Thursday, 14 July 2011

1 Murid 1 Sukan dan Perlaksanaannya di sekolah.

Larian 1M1S

Larian 1M1S yang telah dilancarkan pada 2 Julai 2011 telah memberikan gambaran awal sambutan yang amat menggalakkan di kalangan warga sekolah. Larian ini bukan sahaja disambut oleh warga sekolah, malah terdapat beberapa sekolah telah melibatkan ibu bapa turut serta dalam acara ini. Ini membuktikan bahawa Dasar 1M1S ini telah diterima baik samada oleh semua pihak.
Menurut Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin Pertumbuhan murid seharusnya dikembangkan dengan pelbagai potensi dan tidak sewajarnya terhad dalam pencapaian akademik. Sememangnya pencapaian dan kecemerlangan dalam akademik sangat penting, tetapi mengisikan mereka dengan pembinaan sahsiah peribadi serta member peluang kepada mereka menggilap bakat dalam sukan yang digemari sepanjang tahun tidak boleh disekat.
Sememangnya setiap pelajar perlu diberi peluang untuk memiliki jenis sukan mereka sendiri. Setiap individu mempunyai potensi dalam sesuatu bidang mengikut kehendak mereka sendiri. Bersesuaian dengan cabaran dan perkembangan pendidikan semasa serta harapan dan amanah daripada ibu bapa, amatlah wajar bagi kementarian Pelajaran Malaysia untuk merangka pendekatan dan strategi bagi memastikan kelangsungan peranannya sebagai organisasi yang menjadi tunggak kemajuan murid-murid di sekolah.(Dato' Hj. Mohd Ghazali Bin Ab. Rahman)

No comments:

Post a Comment