Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai barat dan timur Sabah sejak beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
Bajau Sama merupakan rumpun bajau yang kebanyakannya telah menetap di sepanjang Pantai Barat Sabah iaitu dari Daerah Papar, Kota Kinabalu, Tuaran , Kota Belud dan sebahagian Kudat. Bajau Sama juga seperti suku-suku kaum yang terdapat di Negeri Sabah mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Antaranya, Bajau sama terkenal dengan adat betitik dan tarian limbai.
Bajau Sama yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualiti dan senang di dapati sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pengunjung yang singgah di Kota Belud.
Adat betitik merupakan permainan alat tradisional yang terdiri dari tetawag, kulintangan, dan gandang. Seramai enam orang sebagai pemain diperlukan untuk memainkan satu-satu irama. Terdapat 3 irama yang perlu ditamatkan dan semestinya mengikut peraturan yang tela ditetapkan. Irama pertama ialah kedidi diikuti oleh irama tidung dan terakhir ialah irama ayas. Setiap irama biasanya mengambil masa antara 3 hingga 10 minit iaitu mengikut keupayaan dan kemampuan pemain.
Namun sejak kebelakangan ini, jumlah mereka yang boleh bermain alat muzik betitik ini mengalami kemerosotan dari segi kuantitinya. Ini dibuktikan dengan kekerapan permainan ini agar kurang jika dibandingkan dengan beberapa dekat yang lalu. Semakin hari semakin ramai genarasi muda melupai adat betitik ini malah terdapat majlis-majlis kenduri kahwin tidak diserikan lagi dengan irama betitik ini dan ia telah digantikan dengan acara yang lebih moden seperti berkaraoke dan lifeband.
Kehadiran pelbagai genre muzik masa kini telah hampir melenyapkan muzik tradisional yang semakin hari semakin ditelan zaman……