Asalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, Kewujudan blog ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan saya dalam mendalami dunia ICT dan juga dalam bidang ilmu yang lain. Sebagai seorang guru, sudah pasti saya cuba sedaya upaya sentiasa bersedia menghadapi pelbagai karenah pelajar dan orang awam. Oleh itu, saya bermohon kepada semua berilah kritikan atau cadangan yang membina agar saya boleh memperbaiki kandungan blog ini dari masa ke semasa. Terimakasih...
Wednesday, 13 July 2011
Sejauhmana keberkesanan PPDa Dilaksanakan?
Program Sifar Dadah telah dilaksanakan di sekolah-sekolah Rendah dan Menengah bagi membenteras musuh nombor 1 negara dari bertambah kritikal menular di kalangan remaja dan belia negara. Usaha ini adalah usaha yang murni bagi menyedarkan para remaja dari peringkat sekolah rendah lagi. Menenamkan perasaan benci terhadap dadah agar genarasi kita dapat terperlihara di masa hadapan.
Setiap sekolah telah dilantik seorang guru yang bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, dan memberi panduan kepada guru-guru yang terlibat dalam perlaksanaan PPDa ini. Persoalannya di sini, sejauh mana kerjasama yang diberikan oleh guru-guru yang terlibat? sejauh mana kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah dalam menyediakan prasarana PPDa di sekolah? dan sejauh mana penglibatan para pelajar dalam semua aktiviti yang dijalankan dan yang paling penting ialah sejauh mana kesungguhan guru PPDa dalam menjalankan tugas mereka.
Dalam perlaksanaan PPDa ini, guru-guru yang terlibat terutama guru-guru mata pelajaran PJK dan PSK perlulah bersedia dan secara rela untuk bekerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran PPDa ini. Mereka perlu sentiasa berkomunikasi dengan guru PPDa. Pengajaran dan pembelajaran PPDa ini wajib dilaksanakan 60 minit dalam satu semester bagi sekolah rendah dan 90 minit bagi sekolah menengah. Masa yang diperuntukkan bagi P & P PPDa ini tidak mencukupi sebenarnya jika dibandingkan dengan sylibus yang terdapat pada buku modul PPDa tersebut.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu memberi ruang kepada guru PPDa untuk melaksanakan program ini dengan memberikan tempat atau sudut khas di sekolah bagi menempatkan SUDUT PPDa ini. Pihak sekolah seharusnya menyambut baik program ini memberikan sewajarnya tempat yang sesuai dan strategik agar semua para pelajar dapat melihat apa yang terkandung dalam sudut PPDa ini. Kerjasama pihak pentadbiran sekolah amat diperlukan bagi menghidupkan program ini.
Kumpulan sasar dalam program ini sudah pastinya pelajar. Oleh itu, penglibatan mereka dalam semua aktiviti amat penting. Biasanya pihak guru PPDa akan mengadakan pelbagai aktiviti kesedaran tentang penyalahgunaan dadah seperti mengadakan ceramah-ceramah antidadah dengan kerjasama agensi-agensi dadah seperti pihak polis, PEMADAM, dan Jabatan Antidadah Negara.
Perkara yang lebih utama dalam perlaksanaan PPDa di sekolah adalah kesungguhan guru PPDa tersebut dalam melaksanakan tugas beliau. Justeru itu, pihak sekolah perlu memilih guru yang dilihat amat sesuai dengan tugas ini.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
satu permulaan yang baik....
ReplyDelete