Tajuk :Kepentingan Air Kepada Manusia
Air merupakan sumber yang sangat penting kepada alam semula jadi dan manusia. Antara kepentingan air kepada manusia ialah sebagai keperluan dalam rumahtangga, kegunaan dalam bidang pertanian, pengangkutan dan seterus dalam menghasilkan tenaga elektrik.
Kepentingan yang pertama ialah air menjadi keperluan harian di dalam rumahtangga. Air menjadi sumber sebagai pencuci, memasak makanan dan sebagai minuman. Misalnya, air digunakan untuk menanak nasi dan mencuci pakaian. Sekiranya bekalan air terputus, para ibu sangat susah hati kerana banyak kerja mereka tertanggu seperti membasuh pakaian, memasak makanan membersihkan rumah dan sebagainya.
Kepentingan yang kedua ialah air sangat diperlukan dalam bidang pertanian. Tumbuhan-tumbuhan memerlukan air untuk ia membesar dan seterusnya menghasilkan buah. Sebagai contoh penanaman padi sawah yang banyak menggunakan air. Jika kekurangan air sudah tentu bidang pertanian di Negara kita akan lumpuh seperti Negara-negara di Afrika yang dipenuhi oleh gurun.
Kepentingan yang ketiga ialah dalam bidang pengangkutan. Pengangkutan air telah digunakan lebih awal daripada pengangkutan udara untuk mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sebagai contoh ialah kapal laut atau ferri yang boleh membawa barang-barang yang banyak dan berat serta boleh membawa beratus-ratus menusia pada satu masa. Jika pengangkutan air tidak wujud sudah pasti kegiatan ekonomi dalam sesebuah Negara akan lumpuh.
Kepentingan yang terakhir ialah air digunakan sebagai sumber untuk mennghasilkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang dibekalkan ke rumah-rumah di seluruh Negara kebanyakannya dari pusat penjanakuasa hidro elektrik. Sebagai contoh bekalan elektrik yang dibekalkan ke Daerah Tuaran adalah dari Penjanaan Kuasa Empangan Pangi Tenom. Tenaga elektrik sangat penting kepada kehidupan kita dewasa ini kerana peralatan di rumah atau di pejabat menggunakan kuasa elektrik.
Kesimpulannya, air merupakan sumber yang sangat penting dalam kehidupan manusia dari dulu sehinggalah sekarang. Oleh itu, kita perlulah menghargai dan bersikap berjimat cermat terhadap penggunaan air. Semoga bekalan air di negara kita akan kekal mencukupi untuk dinikmati oleh genarasi akan datang.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete