0

4.65

Tinggi
4
Adakah anda bersetuju bahawa penggunaan “Master Jahitan” dapat meningkatkan kafahaman dan pengetahuan dalam topik Pakaian Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4?

55

45

0

0

0

4.55

Tinggi
5
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan “Master Jahitan” memudahkan anda melakukan ujian praktikal/amali.

45

55


0

0

0

4.45

Tinggi
6
Adakah anda bersetuju “Master Jahitan” dapat membantu anda belajar dengan lebih berkesan.?

40

60

0

0

0

4.40

Tinggi
7
“Master Jahitan” sangat sesuai digunakan dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.

45

55

0

0

0

4.45

Tinggi
8
Adakah anda bersetuju penggunaan “Master Jahitan” juga sesuai diaplikasikan dalam subjek lain?

45

25

30

0

0

4.15

Tinggi
9
Penggunaan “Master Jahitan” dapat meningkatkan minat anda dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.


55

45

0

0

0

4.55

Tinggi
10
Adakah anda bersetuju aktiviti kaedah “Master Jahitan” di dalam kelas adalah aktiviti menyeronokkan?

55

45

0

0

0

4.55

Tinggi
11
Anda amat berpuas hati dengan kaedah “Master Jahitan”.

55

45

0

0

0

4.55

Tinggi
12
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran “Master Jahitan” membuatkan saya bertambah yakin dengan projek SPM 2009 bagi mata pelajaran ERT.

75

25

0

0

0

4.75

Tinggi
13


Saya faham akan penghasilan kaedah “Master Jahitan”



75

20

5

0

0

4.70

Tinggi
14
Saya tahu membuat latihan sendiri dengan menggunakan kaedah “Master jahitan”

85

15

0

0

0

4.85

Tinggi
15

Adakah anda bersetuju contoh bahan hasil  “Master Jahitan” merupakan bahan rujukan yang sesuai bagi projek pakaian untuk SPM 2009?

75

25

0

0

0

4.75

Tinggi


Berdasarkan pada jadual 5.10 di atas, ternyata persepsi responden terhadap kaedah Master Jahitan adalah sangat baik.  Dengan menggunakan skala pengujian min seperti yang ditunjukkan dalam jadual 5.4 mendapati bahawa min yang terendah ialah 3.90 dan min tertinggi ialah 4.80. Oleh itu, kedudukan min terendah adalah berada di tahap tinggi. Dengan dapatan yang telah diperoleh dari soalan kaji selidik ini mendapati keberkesanan dan perkaitan signifikan terhadap peningkatan markah ujian pasca adalah kerana keberkesanan kaedah Master Jahitan tang telah dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran penyelidik.


5.5.1     Hipotesis nul 3 :
Tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara kaedah Master Jahitan dengan minat pelajar dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.

Untuk melihat perkaitan antara perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan Kaedah Master Jahitan  bagi kumpulan rawatan analisa Korelasi Pesrson telah dijalankan. Terdapat dua item yang telah dikaji antaranya ialah item soalan 4 soal selidik iaitu mengenai peningkatan kefahaman dan pengetahuan pelajar setelah menggunakan kaedah Master Jahitan. Dengan kefahaman dan pengetahuan yang mereka ada, telah mendorong mereka menjadi minat belajar topic Pakaian dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.

Selepas pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Master Jahitan  terdapat perkaitan yang positif dan signifikan antara minat pelajar dengan perlaksanaan Kaedah Master Jahitan sebagai media pengajaran dan pembelajaran dalam topic Pakaian bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga. Keputusan analisis perkaitan telah mencatatkan (r=0.394,p<0.05). Maka dengan keputusan ini, hipotesis nul 3 yang menyatakan  tidak terdapat perkaitan yang signifikan antara kaedah Master Jahitan dengan minat pelajar dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga ditolak. Keputusan analisis Korelasi Pearson ini dapat dirujuk pada jadual 5.11 di bawah.



Jadual 5.11: Jadual Korelasi Pearson antara minat pelajar terhadap penggunaan Kaedah Master Jahitan dalam Topik Pakaian bagi mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.

 

N
 
N



Soalan : 4

Adakah anda bersetuju bahawa penggunaan “Master Jahitan” dapat meningkatkan kafahaman dan pengetahuan dalam topik Pakaian Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4?

Soalan 9:

Penggunaan “Master Jahitan” dapat meningkatkan minat anda dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.


Soalan 4:

Adakah anda bersetuju bahawa penggunaan “Master Jahitan” dapat meningkatkan kafahaman dan pengetahuan dalam topik Pakaian Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 4?


Pearson Correlation

Sig. (2-tailed)

1
.

,394(**)

,086
 

20

20

Soalan : 9

Penggunaan “Master Jahitan” dapat meningkatkan minat anda dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga.


Pearson Correlation

Sig. (2-tailed)

,394(**)

,086

1
.
 

20

20
** Aras Signifikan Korelasi 0.01 (2-hala)




BAB 6


RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN



6.1      Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang rumusan untuk keseluruhan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik. Dalam bab ini penyelidik akan merumus tentang pendekatan kajian yang digunakan, masalah yang dihadapi, implikasi dapatan kajian, dan cadangan untuk kajian lanjutan bagi mempertingkatkan lagi kualiti pengisian produk yang dibangunkan.

Penyelidik juga akan membincangkan secara terperinci tentang keseluruhan dapatan kajian dan seterusnya merumuskan hasil dapatan kajian ini. Dalam bab ini juga, penyelidik akan membentangkan  cadangan untuk kajian lanjutan.

6.2      Rumusan

Hasil analisis dapatan kajian yang telah dibuat dalam bab 5, Skor pencapaian antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan telah mencatatkan pencapaian yang positif setelah menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Master Jahitan yang mana skor min bagi ujian pra ialah 42.10 dan skor min bagi ujian pasca ialah 75.75. Peninggkatan yang ketara ini telah menghasilkan satu keputusan iaitu (t=-25.878, df=19,P<0.05) setelah  ujian-t  sample berpasangan dijalankan ke atas kedua-dua keputusan ujian pra dan ujian pasca. Nilai signifikan dalam ujian ini ialah di bawah keertian 0.05. Ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dan skor min ujian pasca bagi kumpulan rawatan. Maka dengan itu, hipotesis yang pertama yang menyatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dan skor min ujian pasca bagi kumpulan rawatan adalah ditolak. .  Perbezaan antara skor min ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan yang tinggi menunjukkan pencapaian kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah Master Jahitan lebih baik berbanding dengan pengajaran dan pembelajaran tradisonal.  Secara tidak langsung ia menunjukkan keberkesanan penggunaan Master Jahitan  ini perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Ekonomi Rumah Tangga.

Skor min pencapaian bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan telah mencapai peningkatan dalam ujian pra dan ujian pasca selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Walaupun skor min dalam ujian pasca kedua-dua kumpulan telah menunjukkan peningkatan, namun peningkatan yang amat ketara telah berlaku pada kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Hasil analisis Ujian-t sampel tak bersandar yang digunakan juga menunjukkan perbezaan skor min ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan ialah 75.75 dan nilai signifikan ialah 0.00. Nilai ini adalah signifikan pada aras signifikan P < 0.05. Oleh yang demikian, hipotesis nul pertama yang menyatakan Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ujian pos bagi kumpulan rawatan dan kumpulan  Kawalan adalah ditolak. Skor min ujian pasca kumpulan rawatan yang lebih tinggi berbanding dengan pencapaian kumpulan kawalan menunjukkan pencapaian kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah Master Jahitan lebih baik berbanding dengan kumpulan kawalan yang hanya menggunakan kaedah “calk and talk”. Secara tidak langsung ini menunjukkan keberkesanan penggunaan kaedah Master Jahitan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Keberkesanan penggunaan kaedah Master Jahitan ini juga mendapat sokongan hasil daripada maklumbalas soal selidik  yang telah dijalankan. Maklum balas yang diberikan oleh responden menunjukkan skor min bagi minat ialah 3.90 dalam skala terendah dan 4.80 berada dalam skala tertinggi dan dengan menggunakan Skala Pengujian Min Jawapan Responden yang dikemukakan oleh Azizi Yahaya dan Hii Ching Ling (2005)  julat 3.66 min < 5.00 iaitu pada tahap tinggi. Ini menunjukkan responden mempunyai minat yang tinggi terhadap subjek Ekonomi Rumah Tangga selepas menggunakan kaedah Master Jahitan dan seterusnya menyokong penggunaan kaedah Master Jahitan sebagai kaedah pengajaran. Berdasarkan daripada hasil analisis dengan menggunakan korelasi pearson, nilai korelasi yang diperolehi ialah 0.390. Nilai korelasi yang diperoleh  menunjukkan tahap hubungan yang tinggi antara minat dan prestasi pelajar selepas menggunakan kaedah Master Jahitan. Maka, hipotesis nul yang ketiga ditolak. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati penggunaan kaedah Master Jahitan ini berkesan dalam meningkatkan prestasi dan minat pelajar.

6.3      Perbincangan

Dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran, perkara yang perlu diambil kira ialah keberkesanan dalam menarik minat pelajar untuk meneruskan pembelajaran mereka agar mereka dapat menaakul seberapa kemahiran yang mereka boleh. Pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan efektif berakar umbi daripada kepakaran dan kekreatifan seorang guru. Strategi seorang guru merupakan faktor yang utama bagi mewujudkan pembelajaran yang menarik lebih-lebih lagi dengan menggunakan kepelbagaian alat bantu mengajar. Selain itu kaedah pengajaran yang strategik  dapat menambahkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.  Kaedah Master Jahitan merupakan satu kaedah yang berasaskan konsep pembelajaran masteri telah dibangunkan bagi menambah minat dan perhatian pelajar untuk memahirkan diri dalam asas jahitan pakaian. Dengan penguasaan kemahiran dalam asas jahitan seorang pelajar akan terus mendalami ilmu jahitan sehingga diharapkan dapat melahirkan seorang yang professional dalam bidang ini pada suatu hari kelak.

Dalam bahagian perbincangan ini, penyelidik membincangkan mengenai beberapa persoalan dan sorotan kajian yang terkandung dalam bab 2 yang dikaitkan dengan dapatan dan keputusan daripada analisis kajian yang dijalankan. Berikut adalah beberapa persoalan kajian yang dikemukakan oleh penyelidik dalam bab satu.

      i.        Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan rawatan?
     ii.        Adakah terdapat perbezaan pencapaian pelajar dalam ujian pos bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?
    iii.        Adakah terdapat perkaitan yang signifikan antara kaedah Master    
         Jahitan dengan minat pelajar dalam subjek Ekonomi Rumah Tangga?

Persoalan pertama yang dikemukakan oleh penyelidik telah terjawab setelah proses analisis penyelidikan dilakukan dan mencapai objektif yang ditetapkan seperti yang dijangkakan oleh penyelidik bahawa kaedah Master Jahitan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap topic pakaian dengan melihat kepada pencapaian mereka pada ujian pasca yang telah dibuat. Hal ini telah dianalisis dan dibincangkan dalam bab 5 iaitu hasil daripada keboleh percayaan  instrument penyelidikan iaitu melalui ujian pra dan ujian pasca  dengan menggunakan analisis data SPSS. Dengan menggunakan ujian-t terhadap pencapaian kedua-dua ujian pra dan ujian pasca, dengan masing-masing mendapat 42.10 dan 75.75 maka didapati bahawa tardapat perbezaan pencapaian yang signifikan dalam kumpulan rawatan.

Persoalan yang kedua yang dikemukakan oleh penyelidik  telah terjawab dengan menggunakan
analisis ujian-t sampel bebas terhadap skor min antara ujian pra dan ujian pasca kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Keputusan analisis perbezaan ini mencatatkan (sig=0.000, p<0.05). Melalui analisis ini, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat peningkatan yang positif  terhadap ujian pra dan ujian pasca kumpulan rawatan yang telah melalui kaedah Master Jahitan berbanding dengan kumpulan kawalan yang tidak melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah Master Jahitan. Dengan keputusan itu juga, persoalan yang kedua terjawab bahawa penggunaan kaedah Master Jahitan mempunyai hubungan yang signifikan dengan peningkatan prestasi pelajar yang telah menjalaninya sekaligus menolak hipotesis nul 2.

Persoalan yang terakhir yang telah dikemukakan oleh penyelidik juga telah terjawab dengan menggunakan jadual Korelasi  Pearson terhadap dua item yang terdapat dalam instrument penyelidikan yang ketiga iaitu boring kaji selidik. Dengan menggunakan penganalisis data SPSS, penyelidik telah menggunakan jadual Korelasi Pearson bagi mengesan maklumat yang diperlukan. Tangga. Keputusan analisis perkaitan telah mencatatkan (r=0.394,p<0.05). Keputusan daripada proses analisis tersebut telah menjawab persoalan dengan hasil bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pengetahuan dan kefahaman pelajar dengan kaedah Master Jahitan dan seterusnya telah menarik minat pelajar untuk mempelajari topic Pakaian dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.

6.4        Cadangan Kajian

Dalam bab ini, penyelidik cuba mengemukakan beberapa cadangan yang boleh difikirkan amat penting untuk mendapatkan kajian lanjutan. Penyelidik menyarankan penyelidik-penyelidik seterusnya yang ingin membuat kajian yang berkaitan dengan “Master Jahitan” ini perlu menjalankan kajian dengan lebih efisien untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang wujud semasa menjalankan kajian ini.

Penyelidik juga turut menyatakan beberapa cadangan untuk kajian lanjutan antaranya ialah tentang kemahiran-kemahiran lanjutan tentang jahitan serta kajian tentang perkembangan fesyen pakaian agar minat para pejalar sekolah terhadap topic pakaian ini akan terus ke arah perkembangan yang lebih positif dan manjalankan kajian di beberapa sekolah atau institusi yang berkaitan dengannya untuk melihat keboleh percayaan  dan keberkesanan Master Jahitan sebagai alat Bantu mengajar.

Secara keseluruhannya, jahitan sememangnya semakin mendapat para pendidik dan juga para pelajar seiring dengan permintaan yang memberansangkan dari industri yang berkaitan dengan produk pakaian. Alat Bantu yang berasaskan Master Jahitan ini dapat membantu guru menerangkan konsep Jahitan semasa pengajaran dan pembelajaran dengan lebih jelas berbanding dengan kaedah tradisional. Dalam kaedah Master Jahitan ini, guru dapat membimbing pelajar secara mental dan emosi. Maka keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kepintaran seorang guru dalam merancang kaedah dan aktiviti pengajaran dan Master Jahitan ini ternyata berkesan dan meningkatkan prestasi pelajar dalam topic Pakaian. Kaedah Master Jahitan diharapkan dapat melahirkan individu yang berketrampilan dalam bidang voksional ini bagi memenuhi pasaran buruh yang semakin kritikal dengan Negara terpaksa mengambil buruh-buruh dari luar Negara.

6.5        Kesimpulan

Dalam bahagian ini penyelidik merumus dan membincangkan secara terperinci berkaitan dengan pendekatan kajian yang dijalankan, rumusan dapatan kajian, perbincangan tentang persoalan kajian dan seterusnya cadangan untuk kajian lanjutan.

Penyelidik telah menjawab ketiga-tiga persoalan kajian melalui hasil kajian yang telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For the Social Science (SPSS) 15.0 for windows. Ketiga-tiga hipotesis nul kajian ditolak dan ini bermakna perbezaan yang signifikan antara perbezaan prestasi ujian pasca  antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan, perbezaan ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan rawatan dan seterusnya wujud perkaitan yang signifikan antara minat dan kefahaman serta pengetahuan pelajar dengan kaedah Master Jahitan yang telah dijalankan. Namun begitu, penyelidik mengalami beberapa masalah semasa menjalankan kajian terutamanya dalam penyediaan kandungan serta teknik  pengajaran dan pembelajaran Master Jahitan. Penyelidik telah mengambil langkah-langkah yang efektif untuk menghadapi masalah-masalah tersebut namun perlu diperbaiki dalam kajian-kajian yang seterusnya.

Penyelidik berharap,  kajian ini mempunyai implikasi terhadap kehidupan masyarakat yang kini semakin maju serta dengan kehidupan yang semakin mencabar dengan kepelbagaian cabaran dan persaingan hidup. Penyelidik yakin dengan beberapa asas kemahiran dalam jahitan seorang individu akan mempunyai keyakinan diri untuk maju dalam bidang jahitan atau bidang yang lebih maju seperti bidang pembuatan pakaian dan fesyen.



Kajian ini juga mempunyai implikasi kepada para pendidik yang terlibat langsung dalam mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga dan Kemahiran Hidup. Kajian ini boleh juga menjadi rujukkan kepada para pelajar di institute pengajian tinggi, institute kemahiran dan pelajar sekolah menengah.

































RUJUKAN


Abdul Rahim Mahmood.1997. Mastery Learning: Aplikasi Pendekatan Dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. Jilid 41,Bil 9, September. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Azizi Yahaya & Hii Ching Ling.2005. Persepsi Pelajar Tingkatan 4 Terhadap
Keberkesanan Kelas Tambahan Di Sekolah. Dilawati pada 20 Februari 2009 dari  http//www.efrints.utm.my/2402/1/Aziziyahaya Persepsi Pelajar Terhadap keberkesanan.pdf.

Cho Keng Boon.2008. Pelaksanaan Kurikulum Kemahiran Hidup Di Jabatan
Kajian Sosial Institut Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan: Jurnal Melewar: Institut Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan.

Davis, D., & Sorrell, J. (1995, December). Mastery learning in public schools.
Paper prepared for PSY 702: Conditions of Learning. Valdosta, GA: Valdosta State University. Available online: http://chiron.valdosta.edu/whuitt/files/mastlear.html]

Guskey. T.R.1997.Implementing Mastery Learning 2nd ed. Wadsworth
Publishing Company: Singapore.

Hairunnaja Najmuddin. 2006. Membimbing Remaja Memilih Pendidikan Dan
Kerjaya. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Junaidi Bin Ribin .2006. Keberkesanan  Kaedah Pembelajaran Masteri
Berbanding Kaedah Pengajaran Tradisional Dalam Mempertingkatkan Prestasi Pelajar Tahun 4  Dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan: Universiti Malaysia Sabah: Kota Kinabalu, Sabah.

Mohamad Za’in Bin Dahman .2004. Meningkatkan Kemahiran
Mengembangkan Idea. Jurnal Kajian Tindakan KSPK Tahun 2004.

Mohd. Majid Konting .2000. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mok Soon Sang.2003. Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim
Perkhidmatan Guru:Kompentasi Fungsi/Khusus : Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran. Kumpulan Budiman: Subang Jaya, Selangor. 




Muniroh Bt Mahmud .2004. Meningkatkan Kemahiran Pelajar Menggunakan
Alatan Tangan Bagi Pelajar Tingkatan Satu. . Jurnal Kajian Tindakan Pelajar KSPK Tahun 2004.


Pusat Perkembangan Kurikulum.2005. Huraian Sukatan Pelajaran Biologi
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rahim Jarawi & Jacob George .2004. Meningkatkan Kemahiran Memaku
Dalam Kerja Kayu Di Kalangan Pelajar Perempuan Tahun . Jurnal KSPK:Maktab Perguruan Perlis: Perlis.

Shahabuddin, Rohizani & Mohd. Zahir Ahmad.2003.Pedagogi: Strategi dan
Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Terbitan Pertama.Malaysia: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Wong Leh Ing.2006.Bahan Pengajaran Pembelajaran Bermodul:
Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Penyelesaian Persamaan Linear Satu Anu Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua. Projek Sarjana Muda UMS.


Yahya Emat.1993.Pendidikan Teknik & Vokasional Di Malaysia. IBS Buku
Sdn. Bhd.: Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Zaleha Bt Endot .2007. Keberkesanan Menggunakan Pendekatan Demontrasi
Dalam Pengajaran Pembelajaran Kemahiran Hidup Dalam Kalangan Pelajar KPLI PSV (SR).  Negeri Sembilan: Institut Perguruan Raja Melewar.


1 comment: