Asalamualaikum & Salam sejahtera kepada semua pengunjung yang budiman, Kewujudan blog ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan saya dalam mendalami dunia ICT dan juga dalam bidang ilmu yang lain. Sebagai seorang guru, sudah pasti saya cuba sedaya upaya sentiasa bersedia menghadapi pelbagai karenah pelajar dan orang awam. Oleh itu, saya bermohon kepada semua berilah kritikan atau cadangan yang membina agar saya boleh memperbaiki kandungan blog ini dari masa ke semasa. Terimakasih...
Wednesday, 20 July 2011
Ceramah Motivasi...
Waktu-waktu hampir kepada menjelangnya peperiksaan UPSR banyak sekolah yang berjuang sehingga ke titisan peluh terakhir bagi memastikan calon-calon mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Waktu sebeginilah khidmat guru-guru pakar dalam sesuatu subjek itu diperlukan untuk memberikan ceramah.
Bukan terlalu pakar, cuma pengetahuan yang ada itu perlu dikongsikan bersama anak-anak murid dari sekolah lain agar mereka dapat menikmati kekuatan dalam menghadapi UPSR nanti. Selaku guru yang sering diundang untuk memberi ceramah ke sekolah-sekolah, amat berbesar hati dan rasa amat dihargai kemahiran ada pada diri.
Kepada sekolah yang telah mengundang diucapkan ribuan terima kasih dan jutaan maaf sekira ceramah-ceramah yang telah disampaikan tidak menepati kehendak mereka.... sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang kurang itu datangnya dari kelemahan penceramah itu sendiri...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment